Sandwich Lof Ayam Menu Sarapan Untuk Suami & Anak. Nak Jadikan Bekal Pun Sesuai

Share

Sandwich lof ayam menu sarapan untuk suami dan anak-anak. Nak sediakan hidangan ini pun tak susah. Buat cantik-cantik dan potong macam beli sandwich mahal kat kedai mesti anak dan suami suka.

Jangan lupa tambah hidangan lain seperti telur dan juga kentang goreng untuk cemilan bersama. Zurina Zulkefli berkongsi resipi sandwich yang sering dibuat untuk bekal suaminya ke pejabat. Memang nampak sedap dan menyelerakan. Nak buat untuk bekal anak ke sekolah pun sesuai

Sandwich Lof Ayam

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
– 4 KEPING ROTI MIL (Wholemeal Bread). Panggang roti di atas kuali untuk mendapat permukaan yang rangup. Jangan panggang terlalu lama sebab kita tak nak roti sandwich liat. Sapu sendikit marjerin pada setiap kepingan roti.
– 2 KEPING LOF DAGING AYAM. Goreng di atas kuali sehingga masak.
– 6 HIRISAN TIMUN JEPUN. Timun setelah dihiris, mesti dilap kan supaya timun tidak berair. Taburkan secubit lada hitam dan garam ke atas timun.
– 6 HIRISAN LOBAK MERAH. Kemudian hiris lagi memnjang bentuk jejari. Campurkan satu sudu besar mayonis dan gaul sebati.
– 2 HELAI DAUN SALAD. Basuh dan keringkan.
– 1 KEPING KEJU
– Sos bijan panggang

Cara menyediakan sandwich:
1. Letakkan kepingan roti yang pertama. Kemudian lipat helaian daun salad

  1. Letakkan satu kepingan lof daging ayam.
  2. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin.
  3. Letakkan satu kepingan keju.
  4. Letakkan lobak merah yang digaul mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga.
  5. Susun hirisan timun jepun.
  6. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisa timun.
  7. Letak sedikit sos bijan panggang. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir).
  8. Siap sandwish 3 tingkat.

Nota:

  1. Setiap potongan sandwich mesti dibaluti tisu kertas supaya sandwish terletak kemas dan tidak berterabur.
  2. Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sadnwich yang cantik. Teknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, InsyaAllah menjadi.

Kredit: Zurina Zulkefli

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN