
Resipi asli sos pencicah yang boleh dinikmati dengan aneka makanan bergoreng seperti keropok goreng, ikan celup tepung (ICT), sotong celup tepung, udang dan bermacam-macam lagi. Buat cicah kerang rebus pun sedap.
BAHAN-BAHAN:
- 2 genggam cili kering
- 1 labu besar bawang putih
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 keping nisan/manisan bersaiz besar. Jika kecil, guna 3 keping – boleh diganti dengan gula melaka
- 1 sudu pes asam jawa
- 1/2 botol kecil cuka
- Sedikit air jika perlu
CARA MEMASAK:
- Kisar cili kering dan bawang putih hingga lumat.
- Masukkan bahan kisar bersama kesemua bahan dalam periuk. Masak hingga mendidih.
- Rasa sedikit terlebih dahulu. Jika dah ada rasa sedikit masam dan manis, boleh dipadamkan api.
- Biarkan sos menjadi sejuk dan barulah boleh isi dalam botol.
- Simpan sos di dalam peti sejuk bagi memastikan ia tahan lama kerana resipi ini tidak menggunakan bahan pengawet.
Kredit resipi & gambar: Farah Azirahman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Resipi Sajian Air Asam Pembuka Selera. Memang Sedap!

Hidangan pencicah air asam ni memang sedap. Hanya menggunakan bahan yang ‘basic’, tapi hasilnya memang membuka selera. Pedas dan masam. Fuhhh… Kalau makan dengan ikan, daging bakar atau terung bakar memang sedap. Malah kalau cicah dengan aneka lauk pauk rebus pun sesuai. Terasa nak makan air asam? Ha… Jom kita tengok resipi-resipi yang mudah ni. Memang sedap.
1. AIR ASAM PUSAKA
BAHAN-BAHAN:
- 4 ulas bawang putih – dibakar
- 6 biji bawang merah saiz bola pingpong – dibakar
- 1 1/2 inci belacan – dibakar
- Beberapa biji cili padi
- 2 biji limau nipis saiz besar
- 3/4 sudu makan gula
- 3/4 sudu teh garam
- 3/4 sudu makan perencah Hilal – abaikan jika tiada
- 1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
1. Untuk menyediakan air asam, kupas bahan-bahan bakar dan tumbuk bersama cili padi hingga lumat.
2. Kemudian perasakan dengan garam, gula serta perencah. Gaul rata. Kuantiti bergantung pada citarasa. Kurangkan jika terlalu berperisa.
3. Perah jus limau nipis dan gaul sekali lagi hingga sebati. Guna tapis bagi mengelakkan biji masuk ke dalam air asam.
4. Tambahkan air masak. Gaul sekali lagi.
5. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
2. AIR ASAM SEMPOI
BAHAN A:
- Bawang besar
- Tomato
- Cili padi hijau
- Cili merah
BAHAN B:
- Bawang besar
- Tomato
- Cili padi hijau
- Cili merah
- Belacan
- Air asam jawa
- Garam & gula secukup rasa
BAHAN C:
- Kerisik secukupnya
- Limau nipis |jumlah bergantung tahap kemasaman yang disukai
CARA MEMASAK:
1. Hiris bahan A. Masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan bahan B ke dalam blender. Tambah belacan, garam, gula dan air asam jawa secukupnya. Kisar.
3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi bahan hiris. Gaul rata.
4. Masukkan bahan C dengan secukupnya. Gaul lagi dan bolehlah dinikmati.
Kredit resipi & foto: Animas Nurjana Abdul Halim
3. AIR ASAM PERUT KITAB
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg perut kitab – direbus sampai lembut
- 1 biji tomato – hiris kasar
- 1 tangkai daun kesum – hiris kasar
- Garam, ajinomoto dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR KASAR:
- 4 biji cili/ cabai- jika nak pedas, lebihkan.
- Jus limau nipis/asam jawa – nak masam, lebihkan.
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
- Hiris perut menjadi kepingan kecil.
- Satukan perut, bahan kisar, bahan hiris dan perasakan secukupnya.
- Gaul rata. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Norhasmiza Mohd Nor
4. DAGING AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging
- 1 biji bawang besar – dihiris
- 2 biji tomato – dihiris
- 2 biji limau kasturi
- 8-10 biji cili padi – dihiris
- 1cm belacan – boleh lebihkan. Lagi sedap
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan daging dan rebus hingga empuk.
- Satukan semua bahan hiris, belacan dan garam secukup rasa ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- Perahkan jus limau kasturi. Pastikan biji dibuang terlebih dahulu.
- Bila daging dah empuk, hiris nipis kemudian masukkan ke dalam mangkuk beriis bahan-bahan yang dihiris tadi.
- Tambahkan air rebusan daging secukupnya bergantung pada jumlah daging.
- Rasa dan tambah perasa jika kurang. Jika suka rasa yang masam, tambahkan jus limau kasturi atau limau nipis ikut citarasa.
- Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zurini Ismail
5. TERUNG BAKAQ AYAQ ASAM
BAHAN-BAHAN:
- Terung (bakar)
- 2 biji cili padi
- 2 biji cili besar
- Belacan (tumbuk kasar)
- Santan
- Perahan limau
- Garam gula
- Bawang besar-di mayang
- Cili padi-potong
CARA MEMASAK:
- Bakar terung (terbakar hitam itu yang buat lagi sedap)
- Cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk kasar.
- Masukkan bahan tumbuk dalam mangkuk kecil.
- Selepas itu masukkan terung, santan, bawang besar, cili padi potong dan perahan limau. Gaul hingga sebati.
- Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula.
- Bila rasa sudah sedap boleh makan dengan nasi panas.
Kredit resipi & foto:Arieza Riez
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Dijamin Sedap. Resipi Bendi Goreng Tumis Belacan Bersama Udang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Buat Sambal Hijau Petai, Cukup Nasi Putih Tak Perlu Lauk Lain

Sambal hijau memang menjadi kegemaran ramai. Ada yang suka buat stok sebab memudahkan bila nak guna. Ada yang buat sambal ikan keli dan sambal ayam. Curah sahaja sambal hijau ini. Tapi, kalau buat Sambal Hijau Petai, memang tak pandang lauk lain dah.
Nak buat sambal ini mudah sahaja, janji ada petai. Jom ikuti perkongsian resipi daripada Anis Shafini ini. Tampak menyelerakan sungguh sambal petainya. Banyak isi petainya. Macam ini barulah dikatakan Sambal Hijau Petai. Jom kita buat.
SAMBAL HIJAU PETAI
BAHAN-BAHAN:
1-2 biji bawang merah*
1 labu bawang putih*
Kunyit (sebesar ibu jari)*
Sedikit belacan bakar* (pilihan)
Segenggam cili api hijau*
Cili besar hijau*
Asam keping – Boleh beli online di sini
Petai – Boleh beli online di sini
Ikan bilis – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Kisarkan bahan bertanda (*). Kisarkan dengan hanya sedikit sahaja air. Sebab nakkan sambal jenis kering dan untuk sambal cepat masak, tak lama menumisnya.
Sementara itu, boleh goreng ikan bilis sehingga garing.
Tumiskan bahan kisar yang bertanda (*) tadi.
Tumis guna minyak goreng ikan bilis tadi. Minyak kena banyak.
Kemudian, masukkan garam, gula, asam keping dan Cukup Rasa.
Tumis lagi dan kacau sampai berubah warna dan sehingga air betul-betul kering.
Apabila airnya dah kering, sambal pun telah berubah warna, boleh masukkan petai. Kacau sekejap.
Masukkan ikan bilis. Kacau lagi sekejap.
Siap! Sedia dimakan dengan nasi putih.
Kredit: Anis Shafini
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Buat Jamu Tetamu Atau Menu Potluck Dengan Chocolate Heaven Muffin
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Shell Out Simple, Memang Sedap Menjilat Jari!

Jika anda penggemar resepi shell out, ini antara yang boleh anda cuba kerana ia menjimatkan masa.
Malah sajian sebegini paling sesuai dimakan bersama-sama ahli keluarga yang ramai.
Nak buat pun mudah je, yang penting guna bahan segar. Pasti puas hati. Jom kita cuba resipi daripada Rahayu Abdul Rasib.
RESIPI SHELL OUT SIMPLE & SEDAP
BAHAN A:
Kepah
Ketam
Udang
Sotong
*Semua ni basuh dan rebus sekejap. Semasa rebus, letakkan garam dalam air. Bila kulit dah merah angkat dan toskan.
TONTON Dapur Rasa Live: Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese
TONTON Dapur Rasa Live: Spageti Sos Rendang
BAHAN B:
Sayur-sayuran
Jagung (saya gantikan anak jagung sebab tiada stok)
Lobak merak – beli online di sini
Brokoli
*Semua ni rebus juga. Kemudian toskan. Brokoli lepas dah rebus, angkat dan letak dalam air sejuk supaya warna dia asli tak layu.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN C: UNTUK TUMISAN
Cili kering (ikut sukatan sendiri, kalau masak sikit, 5 biji sudah cukup) – beli online di sini
5 biji bawang merah – beli online di sini
5 ulas bawang putih – beli online di sini
Sedikit halia
Serbuk kari ikan (saya guna sukatan yang sebungkus) – beli online di sini
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MASAK:
1. Kisar semua sekali bahan. Kemudian, panaskan minyak. Tumis bahan dan jangan lupa letak daun kari supaya naik wangi. Letak garam dan gula sesedap rasa.
2. Tumis sampai garing. Masukkan air didihan udang, sotong, ketam tadi sikit. Tunggu sampai garing, masuk lagi air didihan tu.
3. Air didihan tadi digunakan untuk dijadikan kuah kalau nak. Bukan guna semua, sekadar berkuah guna air tu semula untuk rasa lebih sedap.
4. Gaul semua sekali dalam kuali. Taburkan brokoli, daun sup dan daun bawang di atasnya supaya naik harumannya. Siap.
Kredit resipi: Rahayu Abdul Rasib
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Anda Peminat Makanan Korea? Wanita Ini Kongsikan 12 Resipi Yang Diolah Ikut Tekak Melayu
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: