Sambal goreng jawa ni memang hidangan berkhasiat. Dalam satu menu ada tempe, tauhu hari ayam, suhun kacang panjang dan fucuk serta pelbagai lagi, dah tak payah lauk lain dah. Kalau ada hidangan ni makan pasti bertambah-tambah.
Masaknya pun senang, berbaloi dijadikan sajian tengahari mahupun malam.
SAMBAL GORENG JAWA
Ads
BAHAN-BAHAN :
2 paket tempe (hiris dan goreng garing)
3-4 ketul tauhu (hiris dan goreng garing)
3-4 biji kentang(hiris dan goreng garing)
Sedikit hati ayam(hiris dan goreng) | tak letak pun boleh..nak letak isi
udang segar pun boleh..goreng jer sekejap..
2 paket suhun(rendam dlm air)
1 keping fucuk(potong)|tak letak pun tak pe(rendam dlm air)
Sedikit kacang panjang hiris serong
1 sudu besar besar gula
Sedikit perasa jika perlu
1/2 sdt garam
Kicap manis secukupnya(sy guna kipas udang)
1/2 cawan air asam jawa(cair)
1 cawan air
3 sudu besar ikan bilis(tumbuk lumat)
2 senduk minyak masak(untuk menumis)
Bahan Tumis :
2 biji bawang besar(hiris nipis)
4 ulas bawang putih(hiris nipis)
10 tangkai cili kering(potong nipis menyerong)suka pedas boleh tambah cili padi hiris serong.
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak, masukkan ikan bilis yg dah ditumbuk lumat . 2. Masukkan bahan tumis hingga agak garing. 3. Masukkan air asam jawa,gula,perasa dan sedikit garam 4. Renjiskan kicap manis dan kacau hingga naik minyak. 5. Masukkan suhun dan fucuk serta air. 6. Masukkan pula kacang panjang dan kacau seketika. 7. Mmasukkan bahan2 lain yg dah siap digoreng tadi,gaul rata perasakan. Dah boleh tutup api.
Selalunya pisang muda dijadikan campuran dalam kari kaki ayam atau kari daging. Tapi kali ni, kita cuba gunakan sotong pula. Nampak macam pelik, tapi rasanya sedap juga. Jom ikuti perkongsian resipi daripada Zurinah Isa di facebook.
KARI SOTONG PISANG MUDA
BAHAN-BAHAN
6 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 sudu besar rempah kari ikan
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 tangkai daun kari
6 biji pisang muda (siat kulit dan potong 2)
3 ekor sotong (potong bulat)
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa.
CARA MEMBUAT
1. Bawang merah dan bawang putih digaul dengan rempah kari. Jadikan pes.
2. Panaskan minyak masak.
3. Tumis hirisan bawang merah. Masukkan daun kari.
4. Kemudian masukkan pes bawang dan serbuk kari. Masak sehingga naik minyak.
5. Masukkan pisang dan sotong. Gaul sebati. Tuangkan sedikit air.
6. Masukkan santan biarkan mendidih.
7. Apabila sotong dan pisang sudah masak, masukkan garam. Boleh matikan api.
Nasi lemak juga sedap jika dihidangkan sebagai menu rumah terbuka selain rendang dan ketupat. Ikut sukatan ini jika ramai tetamu yang hair, sangat membantuNasi lemak juga sedap jika dihidangkan sebagai menu rumah terbuka selain rendang dan ketupat. Ikut sukatan ini jika ramai tetamu yang hair, sangat membantu!
Pagi ni ada yang pm saya,tanyakan sukatan nak masak nasi lemak untuk 10 orang makan yang sebelum ni saya kongsikan sukatan untuk 30-60 orang makan.Ok…ada dah kat bawah tu.
Sukatan(10 orang makan)
1kg beras
1/2kg santan
1 liter air
1sudu garam
Sukatan(30-40 orang makan)
3 kg beras
1kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam
Sukatan(55-60 orang makan)
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan jangan lupa pula.
Bolehlah masak untuk Raya Haji ni.
Kredit resipi: Fazniza Razali MAHN
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!