Bulan puasa dah hampir tiba, mulalah menyenarai makanan yang enak-enak di kepala. Sambal wajib ada sebagai penambah rasa dalam hidangan. Dapat pula sambal yang kaw sedap seperti sambal getuk berapi. Makan dengan nasi panas-panas,telur mata dan kicap memang nikmat.
Cara biasa sebelum menggoreng ikan, anda akan lumur dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng. Nak lagi sedap, gunakan rempah istimewa yang dikongsikan oleh Cik Puan Mai Mgnesium. Rempah yang terhasil ini boleh digaul dalam 4 jenis masakan anda. Resipi rempah ini diturunkan daripada ibu beliau. Jom cuba!
Jenis Masakan Yang Boleh Digunakan Dengan Rempah Ini
Ikan goreng
Ubi kayu
Tempe goreng
Ayam goreng
5 Bahan Rempah Utama:
Bawang putih – banyak
Kunyit hidup – 2 inci
Jintan putih
Ketumbar
Garam himalayan atau sea salt
Cara mebuatnya:
Kisar/tumbuk sampai lumat. Bawang putih banyak pun tak apa. Bagus untuk sistem tubuh.
Tambahan
Boleh tambah tepung beras / jagung untuk salutan tapi sebaiknya tak perlu letak.
Masa mengisar jangan masukkan air banyak sangat
Cara Untuk Menggoreng Ayam
Masukkan lengkuas yang dikisar untuk serabut-serabut (tolong potong lengkuas dulu sebelum masuk dalam blender atau blender akan cepat rosak).
Boleh tambah daun kari untuk bangkitkan aroma.
Cara Untuk Menggoreng Ubi Kayu
Kredit: SurayaMsyed
Rebus dulu ubi kayu, tapi jangan sampai hancur. Kemudian barulah gaul dengan bumbu atau rempah.
Perap dalam 30 minit ke 1 jam dan goreng.
Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ubi kayu perap.
Boleh Ke Blend Banyak Dan Simpan?
Tak boleh, sebaiknya biarkan fresh
Boleh makan dengan sambal kicap johor
Sangan / Goreng Tanpa Minyak
Cara ini juga boleh dilakukan dengan menggoreng tanpa minyak sekejap rempah jantan putih dan ketumbar dalam kuali. Ia akan membangkitkan aroma rempah dengan lebih baik.
Mak Pesan
Jangan risau tangan kuning masa menggaul sebab kunyit tu kan bagus untuk kulit kita. Lagipun, mak kata gaul dengan tangan, enzim ibu tu masuk. Nanti anak-anak akan dengar cakap dan suami pun sayang lebih.
Orang dulu-dulu cakap sambal ni sambal bodoh, sebab orang malas tapi nak cepat makan. Lalu campurkannya telur dalam sambal tumbuk, kacau rata dalam kuali dah siap terus boleh makan. Tapi kalau nak tahu sambal bodoh ini sangat sedap dan boleh habiskan nasi berpinggan-pinggan. Tak percaya cuba buat ye…
SAMBAL BILIS BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
Sambal Tumbuk menu simple yang boleh membuka selera terutamanya ketika bangun sahur. Ada lauk ayam goreng, telur dadar pun dah cukup kalau dimakan bersama sambal tumbuk.
Menggunakan bahan-bahan mudah, sambal tumbuk simple ini sesuai untuk dijadikan menu pelengkap untuk makan bersama nasi panas. Rupanya mungkin biasa tapi rasanya boleh buat ketagih.
Selain makan dengan nasi panas, sesuai juga makan dengan bubur nasi. Confirm tak cukup sepinggan!
Sambal Tumbuk
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
3 biji cili besar
1 labu bawang besar
Segenggam ikan bilis
CARA MEMBUAT
Tiga bahan tadi iaitu cili besar, bawang besar dan ikan bilis digoreng. Tak perlu goreng sampai garing. Cukup sekadar layu saja.
Siap goreng semua bahan. Seterusnya guna lesung batu, tumbuk sedikit demi sedikit semua bahan yang sudah digoreng tadi. Kena guna lesung tau. Kalau guna blender, tak jadi. Hilang keasliannya. Barulah namanya sambal tumbuk!
Siap untuk dihidangkan.
Sedap dimakan dengan bubur nasi. Tapi kalau makan dengan nasi panas pun sedap gak ni. Cubalah!
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!