Lauk pauk yang ringkas jadi kegemaran ramai. Fikirkan menu yang kita boleh masak sekaligus banyak dan buat stok untuk dimakan berterusan. Maka tidak perlulah kita sering keluar untuk membeli bahan mentah. Contohnya seperti menu yang disediakan ini . Makan pula dengan nasi panas-panas, pasti bertambah makan.
300 gm bawang merah ) 50gm bawang putih )-BELI ONLINE DI SINI 50gm ikan bilis )dikisar 100gm belacan bakar ) BELI ONLINE DI SINI
100ml air asam jawa(pekat)
210gm gula kabung
Minyak masak secukupnya Garam secukup rasa
Cara memasak:
Ads
1.Panaskan kuali berisi minyak. Goreng tempe dan ikan bilis hingga garing.Seelok-eloknya digoreng berasingan kerana masa memasak dua bahan ini tidak sama. Kemudian toskan minyak.
2.Selepas itu masukkan bawang yang telah dikisar dengan belacan dan ikan bilis. Tumis hingga naik bau.
3.Kemudian masukkan cili kisar, kacau rata dan masukkan gula kabung. Kacau rata dan perlahankan api masak sehingga naik minyak.
4.Masukkan air asam jawa, perlahankan api dan biarkan sambal betul-betul garing sambil dikacau (lebih kurang satu jam).
5.Tutup api dan masukkan garam secukupnya.
6.Apabila sambal telah sejuk baru masukkan bahan-bahan yang telah digoreng terlebih dahulu.
*tip untuk tempe dan ikan bilis kekal garing ~ buangkan minyak yang berlebihan pada sambal. ~ simpan dalam bekas kedap udara ~ sesuai dimakan dengan nasi panas, pasta, maggi, mi, bubur dan roti ~ kalau kreatif lagi boleh buat topping untuk piza
Ads
Resipi: Datin Shida Yusoff
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK , BOLEH BELI DI SINI.
Bagi penggemar sajian berasaskan ikan, pasti pernah rasa lauk Ikan Rebus Air Asam ni. Ada restoran yang menjualnya. Lepas ni, tak perlulah beli lagi kerana anda pun boleh hasilkan sendiri di rumah. Resipinya mudah sahaja. Serius, memang tak renyah langsung. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Hawa Nadila Sari ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK IKAN REBUS AIR ASAM YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN: Ikan kembung/pelaling – dibersihkan Asam gelugur (beli online disini) Bawang merah besar – dihiris (beli online disini) Cili padi – dihiris Cili merah – dipotong Belacan – dibakar & ditenyeh (beli online disini) Tomato – dipotong dadu Pes asam jawa (beli online disini) 2 biji limau kasturi Garam & gula secukup rasa (jumlah bahan-bahan bergantung pada cita rasa masing-masing dan bilangan ikan yang digunakan)
CARA MEMASAK: 1. Ikan direbus dengan asam gelugur, secubit garam dan sedikit air. 2. Biarkan ikan mendidih dan masak. Angkat ikan dan ketepikan.
3. Buangkan kepingan asam gelugur yang telah direbus tadi. 4. Ambil air rebusan ikan dan masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan hirisan bawang merah besar dan cili padi. Jika ingin kuah banyak, tambah air secukupnya) 5. Seterusnya masukkan cili merah dan juga tomato. 6. Masukkan pes asam jawa dengan secukupnya dan perahkan limau kasturi. 7. Tambahkan belacan, garam dan gula dengan secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan perasa larut.
8. Sesuaikan rasa mengikut cita rasa masing-masing dan juga kepekatan kuah yang diingini. 9. Letak ikan di dalam bekas bersesuaian dan siram kuah tadi diatas ikan rebus. Hidangkan bersama nasi panas.
Bila ibu tiada selera untuk makan, apa kata anda sediakan menu bergoreng yang ringkas dan enak berkhasiat ini. Pun begitu, selain rasa yang sedap menu ini kaya dengan nutrisi. Sangat sesuai untuk menjaga kesihatan ibu tercinta. Apa kata anda masak untuk ibu dan ahli keluarga sekali.
KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
1/4sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap
3 sudu makan air
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula
Sedikit garam jika perlu
Bahan-bahan lain:
4 ulas bawang putih | cincang kasar
4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
5 tangkai cili kering | potong 2cm
1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
Tutup api, dan gaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF:
Lebih sedap jika ditambah dengan biji gajus yang telah digoreng, kerana ia akan memberikan sedikt rasa lemak pada masakan ini.
Di Kelantan, bila tibanya bulan puasa, lauk pauk seperti Gulai Ikan Masin @ Ikan Kering yang guna kunyit dan lengkuas ni memang popular. Sedap dan punya rasanya yang tersendiri. Tak cair, tak pekat, sedang-sedang sahaja. Perangat 2-3 hari pun masih elok dan enak. Nak cuba resipi perkongsian Puan Zatul Hernani ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI GULAI IKAN MASIN @ IKAN KERING SEDAP VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan kering | dibasuh
Timun | dibelah kecil
5-6 biji cili hijau
1 -2 keping nanas | dipotong dadu
Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...