Sambal Bilis Nasi Lemak Versi Tak Pedas, Untuk Anak-Anak

Share

Sambal bilis nasi lemak versi tak pedas, khas untuk anak ini. Jadi, bolehlah anak-anak makan dengan puas tanpa kepedasan. Orang yang tak suka pedas juga boleh buat sambal bilis versi ini.

Ikuti perkongsian resipi daripada Yayar B. Awang Noh ini ye. Walau pun tak pedas, tapi tetap sedap. Selain nasi lemak, boleh je kalau makan dengan nasi putih. Dengan roti pun sedap tau.

Sambal Bilis Nasi Lemak Versi Tak Pedas, Untuk Anak-Anak

Bahan-bahan:

Ikan bilis – boleh beli online di sini

3 senduk cili kering kisar – boleh beli online di sini

Asam keping – boleh beli online di sini

Sos tomato – boleh beli online di sini

Sos cili – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

Gula Melaka – boleh beli online di sini

Serbuk perasa

Bawang merah besar (hiris) – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Bahan Kisar:

Bawang putih – boleh beli online di sini

Bawang besar

Belacan – boleh beli online di sini

Sedikit ikan bilis – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Mula-mula kisar bawang putih, bawang besar, belacan dengan sedikit ikan bilis. Ketepikan.

Panaskan minyak, masukkan bahan kisar dan tumis.  Minyak kena lebih supaya sambal masak elok dan cantik. Masukkan pula sekeping asam gelugur.

Masukkan pula cili kisar dan kacau sekata hingga pecah minyak.

Kemudian masukkan pula sos tomato dan sos cili. Gaul sekata.

Setelah itu bolehlah masukkan ikan bilis. Kacau sekata.

Masukkan  pula gula Melaka kacau sampai pecah minyak.

Tambah serbuk perasa dan garam secukup rasa. 

Masukkan bawang besar hiris.  Gaul rata. Masak lagi. Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

IKLAN