
Isi Kandungan
ToggleSelain diguna untuk masakan dan dibuat halwa, satu lagi cara mengolah belimbing buluh adalah dengan menjadikannya belimbing buluh asam boi.
Kalau dah banyak sangat buah ini di rumah sesuai sangat dibuat jeruk ini. Belimbing buluh asam boi ini boleh disimpan lama, lagi lama diperam lagi sedap. Boleh dikunyah begitu saja.
Cara buat belimbing buluh asam boi
Bahan-bahan
1/2 kg belimbing buluh -bersihkan
5 sudu besar garam
1 liter air suam
7 sudu gula
5 tangkai cili padi
5 sudu besar cuka
10 biji asam/ asam masin
Cara membuat
1. Masukkan belimbing buluh dalam bekas dan campur garam dua sudu besar dan tuangkan setengah liter air suam. Biarkan seharian untuk buang getah dan kurangkan rasa masam belimbing.
2. Selepas seharian buang air garam dan masukkan gula, cili padi merah, lima sudu besar cuka, tiga sudu besar garam dan asam boi putih.
3. Kacau rata dan tuang lagi setengah liter air suam.
4. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk selama dua hari supaya rasa asam boi meresap ke dalam belimbing buluh.
5. Selepas dua hari bolehlah dimakan. Boleh juga disimpan lebih lama, lagi sedap.
Artikel berkait: Resipi Kerabu Belimbing Buluh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sawi Jeruk Homemade Terjamin Kebersihannya

Anda peminat sawi jeruk? Kalau membeli tu kita sendiri tak tahu sejauh mana kebersihannya. Boleh cuba buat sendiri ikut langkah ini. Lepas ni tak payah lagi beli jika dah mahir membuatnya.
SAWI JERUK
Cara membuat:
1.Sawi patt choy dicuci bersih toskan dulu.
2.Sebelum tu saya siapkan air basuhan beras yang saya simpan (pagi tadi masak nasi air beras saya ambil masuk bekas)
3.Sawi tadi dijemur bawah cahaya matahari.Kena balik-balik supaya serata layunya.
4.Kemudian ramas-ramas sawi dalam bekas dengan 2 atau 3 genggam garam kasar.
5.Gaul rata sambil ramas sawi tu garam tak payah cuci terus masuk semua dalam botol nanti.
6.Jadi kecut begini.
7.Masuk dalam botol tuang air beras tadi.
8.Masukkan sedikit kunyit serbuk.Tutup simpan atas meja selama 10 -14 hari.Air tak payah tukar biarkan, cuma 2 hari sekali kena balik balikkan sawi tu yang atas ke bawah,bawah ke atas agar jeruk tu akan jadi serata warnanya.
9.Hari yg ke 11.
10.Bila dah 14 hari, tapis buang airnya masuk bekas simpan dalam peti ais supaya tahan lama.Sedap masak asam pedas atau masak lemak cili padi.Hiris nipis-nipis sawi jeruk ni. Hiris bawang besar.cili padi.ikan bilis, nak pecah telur pun boleh makan dengan nasi panas.
Kredit: Aishah Ismail
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Masak Rendang Jering Dan Tip Jering Cepat Empuk, Perut Tak Memulas Selepas Makan

Isi Kandungan
ToggleMenu rendang jering ini agak ‘rare’ tapi bagi peminat jering mungkin akan menyukainya. Cuma untuk menyediakannya perlu tahu beberapa kaedah terutama untuk memastikan jering cepat empuk dan perut tak memulas selepas makan.
Bagi peminat jering yang nak cuba membuat rendang ini boleh guna resipi yang dikongsi Puan Sutera Ayu.
Resipi rendang jering
Bahan-bahan
50 biji jering tua -kupas dan belah dua
1kg gram santan pekat segar
100 gram cili kering (rebus)
200 gram bawang merah kecil
100 gram bawang putih
50 gram ketumbar biji
100 gram buah keras
10 kuntum bunga lawang
15 biji buah pelaga
100 gram halia
100 gram langkuas muda
5 lembar daun kunyit
5 batang serai memarkan
10 lembar daun limau
2 sudu makan stok ayam (pengganti perisa)
100 gram gula merah
5 keping asam jawa
2 sudu makan garam(secukup rasa)
2 sudu makan gula putih
1 sudu teh jintan manis
1 suduh teh jintan putih
100 gram cili serbuk babas
Cara membuat
- Didihkan santan pekat hingga naik minyak.
2. Dalam pada itu ambil jering yang dikupas ketuk perlahan-lahan supaya lembut dan sedap dimasak.
3. Dalam periuk, panaskan air guna api besar. Selepas mendidih masukkan daun limau, serai yang diketuk bersama sedikit garam. Kacau rata dan masukkan jering. Fungsi daun limau adalah untuk mengurangkan bau jering.
4. Rebus selama satu jam setengah atau dua jam dengan api sederhana. Sekiranya mahu menambah air, didihkan dulu baru tuang dalam periuk berisi jering. Jika tambah air sejuk, jering akan lambat empuk. Selepas itu angkat jering dan tos.
5. Kisar bahan bumbu, kecuali bunga pelaga dan bunga lawang. Kemudian serai diketuk, kunyit hiris nipis-nipis.
5. Tumis semua bahan di atas sampai naik minyak. Kemudian masukkan santan yang sudah rebus tadi sekali dengan jering. Masukkan gula, garam, asam keping dan stok.
6. Perlahankan api dan kacau jering hingga rendang terbit minyak. Siap masak, tutup api.
Selamat mencuba!
Sumber: Sutera Ayu
Datuk Chef Wan dan Hafiz Suip Masak Bubur Pedas dan Kuih Bongkol Sarawak.

Diam tak diam Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua dah pun masuk episod ke 11. Seperti yang ditonton tadi penyanyi Hafiz Suip menceriakan suasana memasak kali ini.
Pemenang Anugerah Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ni turut menghiburkan krew dan Chef Wan dengan memetik gitar dan mendendangkan lagu dari albumnya di awal rancangan.
Hafiz Suip cukup berbesar hati Datuk Chef Wan sudi memasak masakan tradisi Sarawak, bumi kelahiran artis yang ceria ini. Hafiz yang meminati dan mengikuti Datuk Chef Wan sejak kecil cukup teruja berkongsi dapur menyiapkan masakan Bubur Pedas dan kuih tradisi kuih bongkol.
“Bubur pedas ni yang menyebabkan ia begitu istimewa adalah rempah atau bumbu yang terdapat di Sarawak. Bila Ramadan inilah sajian popular dan macam tak lengkap sajian berbuka kalau takde bubur ini. Sayur-sayuran dan rempah memang sedaplah. Ni memang sajian kesukaan saya.
Kuih bongkol Sarawak pun sangat saya suka. Saya sebenarnya memang suka makan kuih yang manis dan rasa dan teksturnya sama dengan kuih yang disebut jongkong atau jongkol yang terdapat di sini,” ceritanya dengan tergelak kecil.
Masa rakaman Hafiz dan Chef Wan asyik membungkus kuih bongkol dengan daun pisang. Ada teknik bungkusnya, silap bungkus boleh terburai pulak isinya.
Nak tahu resipi bubur pedas dan kuih jongkol Sarawak, jom salin resipinya di sini.
BUBUR PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 4 sudu besar rempah bumbu
- 12 ekor udang basah saiz sederhana
- 250 ml pati santan 5 batang kacang panjang (dihiris kecil-kecil)
- 2 biji kentang (dipotong dadu kecil)
- ½ biji keledek saiz kecil (dipotong dadu)
- 50 gm fuchuk 50 gm cendawan shitake (direndam lembut dan dihiris)
- 50 gm bunga lili (direndam lembut dan dihiris)
- 50 gm cendawan telinga (direndam lembut dan dihiris)
- 3 batang jagung muda (dihiris)
- Daun kesum (diracik)
- 1 daun kunyit (diracik)
- 1 batang serai kecil (dihiris halus)
- 1 sudu besar udang kering
- 1 lobak kecil
- Asam jawa
- Cili kisar
- Garam
- Gula
- Minyak
- Air Bahan kisar:
- 6 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Masukkan bahan kisar, cili kisar dan udang kering. Kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan kentang, ubi keledek, lobak merah, rempah bumbu, sedikit air, dan santan. Kacau dan biarkan selama 1-2 minit sehingga empuk.
4. Selepas itu, masukkan daun kunyit, cendawan shitake, cendawan keping, bunga lili, fuchuk dan daun kesum. Kacau perlahan-lahan sehingga cendawan lembut.
5. Masukkan kacang panjang dan jagung muda ke dalam periuk. Kacau lagi supaya kacang panjang dan jagung masak.
6. Akhir sekali, masukkan udang, garam dan sedikit gula. Setelah itu, kacau sehingga mendidih. 7. Sedia untuk dihidangkan.
KUIH BONGKOL
BAHAN-BAHAN :
Bahan kuih:
150 gm tepung beras
70 gm tepung ubi kayu
650 ml santan cair
3 sudu besar gula pasir
½ sudu teh garam
2 helai daun pandan (disimpul)
Daun pisang (dilayurkan)
Lidi pencungkil gigi
Bahan inti:
150gm gula Melaka (dipotong dadu kecil/diracik halus)
200ml pati santan
CARA MEMASAK :
1. Masukkan tepung beras, tepung ubi kayu, santan cair, gula dan garam ke dalam periuk.
2. Gaulkan semua sekali sehingga adunan tepung menjadi likat dan pekat.
3. Sediakan daun pandan beralaskan daun pisang dan letakkan sedikit adunan tepung.
4. Kemudian masukkan gula melaka/apong di atas adunan tadi.
5. Tutup pula dengan sedikit pati santan.
6. Kemudian bungkuskan daun pandan tersebut seperti bungkusan tapai.
7. Kukuskan kuih bongkol selama 25-30 minit.
8. Sedia untuk dihidangkan.
AKSI DI SEBALIK TABIR
Banyak aksi lucu di sebalik penggambaran ni…
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA SEPANJANG RAMADAN INI
Teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.
Isnin akan datang saksikan resipi dan aksi menarik Datuk Chef Wan dalam Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersama penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu. Sure kecoh dan mencuit hati.
Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.
ANDA MUNGKIN SUKA VIDEO INI :
DAN JUGA RESIPI INI :