Sambal Bilis Crispy, Pelengkap Menu Hidangan

Share

Makan nasi tanpa sambal, rasa tak lengkap. Ada yang suka sambal berkuah dan yang kering. Sambal ni puas hati kalau buat sendiri. Lebih banyak kuantiti dan boleh buat stok bila-bila nak makan. Tak susah pun buatnya.

SAMBAL BILIS CRISPY

Bahan-bahan:

Ikan bilis goreng-BELI ONLINE DI SINI

Kacang tanah goreng

Bawang goreng-BELI ONLINE DI SINI

Cili kering goreng (kisar kering)-BELI ONLINE DI SINI

Kiub ayam

Garam dan gula

Cara membuat:

1.Pecahkan kiub ayam dalam minyak panas,minyak tu agak-agak je.Macam kita nak menyambal.Kacau sebati (api sederhana).

2.Masukkan cili kering goreng yang dah dikisar (saya kisar guna chopper) 3.Kacau sebati bersama dengan kiub ayam tadi.

4.Perasakan dengan garam dan gula.Pastikan cukup rasa.

5.Padam api dan biar sambal betul-betul sejuk baru masukkan ikan bilis.

6.Goreng kacang tanah goreng dan bawang goreng tadi.Gaul sebati.

7.Siap dinikmati.

Kredit: Ziela Mazlan

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN