Restoran Ummis Hijau Kasturi yang bertapak selama lebih dua tahun di Sentul Village, Kuala Lumpur ini diusahakan oleh Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah yang menyajikan pelbagai sajian asli Melayu dan Barat pada setiap hari.
Pasangan suami isteri ini telah berkecimpung lebih dari 28 tahun dalam bidang kulinari secara profesional. Sepanjang pengalaman tersebut, kedua-dua mereka setia berkhidmat dengan kerabat diRaja Brunei selama lebih dari lapan tahun. Malah, mereka masih berbakti sehingga ke hari ini tatkala ada di kalangan kerabat yang mencemar duli di Malaysia atau merindui akan air tangan mereka.
Selain itu, pasangan ini juga pernah berkhidmat di Royal Brunei Airlines, Holiday Inn Toronto, Kanada, Hilton Petaling Jaya, serta terlibat sebagai tenaga pengajar di Management and Science University (MSU) Shah Alam. Ummis Hijau Kasturi sering kali menjadi pilihan katering beberapa syarikat penyiaran terkenal. Antaranya Astro, BERNAMA, TV3 serta banyak lagi.
Tahun ini, restoran dan syarikat katering tempatan ini mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menikmati aneka hidangan lazat di sini.
Buat mereka yang mengenali pemilik serta chef di restoran ini, sudah pasti mengetahui akan kehebatan air tangan mereka dalam menyediakan aneka sajian.
Di kesempatan itu, pengalaman pasangan suami isteri ini yang berkhidmat sebagai chef peribadi Istana dan kerabat diraja Brunei sehingga kini dikongsikan menerusi santapan Istana.
Ads
Antara menu Istana adalah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, Ikan Liking, Gulai Lemak Rebung Dengan Pucuk Manis, Masak Hitam Hati Buyah(Paru Lembu), Sambal Ikan Tahai, Pais Daging, Sambal Urat-Uratan,Kelupis Brunei dan Kuih Serabai Durian.
Konsep restoran turut disuntik dengan hiasan elemen Melayu seolah-olah sangat mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Ummis Hijau Kasturi. Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau turut tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang begitu luas di tingkat bawah premis. Malah kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis.
Untuk info, restoran ini juga dibuka pada setiap hari untuk sajian Melayu Asli, Nusantara dan Barat. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.
Waktu Operasi Harian :
Ads
Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Ummis Hijau Kasturi
G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur.
Bermula tengah malam ini, semua premis makanan di negara ini diwartakan sebagai tempat larangan merokok selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau ( Pindaan) 2018.
Ketua Pengaran Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pindaan pewartaan itu dilaksanakan mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004) yang bertujuan menlindungi orang awam daripada terdedah kepada asap rokok.
“ Premis itu membabitkan semua kaedah perniagaan tidak kira bertutup, berhawa dingin atau berkonsep terbuka (open air).
“Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa komited dalam memastikan orang awam terutamanya kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua sentiasa dilindungi daripada bahaya asap rokok,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, perokok hanya dibenarkan merokok di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka.
Katanya peraturan terbaharu itu juga menetapkan pengusaha dan pemilik kedai makan serta restoran perlu menaikkan tanda larangan merokok selain tidak menyediakan kemudahakan merokok seperti bili khas merokok dan bekas membuang punting rokok.
Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, PPKHT 2004 yang mana mereka yang melanggarnya boleh di denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Apa yang fenomena pasal nasi 3 budak gemok ya?.. Ohh ini rupanya yang menjadi viral bila 3 orang anak muda menjalankan perniagaan gerai nasi panas, ayam kicap, cili gesek pedas dan ulam yang menjadi pilihan ramai kerana kombinasi masakan yang sedap dan harga yang berpatutan. Jika tak berkesempatan boleh cuba resipi ala 3 budak gemok ni yang dikongsikan oleh Kak Faa ni. Selamat mencuba!
RESIPI AYAM KICAP DAUN KARI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (cuci bersih, toskan air.)
garam secukup rasa
serbuk kunyit secukupnya
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inch halia
minyak masak secukupnya
1 cawan daun kari
Sedikit air
1 sudu rempah kari ayam daging
1 sup bunjut
kicap manis secukup rasa
2 sudu oyster sos
2 sudu kicap pekat
2 asam keping
CARA MEMASAK:
gaul ayam & serbu kunyit. Panaskan minyak. Goreng hingga garing. Habiskan goreng ayam.
buang sedikit minyak goreng ayam tadi. Balance minyak panaskan semula. Blend bawang² & halia dgn sedikit air.
masukkan daun kari dalam minyak yg pnas tadi. Masukkan bahan blend. Tumis sampai garing.
masukkan sup bunjut & serbuk kari. Kacau hingga garing. Tmbah air & asam keping.
masukkan seafood sauce & semua kicap. Kacau sampai mendidih. Masukkan ayam goreng. Kacau sampai semua masak sebati. Done.
RESIPI SAMBAL BELACAN GESEK
BAHAN-BAHAN:
10 ke 15 biji cili api merah
6 ke 8 biji cili api hijau
1 labu bawang besar
3 ulas bwang putih
garam secukup rasa
1/2 sudu gula
1 sudu belacan
jus limau secukup rasa
sedikit minyak
CARA MEMASAK:
hiris semua bawang dan semua cili api. Panaskan minyak. Goreng semua bahan hiris sampai layu. Angkat, toskan minyak dan masukkan ke dalam lesung batu.
tambah gula, garam & belacan. Tumbuk hingga separuh lumat. Masukkan jus limau. Kacau rata.
panaskan 2 sudu minyak tadi, tumis semula bahan tumbuk dlm 5 minit. Done. Makan bersama nasi panas, ayam kicap daun kari & ulam.
Anda penggemar stik yang halal dan sedap dengan harga berpatutan? Kunjungan ke Restoran The 3 Duke’s pasti tidak menghampakan. Mereka yang sukakan makanan barat boleh singgah ke restoran ini merasa keistimewaan makanan di sini.Restoran The 3 Duke’s beroperasi di A2-G1-5 PUBLIKA , 1, Jalan Dutamas , Solaris Dutamas , Kuala Lumpur dan diselenggara oleh tiga orang anak muda berwawasan tinggi, Firdaus.H.Rashid, Amir Gani dan Irfan Azriman.
Restoran ini memulakan operasi tahun lalu di mana ketika itu pandemik Covid-19 melanda negara malah dunia. Namun mereka terus bersemangat dalam mengharungi setiap cabaran yang mendatang.
“Sejujurnya memang pandemik ini memberi kesan, yang pasti bukan kami saja yang terkesan hampir semua kedai makan terkesan dan terjejas jualannya sepanjang PKP. Ketika PKP kami fokus sepenuhnya dengan jualan atas talian,”cerita Amir.
Keunikan makanan
Restoran ini mengetengahkan hidangan western fusion, pasta, burger dan stik yang dimakan bersama sos di mana bahan utamanya buah-buahan menjadi satu kelainan.
“Kami banyak bermain dengan sos yang menggunakan buah-buahan. Satu lagi hidangan yang menggunakan elemen buah-buahan ialah Tropica Lamb Ribs di mana lamb ribs dihidang bersama buah mangga segar dan juga sos yogurt mango homemade.
Keistimewaan di sini adalah bahan perapan, sos semuanya dibuat secara homemade. Perapan daging, resipi dengan herba yang dicampur satu persatu.
Antara signature makanan yang wajib anda cuba ialah Burger Beef Ribs yang dagingnya dimasak selama lapan jam. Black Forest Rib Eye Steak ialah stik yang dimakan bersama sos blueberi yang diolah sendiri.
Buat yang datang bersama keluarga ada hidangan untuk sekeluarga iaitu tomahawk dan juga op ribs, sesuai untuk empat orang makan dan dihidang live istimewa di depan pengunjung.
Kami berharap dan mendoakan semuanya kembali seperti sedia kala dan ekonomi negara dapat di jana semula seperti biasa,” cerita Amir menutup bicara.