Restoran Ummis Hijau Kasturi yang bertapak selama lebih dua tahun di Sentul Village, Kuala Lumpur ini diusahakan oleh Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah yang menyajikan pelbagai sajian asli Melayu dan Barat pada setiap hari.
Pasangan suami isteri ini telah berkecimpung lebih dari 28 tahun dalam bidang kulinari secara profesional. Sepanjang pengalaman tersebut, kedua-dua mereka setia berkhidmat dengan kerabat diRaja Brunei selama lebih dari lapan tahun. Malah, mereka masih berbakti sehingga ke hari ini tatkala ada di kalangan kerabat yang mencemar duli di Malaysia atau merindui akan air tangan mereka.
Selain itu, pasangan ini juga pernah berkhidmat di Royal Brunei Airlines, Holiday Inn Toronto, Kanada, Hilton Petaling Jaya, serta terlibat sebagai tenaga pengajar di Management and Science University (MSU) Shah Alam. Ummis Hijau Kasturi sering kali menjadi pilihan katering beberapa syarikat penyiaran terkenal. Antaranya Astro, BERNAMA, TV3 serta banyak lagi.
Tahun ini, restoran dan syarikat katering tempatan ini mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menikmati aneka hidangan lazat di sini.
Buat mereka yang mengenali pemilik serta chef di restoran ini, sudah pasti mengetahui akan kehebatan air tangan mereka dalam menyediakan aneka sajian.
Di kesempatan itu, pengalaman pasangan suami isteri ini yang berkhidmat sebagai chef peribadi Istana dan kerabat diraja Brunei sehingga kini dikongsikan menerusi santapan Istana.
Ads
Antara menu Istana adalah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, Ikan Liking, Gulai Lemak Rebung Dengan Pucuk Manis, Masak Hitam Hati Buyah(Paru Lembu), Sambal Ikan Tahai, Pais Daging, Sambal Urat-Uratan,Kelupis Brunei dan Kuih Serabai Durian.
Konsep restoran turut disuntik dengan hiasan elemen Melayu seolah-olah sangat mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Ummis Hijau Kasturi. Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau turut tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang begitu luas di tingkat bawah premis. Malah kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis.
Untuk info, restoran ini juga dibuka pada setiap hari untuk sajian Melayu Asli, Nusantara dan Barat. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.
Ads
Waktu Operasi Harian :
Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Ummis Hijau Kasturi
Ads
G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur.
Kalau anda mahu makan tengah hari dengan hidangan yang sedap dan mengenyangkan, bolehlah cuba makan di Restoran Nasi Kukus Sotong Besar. Cawangan di Kota Kemuning ni memang senang nak dituju. Tak terlalu sibuk lokasinya.
Walaupun namanya sotong besar, tapi ada juga dihidangkan kambing dan juga nasi kerabu lauk ayam. Boleh pilih menu mana yang menepati cita rasa anda.
Sedap betul sotong goreng ni. Ada yang kata sotong besar ni liat. Tapi nyata dagingnya lembut dan cukup perapan salutan tepung tu. Dicicah pula dengan sos manis. Alahai… sedap sungguh.
Ini pula kambing bakar. Sos blackpepper yang digunakan untuk memasak kambing ni sangat sedap. Cukup rasa pedas, manis dan lemaknya.
Ini pula nasi kerabu ayam bakar. Ayam besar dan cukup rasa perapan yang digunakan. Memang terbaiklah!
Kalau korang nak datang time lunch hour, kenalah datang awal. Kalau tak, kena gigih beratur tau!
Jom tengok video Makan Di Mana yang menampilkan Restoran Grease Seksyen 13 Shah Alam. Klik SINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau tekak terasa nak makan pasta, boleh singgah di Mr Mac yang cukup terkenal dengan hidangan pasta yang confirm buat anda terliur. Limpahan keju yang tidak jemu untuk anda nikmati. Serius memang sedap! Lebih cheese, lebih tarik.
Mempunyai lima cawangan di sekitar Lembah Klang, Mr Mac menawarkan pelbagai hidangan makaroni dan spaghetti yang sungguh enak dan lazat. Lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Memang hidangan yang wajib dicuba oleh para pencinta cheese.
Jika anda sukakan Mac n Cheese, anda boleh cuba nikmati Signature Mr Mac. Memang terbaik. Makaroni yang lembut, ditambah dengan tortilla chips serta cheese yang lemak berkrim menjadikan ia satu hidangan yang cukup sempurna.
Selain itu, ada dua lagi menu bagi makaroni iaitu Lava Mr Mac bagi anda yang sukakan pedas dan Ocean Mr Mac, dilengkapi dengan makanan laut seperti udang harimau dan kupang.
Manakala bagi spaghetti pula, terdapat enam menu yang boleh dipilih mengikut cita rasa anda iaitu Creamy Tomato, Salted Egg, Aglio Olio, Carbonara, Bolognese dan Arabiata. Harga yang ditawarkan juga murah dan berbaloi, bermula RM10 sehingga RM20, mengikut hidangan pilihan anda.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan pasta yang lazat di Mr Mac. Sekali cuba, anda pasti nak lagi.
Buat yang bosan dengan masakan lauk pauk, apa kata kata ubah selera dengan menu western, simple dan mengenyangkan. Hari minggu begini kita gantung kuali dengan menikmati hidangan kegemaran.
Walaupun dah boleh nak dine in, SOP jangan dilupakan. Mungkin ada yang lebih selesa tapau dan nikmatinya di rumah. Kita order menu western dari Chepwan Western. Macam-macam menu ada ikut cita rasa anda.
Makan Di Mana hari ini mencuba tiga menu western iaitu Nasi Goreng Chicken Chop, Aglio Olio With Chicken Chop dan Meatball Bolognese
“ Bermula selepas raya Aidiladha tahun lepas suami cuti tanpa gaji sebab kafe sekolah international tutup jadi terlintas untuk berniaga kerana suami sebelum ni memang bekerja sebagai chef di beberapa hotel di Kuala Lumpur. Mempunyai sedikit pengalaman memasak dan kita juga pernah membuat perniagaan katering sebelum ini tetapi disebabkan kekangan pekerja kita memilih untuk berniaga di kedai.
Kebetulan tempat sekarang Tompek Makan Kg. Pandan ada nak sewakan stall.Kami pilih utk buat western food dan wujudlah Chepwan Western.
Kemudian kami ambil alih kedai atas amanah dari pemilik untuk kami urus kedainya dan kami bergabung dengan Mak Iti sebagai tukang masak untuk masakan Melayu. Kombinasi dua chef mengilhamkan WANILLA KITCHEN TOMPEK MAKAN KG PANDAN.
Pelbagai menu western boleh anda pesan antaranya chicken chop/chicken grill, double chicken chop/chicken grill, beef steak(sirloin), lamb shoulder grill, fish n chip, spaghetti bolognese/aglio olio, nasi goreng chicken chop.
Usah risau masakan panas dan kampung pun ada. Peminat laksa boleh cuba, laksa dapur mak iti. Begitu juga yang teringin patin tempoyak, di sini pun ada dijual.
Antara yang sering dipesan pengunjung ialah chicken chop, beef steak,lamb shoulder grill,nasi goreng chicken chop dan laksa dapur mak iti.
Anda yang ingin memesan makanan ini boleh saja whatsapp ke nombor 0182640761(illa) atau 0172741244 (mak iti). Makanan akan dihantar menggunakan Grab, Foodpanda dan Heyho
Kita juga menyediakan perkhidmatan menggunakan runner sendiri di mana pelanggan akan lebih jimat.
Jadi korang yang teringin nak mencuba menu di sini boleh waze untuk ke tempat ini atau tapau untuk menikmatinya di rumah.
Lokasi perniagaan: Tompek Makan Kg Pandan
Pemilik: Norr fadzzillah Redzuan, Mohd ridzuan Abd Manap & Norsitiziton Abd Rahman
Cuba resipi Tempe Goreng Pedas Daun Limau yang rangup, wangi dan pedas memikat. Rahsia rangup sempurna & cara memasak yang mudah, sesuai untuk snek atau lauk harian.