Sajian tradisional ini sungguh istimewa sekali. Campuran rempah ratusnya adalah resipi warisan zaman berzaman milik keluarga pemilik Bunga Lawang Cafe, Ruhil Shafinaz. Ia diwarisi dari moyang belah ayahnya yang berasal dari Muar, Johor. Rasa asli makanan kampung dari Johor ini pastinya mencetus rasa rindu air tangan ibu yang dikasihi. Ikuti resipi yang dikongsi oleh Ruhil dan ibunya Hasnah Hassan ini.
AYAM GORENG JINTAN BLC
BAHAN-BAHAN:
500 gm isi ayam /dipotong saiz sederhana
BAHAN DITUMBUK KASAR:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh lada hitam
2.5 cm kunyit hidup
2.5 cm halia
BAHAN HIRIS:
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar /dihiris membulat
2 cili hijau /dihiris kasar.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis semua bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
Kemudian masukkan isi ayam. Masukkan sedikit air untuk mengelakkan daripada terlalu kering.
Goreng sampai ayam hingga empuk dan airnya sudah kering. Pastikan isinya sedikit garing di luar. Masukkan bahan yg dihiris dan gaulkan seketika dan padamkan api..
Ayam goreng jintan sedia dihidang.
INFO CHEF : Untuk rasa rempah yang lebih berperisa dan sebati, anda boleh perapkan dahulu isi ayam dengan bahan yang ditumbuk kasar, sekurang-kurangnya setengah jam.
ASAM PEDAS KEPALA IKAN JENAHAK SAWI ASIN
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 kepala ikan Jenahak sederhana besar /dibersihkan
1 tangkai sawi asin dipotong kasar.
2 senduk minyak masak
2 cawan air
1 cawan air asam jawa
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Bahan menumis / dihiris:
3 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2.5 sm halia
Bahan Dikisar/Jadikan pes basah :
1 genggam cili kering direbus dulu
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
Sedikit belacan
1 sudu kecil lada hitam
Cara Memasak:
Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga kekuningan
Masukkan bahan yg dikisar dan biar atas api sehingga naik minyak.
Masukkan air asam jawa dan masukkan kepala Ikan dan sawi asin.
Biar mendidih dengan api yang sederhana tambahkan air, garam dan perasa.
Biar mereneh seketika atas api yang perlahan dan asam pedas siap untuk hidangan..
INFO CHEF : Biasanya asam pedas yang berasal dari bandar raya Johor Bahru gemar meletakkan sawi asin. Anda boleh juga memasukkan bunga kantan dan serai bagi melazatkan lagi sajian.
SOTO AYAM BLC
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong 4
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu makan serbuk lada putih
Beberapa cengkih, bunga lawang dan buah pelaga ( 2-4 biji)
2 sm kayu manis
BAHAN TUMIS – DIHIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia
1 sudu teh lada hitam
BAHAN SAMBAL CILI KICAP
Segenggam cili padi / ditumbuk
2 ulas bawang putih/ditumbuk
Kicap lemak manis ikut suka
1 -2 biji limau kasturi ( perah airnya)
(Goreng dulu cili dan bawang putih dan ‘blend’ satukan semua bahan dengan kicap),
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yg dihiris hingga naik bau.
.Masukkan rempah penumis bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, dan kayu manis dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih serta lada putih.
Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan ayam dan gaul seketika. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
Bila ayam sudah masak, keluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam.
Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mihun yang dicelur.
Sebagai bahan tambahan kuah soto ini lebih enak dimakan dimakan bersama bergedil kentang, kacang tanah goreng, soo hoon goreng dan taugeh yang dicelur dan sambal cili kicap. Jangan lupa letakkan ayam carik.
Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
INFO CHEF : Sajian soto Johor ini adalah makanan popular masyarakat Jawa, Johor. Tidak lengkap jika tanpa sambal kicap versi Johor ini.
SOTONG MASAK HITAM BLC
BAHAN-BAHAN:
6- 7 ekor sotong saiz sederhana
BAHAN A:
Ads
3 ulas bawang putih | ditumbuk
1/2 inci halia /ditumbuk kasar
1/2 inci kunyit hidup |ditumbuk kasar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
BAHAN B:
1 biji bawang besar |dihiris bulat
2 – 3 biji cili hidup | padi
1 batang serai |diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Potong sotong bulat2 dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG.
Kemudian tos dan ketepikan.
Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan 1 dan serai.
Kemudian masukkan dakwat sotong dan biarkan seketika. Masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air.
Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.
INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.
DENDENG DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang
1/2 kg cili merah | buang biji dan kisar kasar
1/2 kg bawang besar |dikisar
Sedikit kicap (gabungan kicap manis dan kicap pekat
2/3 sudu makan cuka
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus daging hingga lembut.
Hiris daging nipis dan ketuk atau tumbuk hingga kembang. Air rebusan daging jangan dibuang.
Goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis cili merah dan bawang besar yang telah dikisar.
Apabila cili sudah masak dan naik minyak, masukkan air rebusan daging, kicap dah cuka. Kacau rata.
Apabila sudah pekat, masukkan daging dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Ads
INFO CHEF : Dendeng sedap dimakan dengan ketupat dan roti selain nasi. Daging diketuk supaya ia jadi lembut dan cepat empuk.
Penyelaras: FARIDAH TALIB
Foto: MOHD IZARI ROSLI
Terima Kasih: Bunga Lawang Cafe
Resipi: Hasnah Hassan dan Ruhil Shafinaz Hussein
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Peminat masakan Thai, boleh cuba resipi yang kak mon kongsikan ini cara buat pes cili Thai atau Nam Prik Pao atau lebih enak di panggil pes cili sangai. Biasa ada jual di pasaraya tetapi apa kata kali ni kamu cuba sendiri resipi ni dan buat stok siap-siap!
Pes cili ni bahan asas masakan Tom Yam yang merah menyala tu, bole masak Pad Prik & beberapa masakan bercili Ala Thai ..
Apa beza Pes Tomyam dengan Pes Nam Prik Pao ni?
Bezanya, pes tom yam adalah pes yang dah campur sekali dengan serai, lengkuas, jus limau dan daun limau purut
Manakala jika kamu buat tom yam guna Nam Prik Pao ni, kamu kena la letak lebih serai, lengkuas, daun limau purut & jus limau nipis. Yang best dan menarik, warna tomyam nanti menjadi cantik, merah menyala
* Selain tom yam, boleh guna utk masakan Pad prik, tiga rasa, stir fry, masakan bercili lain..
Boleh buat pes ikan bakar, boleh ganti sos cili untuk buat msakan yang pedas & warna kemerahan. Semuanya ikut kreativiti korang ya ..kamu semua hebat belaka!
RESIPI PES CILI THAI ATAU NAM PRIK PAO
BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Ikan bilis
Udang kering
Belacan
Bahan lain:
Gula perang
Gula melaka
fish oil
air perahan limau
CARA MEMASAK:
Hiris bawang dan goreng tanpa minyak atau di sangai.
Cili kering ni sangai dengan api perlahan. Kacau selalu
Korang boleh tambah garam mase ni utk elakkan asap tu buat korang Acchum byk2 kali .
Ok masukkan dlm pengisar kering
Blend halus ikot korang nk halus macam mana pun.
Di ikuti ikan bilis belacan udang kering
Ok siap .. masukkan semua dalam blender basah
letak gula perang 2 sudu makan
Minyak masak setengah cawan
Sos sotong tu dalam 4 sudu makan
Air asam jawa gune air suam panas ya
Blend jd gini ha .. pekat .
Panaskan minyak masak dengan api perlahan
Curah bahan2 blend
Tumis je dgn api perlahan
Kacau selalu
Biar didih api perlahan .. kacau rata2 . Tutup api .. kacau lagi .
Lauk kampungseperti Sayur Lemak Ikan Rebus ni memang sangat membuka selera. Tak perlu menu-menu hebat. Lauk ringkas begini sahaja sudah cukup untuk memberi rasa gembira. Makan pula beramai-ramai dengan ahli keluarga, memang terasa nikmatnya. Nak rasa lebih enak? Guna cili solok. Ia akan menaikkan lagi rasa kuah. Namun cili jenis ini agak sukar diperolehi di luar negeri Kelantan. Sebagai ganti, gunakan sahaja cili hijau biasa.
Sebagai lauk tambahan, hidangkan bersama ikan goreng ayam goreng, budu atau sambal belacan. Memang tak toleh kiri kanan. Teringin nak masak menu ni? Jom cuba resipi yang saudari Afy Al Habibi kongsikan ni.
CARA MASAK SAYUR LEMAK IKAN REBUS
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung – potong
1 pokok sawi
Sedikit kubis
1-2 biji cili solok/ cili hijau
BAHAN TUMBUK (wajib tumbuk bagi mendapatkan rasa asli sayur lemak ini):
1. Masukkan santan ke dalam periuk dan campurkan air. Masukkan juga bahan tumbuk tadi.
2. Masak guna api paling perlahan. Perasakan kuah dengan gula. Rasa kuah ini perlu manis supaya rasanya lebih menyerlah. Seimbangkan rasanya dengan garam serta perasa.
3. Kemudian masukkan sayur yang lambat empuk terlebih dahulu seperti terung dan kubis. Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
4. Pastikan terung masak sehingga lembik.
5. Barulah dimasukkan sawi dan cili solok.
6. Biarkan sayur masak di dalam kuah selama 2-3 minit sebelum ditutup api supaya sawi tidak terlebih masak.
Terasa nak belajar buat Tapai Pulutsedap secara homemade? Jom cuba resipi perkongsian saudari Rozie Mnorni. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan pun. Insyaallah jika baru pertama kali buat, akan menjadi. Tapai ini bila sudah masak dan berair, simpan dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dinikmati kerana ia sangat enak dimakan dingin. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1.Basuh beras pulut hingga betul-betul bersih dan rendam selama 2 jam. 2. Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut hingga benar-benar masak. Jika pulut masih keras, renjis air hingga rata dan terbalikkan pulut. Kukus lagi hingga lembut. 3. Bila pulut sudah masak, angkat, ratakan pulut di dalam dulang dan biarkan sejuk. 4. Tumbuk ragi dan gula. Ini adalah petua untuk buat tapai rasa manis dan tidak masam. 5. Tabur ragi di atas permukaan pulut yang telah disejukkan menggunakan penapis teh. Pastikan ragi ditabur rata. 6. Kacau atau gaul pulut tadi supaya mesra bersama ragi. 7. Bungkus pulut dalam daun pisang atau masukkan ke dalam bekas-bakas kecil. 8. Bila sudah siap semuanya, letak tapai tadi dalam periuk atau bekas besar dan disimpan di tempat gelap seperti dalam kabinet dapur. 9. Peram selama 2 hari sebelum dibuka. Jika tapai sudah masak (lembik dan berair), maksudnya tapai sedap sudah sedia untuk dinikmati. 10. Jika ragi cepat menapai, biasanya tidak sampai 2 hari sudah boleh dimakan.
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka...