Siapa yang tak sukakan sajian cina dumpling lembut dengan inti sayur dan isi udang. Ni kudapan yang sedap dimakan begitu sahaja, atau dijadikan sebagai sajian pembuka selera.
Min kalau makan kat restoran Cina Muslim , sajian ni memang dicari. Kalau ‘umat’ ramai jom kita buat sendiri. Rasa memang tak mengenal bangsa, keenakannya satukan hati kita rakyat Malaysia.
DUMPLING UDANG & KETAM
.
Bahan A – Untuk kulit:
2 cawan tepung gandumGaram secukup rasa
2 sudu besar tepung ubi @ tepung jagungSedikit pewarna (ikut suka)
Air ( yang ni kene agak2 je)
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna (ikut suka)
Bahan B – Inti:
Ads
150gm isi udang / ketam | dicincang halus
Sedikit minyak masak untuk menumis
25 gm lobak merah | dicincang halus
Sedikit daun bawang | dicincang halus)
2 ulas bawang putih | dicincang halus)
Sedikit lada sulah
Sedikit tepung jagung (campur ngan sedikit air)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
.
CARA MEMASAKNYA : Bahan A : Kulit 1. Campurkan tepung, garam dan pewarna. Gaul rata.
2. Pastu masukkan air sedikit demi sedikit sampai jadi doh (tak melekit kat tangan)
3. Rehatkan dalam 15minit pastu baru bulatkan jadi bebola kecil. Ni agak2 la..kalau nak besar boleh je.
4. Pastu canaikan doh tadi. Tebal sikit je dari kulit popia..
5. Buat sampai habis. Bahan B : Inti 1. Tumiskan bawang putih sampai naik bau wangi.
2. Masukkan isi ketam / udang dan kacau rata. Masukkan sos tiram dan lobak merah.
3. Masukkan pula garam, lada sulah dan tepung jagung yang telah dicairkan. Kacau rata.
4. Akhir sekali baru masukkan daun bawang dan minyak bijan. Gaul rata. Selepas itu biar sejuk.
5.Isikan inti di tengah kulit dumpling yang dah dicanai tadi dan sapukan sedikit air / telur putih di keliling inti. Bentukkan seperti mangkuk atau lipat seperti karipap (ikut suka)
6.Buat sampai habis.
7.Dumpling ni boleh dimasak secara kukus ataupun digoreng.
Selera orang Melayu, memang dekat sungguh dengan petai. Selain dibuat ulam, petai selalunya dicampur dalam sambal. Itulah sebenarnya rahsia yang menjadikan sambal lebih sedap. Walaupun berbau, tapi rasa petai yang sukar nak digambarkan itu boleh meningkatkan selera makan. Petai pun bukan main harganya sekarang ni kan?
SAMBAL SOTONG PETAI
Bahan-bahan
300 gram sotong (dibersihkan dan hiris bulat)
150 gram isi petai
1/2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 cm halia (dikisar halus)
6 tangkai cili kering (dikisar halus)
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Cara membuat
1. Panaskan kuali, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan petai dan hirisan bawang besar, kacau lagi.
3. Kemudian masukkan sotong, air asam jawa, sos cili dan sos tiram.
4. Biarkan mereneh lebih kurang tiga minit.
5. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Angkat dan hidangkan
SAMBAL GORENG PETAI BILIS
Bahan-bahan
100 gm ikan bilis
2 papan petai (kikis kulit dan hiris)
5 tangkai cili merah (kisar)
5 tangkai cili padi (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah (hiris bulat)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara membuat
1) Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
2) Goreng petai seketika. Angkat dan ketepikan.
3) Keluarkan minyak masak tapi tinggalkan sedikit untuk menumis.
4) Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan air asam, garam, gula dan perasa secukupnya.
5) Kecilkan api, biarkan tumisan garing.
6) Akhir sekali masukkan ikan bilis dan petai goreng, gaul rata dan tutup api.
SAMBAL TEMPOYAK PETAI BILIS
Bahan-bahan
4 genggam ikan bilis (dibersihkan)
2 batang serai (dititik)
4 papan petai masak (dikupas dan belah dua)
1 helai daun kunyit (diracik halus)
1 senduk tempoyak
1 sudu makan gula
Sedikit minyak masak
2 helai daun kesum (diracik)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar
8 tangkai cili kering
10 biji cili padi
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup (boleh guna serbuk kunyit)
Cara membuat
1) Goreng seketika ikan bilis. Angkat dan toskan minyak masak.
2) Dengan menggunakan baki minyak gorengan tadi, tumis semua bahan kisar dan serai sehingga wangi dan garing.
3) Masukkan tempoyak diikuti hirisan daun kunyit dan daun kesum.
4) Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sebati sehingga naik bau.
5) Masukkan petai dan masak seketika. Padamkan api dan masukkan ikan bilis. Gaul rata.
6) Sedia untuk dihidangkan.
SAMBAL UDANG PETAI
Bahan-bahan
400 gram udang kuning
1 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 senduk kecil cili kisar (ikut selera pedas masing-masing)
½ cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1) Panaskan minyak masak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
2) Kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dikisar bersama cili kisar. Biarkan sehingga cili benar-benar masak dengan api perlahan.
3) Masukkan gula dan kacau rata sebelum memasukkan petai, air asam jawa dan garam.
4) Akhir sekali masukkan udang dan sedikit bawang merah yang telah dipotong bulat sehingga layu. Tutup api dan sedia dihidang.
Rasanya ramai yang bekerja dari rumah kerana penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan. Malah, kita juga digalakkan untuk memasak sendiri di rumah. Para ibu tentu sudah kehabisan resipi untuk memasak buat keluarga tercinta. Jadi, kami kongsikan aneka resipi sotong yang enak dan mudah untuk disediakan.
1. SOTONG SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
Bawang putih – dikisar
Bawang merah – dikisar
Cili kisar
Air asam jawa
Sotong goreng (separuh masak)
Petai
Garam
Gula
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumis bawang yang telah dikisar sehingga kekuningan.
2. Kemudian, masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sedikit air asam jawa.
4. Selepas itu, masukkan petai dan sotong.
5. Tambah garam dan gula. Siap!
*Saya letak serai atau daun limau purut sedikit. Ini rahsia sambal sotong jadi lebih sedap dan boleh hilangkan bau hanyir sotong.
Kredit resipi & foto: #homemadeByRoselyza
2. SOTONG BAKAR BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN:
Sotong (saiz besar kalau dapat dengan telurnya sekali)
1. Bersihkan sotong dan kelar sotong tersebut tetapi jangan sampai putus.
2. Untuk sambal, kisar semua bahan iaitu cili kering, cili merah, semua bawang, buah keras dan serai.
3. Selepas itu, masukkan sos tiram dan air asam jawa. Kemudian, masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
4. Akhir sekali, masukkan sedikit minyak. Adun semua hingga sebati.
5. Ratakan sambal di atas pemanggang, letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
6. Masak lebih kurang 5 hingga 7 minit. Untuk keringkan air, buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak. Jangan terlalu lama kerana sotong akan jadi liat.
Menu bakeri dan pastri dari Hotel Eastin KL kali ini memang cukup popular. Dibuat khusus atas permintaaan majalah RASA. Chef Chong See Yee dan rakannya Chef Chin Yee Chia berjaya meneroka pastri baru di antaranya dengan menghasilkan bombolini iaitu donut Itali yang popular dan Cronut gabungan donut dan croissant.
Kalau nak tahu Cronut dicipta di Dominique Ansel Bakery. New York, Amerika Syarikat pada tahun 2013 oleh pemilik bakerinya Dominique Ansel. Dan kini sangat popular di merata dunia.
CRONUT
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh cronut:
150ml susu segar
10gm yis kering
50gm mentega
35gm gula
350gm tepung roti
6gm garam
1 biji telur
Bahan lapisan cronut :
100 gm pastri marjerin | dicanai nipis
Bahan inti cronut (coklat ganache): 150gm coklat masakan 100gm krim putar 10gm mentega
CARA MEMASAK : Membuat inti : 1. Panaskan krim putar sehingga mendidih sedikit 2. Tuang ke atas coklat dan kacau hingga sebati 3. Masukkan mentega dan sebatikan Membuat cronut : 1. Masukkan tepung, yis, gula, telur dan garam. Gaulkan hingga sebati. 2. Masukkan susu segar dan uli lama 5 minit sehingga menjadi doh. 3. Masukkan mentega ke dalam doh tersebu dan uli sekali lagi selama 7 minit. 4. Rehatkan selama sejam. 5. Setelah itu mulai memproses lapisan demi lapisan cronut dengan membuat lipatan antara doh dengan mentega tawar yang dilakukan berulang. 6. Bentukkan menjadi doh bersegi, giling hingga tipis dan kemudian sapukan mentega di atas permukaan doh tepat di tengah-tengah dan lipatkan balik dan canai hingga mentega tertutup rapat. 7. Canaikan dan lipat berulang-ulang sampai mentega dan doh tercampur dan membentuk lapisan-lapisan. 8. Masukkan doh dalam peti sejuk seketika 9. Seteleh dikeluarkan dari peti sejuk. mulai menerap dan membentuk bulat doh dengan acuan donut. 10. Panaskan minyak penuh dalam kuali dan goreng hingga keperangan 11. Paipkan coklat ganache ke dalam cronut 12. Sediakan gula yang digaulkan bersama sedikit serbuk kayu manis..Golekkan cronut dalam gula tadi. 13. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Goreng minyak penuh Jenis masakan : Gabungan donut dan croissant Keistimewaan : Rapuh dan garing dan rasa yang kaya bercoklat
Info Chef :Pemilik bakeri Dominique Ansel, menggunakan doh berupa pasteri lapis atau puff (ala croissant) berinti krim dan rupanya pula menyerupai donut, yang dikenali sebagai cronut.
BOMBOLINI
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
250gm tepung roti
110ml susu segar
1 biji telur
60gm mentega
35gm gula
15gm yis kering
2 gm garam
2 biji kuning telur
Bahan untuk inti (krim kastad) :
100ml susu segar
1 biji kuning telur
20gm gula halus
9gm tepung jagung
1ml esen vanila
30gm krim putar (whipping cream)
CARA MEMASAK : Krim kastad : 1. Didihkan susu di dalam bekas, atas api yang sederhana. 2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan satukan dengan kuning telur dan gula, kacau hingga sebati. 3. Campurkan tepung jagung dan terus kacau hingga sebati 4. Tuangkan larutan susu mendidih tadi ke dalam campuran di dalam mangkuk tadi. Biarkan masak hingga pekat. 5. Biarkan kastad sejuk sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang sejam. 6. Pukul krim putar sehingga mencapai ‘stif peak’ (bertanduk). 7. Kaup balik krim putar ke dalam adunan kastad yang telah sejuk hingga sebati. 8. Ketepikan
Bombolini: 1. Masukkan tepung, yis, dula telur dan garam. Gaullkan sehingga sebati. 2. Masukkan susu segar dan mentega. Uli sehingga menjadi doh. 3. Rehatkan selama dua jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari doh yang asal. 4. Giling sehingga nipis dan terap bentuk bulatan 5. Goreng dalam minyak panas sehingga menjadi warna keperangan. 6. Biarkan sejuk seketika. Setelah itu lubangkan bahagian tengah dan diisi dengan krim kastad. 7. Taburkan gula di atasnya dan sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Goreng minyak penuh Jenis masakan : Donut Itali Keistimewaan : Gebu lembut dan berkrim
Info Chef: Goreng antara 5- 10 minit sahaja. Kerap dibalik- balikkan supaya masak sekata dan berwarna perang keemasan.
Terima kasih : Hotel Armada, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor. www.armada.com.my
Banyak khasiat nanas ni! Buah tropika ini kaya bromelain dan vitamin C yang membantu rawat sakit sendi, tekanan darah tinggi, kecantikan kulit serta tenaga dalaman.