Sudah lama rasanya tidak menikmati hidangan siput sedut masak lemak. Meskipun agak sukar untuk menyiang siput, tetapi ramai yang sanggup bersusah-payah demi semangkuk hidangan yang lazat berlemak ini. Walau dimasak dalam pelbagai gaya dan cara mengikut negeri, ia tetap menjadi hidangan kegemaran ramai. Ada yang gemar kuahnya cair dan ada pula mahu kuahnya pekat. Puas menikmati siput sedut masak lemak, akhiri pula dengan pengat pisang bersagu sebagai pencuci mulut. Ah memang tersandar kekenyangan dibuatnya.
Cabaran Saji-an Misteri yang diberi kepada Ashhryyyyy telah disambut dengan dua menu ini. Seronok melihat dia memasak, mengolah hidangan dengan menggunakan produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI. Kami kongsikan resipi Ashhryyyyy menggunakan Santan Kelapa SAJI. Memang sedap dan sungguh menyelerakan.
Siput Sedut Masak Lemak
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 kg siput sedut
6 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci kunyit
1 helai daun kunyit
1 batang serai
10 biji cili padi
2 cawan Santan Kelapa SAJI
100 gram udang kering
1 keping asam keping
Garam Gunung SAJI secukupnya
Gula SAJI secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
Siang dan bersihkan siput sedut.
Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, serai, udang kering dan cili padi sehingga hancur.
Masukkan Minyak Masak SAJI di dalam kuali. Kemudian, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan sekeping asam keping.
Ambil serai, ketuk dan masukkan ke dalam bahan tumisan.
Selepas tumisan dah cantik dan sedikit kering, tambahkan sedikit air dan masukkan siput sedut yang telah dibersihkan tadi bersama Santan Kelapa daripada SAJI.
Perasakan dengan Garam Gunung SAJI dan Gula SAJI secukup rasa mengikut kesesuaian lidah masing-masing.
Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan gaul sebentar. Shooo Shedapp!
Pengat Pisang Bersagu
BAHAN-BAHAN:
500 gram sagu
5 biji pisang
Gula kabung
2 cawan Santan Kelapa SAJI
1 cawan Krimer Sejat Cair SAJI
Gula merah secukupnya
Garam Gunung SAJI secukupnya
Daun pandan
Ads
CARA PENYEDIAAN:
Masukkan gula kabung ke dalam periuk berisi air yang mendidih. Tunggu gula kabung cair dan masukkan daun pandan supaya lebih wangi.
Masukkan gula merah sedikit dan Garam Gunung SAJI bagi menaikkan rasa pengat pisang.
Selepas gula cair, masukkan sagu. Tunggu sehingga sagu berubah warna jernih.
Kemudian, masukkan pisang yang telah dipotong dua, Santan Kelapa SAJI dan Krimer Sejat Cair SAJI. Tunggu sehingga pengat pisang mereneh.
Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba semua!
Masak, Kongsi & Menang!
Tonton aksi empat personaliti memasak pada setiap minggu. Mereka akan mencipta #sajianmisteri menggunakan pelbagai bahan daripada kotak misteri SAJI. Aksi di dapur ini akan dimulakan oleh Ashhryyyyy pada 3 November 2020, Datin Ismatia pada 10 November 2020, Zara Zya pada 17 November 2020 dan diakhiri oleh Sharifah Shahirah pada 24 November. Tonton aksi mereka jam 1.00 petang di Instagram Majalah Rasa.
Ads
Anda turut berpeluang memenangi wang tunai RM500 serta barangan SAJI dengan menyertai SAJI-an Misteri bersama Rasa. Cara penyertaan mudah sahaja. Ini cara-caranya:
Buat video memasak yang kreatif berdurasi 1 – 2 minit mengikut tema masakan mingguan yang dimasak oleh selebriti pilihan. Cipta resipi baru atau tambah bahan-bahan rahsia anda sendiri dan mesti menggunakan produk SAJI.
Muat naik video masakan di laman Instagram anda, menggunakan hashtag #sajianmisteriRASA. Pastikan akaun anda di public kan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Tengok gambar Apam Nasi ni je sudah terliur. Terasa lembut gebunya di mulut dan lemak kelapa parut. Memang gabungan rasa yang terbaik, patutlah orang tak jemu dengan kuih tradisi ini. Kepada korang yang teringin nak buat sendiri, ini RASA kongsikan resipinya paling senang dengan menggunakan cawan je. Tak ada alasan tak mau buat.
.
APAM NASI BAHAN-BAHAN: BAHAN A:
2 cawan nasi
2 cawan air pes pandan
2cawan gula
BAHAN B:
2 cawan tepung gandum
2cawan tepung beras
1 paket mauripan
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan A dalam blender, kisar hingga nasi halus.
Campurkan semua bahan B dan ayak bersama.
Kemudian masukkan dalam blender, putar lagi hingga sebati.
Masukkan dalam mangkuk dan simpan lebih kurang 3 jam.
Selepas 3 jam panaskan pengukus.
Sementara itu oles acuan dengan minyak, kemudian isi dalam acuan ¾ penuh.
Kukus 15 minit.
Setelah masak, angkat dan ketepikan.
Sementara itu,kukus kelapa yang digaul dengan sedikit garam lebih kurang 5 minit..
Seperti yang dijanjikan chewah, haja nak share resipi cookies yang super duper sedap ni. Nak tahu sedap ke tak korang WAJIB la try.
Bahan simple, mudah, Cara buat kalau takde mixer pun takpe. Kita kacau guna senduk kayu je. Kalau senduk kayu takde jugak kena la Beli
BAHAN A 250 gm butter (jenama lurpak) 120-130 gm brown sugar 1 biji kuning telur 2 sudu teh susu segar full cream jenama Dutch lady 1 sudu teh Essen vanilla (imported Essen vanilla lebih wangi)
BAHAN B 300 gm tepung diayak dulu ( haja guna self raising flour) Nak guna tepung gandum pun boleh tapi kena tambah baking powder (serbuk penaik)
BAHAN C 200 gm CHOC CHIP
Cara memasak:
1.
1. Pukul butter yang dah agak lembik( biarkan sekejap suhu bilik) . Pukul butter bersama brown sugar. Kacau adunan sehingga sebati, nampak creamy dan, bertukar warna sedikit. 2.
2. Masukkan telur kuning, esen vanilla dan susu (BAHAN A) Pukul sehingga tiada lagi ketulan gula (sikit2 tu kira halal la). 3.
3. Campurkan BAHAN B (tepung ) ke dalam aduanan tadi. Gaul sehingga sebati. Biar adunan jadi MESRA 4.
4. Last sekali boleh masukkan semua choc chip. Yumeeeh! Gaul biar sebati semuanya. Senangkan?Ok bab bakar kena kenali oven dulu. Oven jenis built in (my oven) 150 , 30 Minit (ni memang ranggup la) ranggup ye bukan hangit. Kalau oven yang lebih kecil boleh cuba dulu 140 darjah, 30 Minit .Make sure PANASKAN OVEN dulu sebelum Bakar cookies.
Katakan nak guna piping beg pun boleh.
5.
Lepas tu boleh terus piping atas Loyang. Siap!!! Tunggu sejuk sikit dah boleh makan. Yumeeeh Makan ni confirm tak makan sesikit.kredit resipi & foto: Haja Saleh
Bagi penggemar Kentang Putar, resipi homemade ini antara yang boleh dicuba. Tidak menggunakan banyak bahan namun hasilnya sangat menyelerakan. Malah kosnya juga tentulah lebih berbaloi. Sekali buat, satu keluarga boleh makan. Jika beli, dah berapa kan? Nak cuba? Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KENTANG PUTAR @ MASH POTATO
BAHAN KENTANG PUTAR:
8 biji ubi kentang
1 kotak kecil susu segar
2-3 sudu makan mentega
2 sudu teh MAGGI® CukupRasa
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Kupas kulit ubi kentang dan belah dua.
Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air hingga meneggelamkan kentang.
Rebus ubi kentang selama 10-15 minit menggunakan api sederhana.
Bila ubi kentang telah empuk, angkat dan toskan airnya.
Masukkan mentega ke dalam bekas ubi kentang dan lenyek hingga halus.
Tambahkan MAGGI® CukupRasa, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah secukupnya mengikut cita rasa masing-masing. Jika suka rasa kentang yang pedas, lebihkan.
Tuang susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang anda suka. Fungsi susu adalah untuk membuatkan kentang putar rasa lebih berlemak dan gebu.
Lenyek lagi kentang sehingga semua bahan sekata. (lebih mudah jika menggunakan hand blender kerana tekstur akan jadi halus)
BAHAN SOS (GRAVY):
1 biji bawang besar – dadu
2 ulas bawang putih – dadu
4 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum@ jagung
2 kiub pati ayam
MAGGI® Pes Lada Hitam secukupnya
2 1/2 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Cairkan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang menggunakan api sederhana. Biarkan sehingga bawang bertukar warna sedikit keperangan. 2. Masukkan tepung gandum/ jagung. Kacau terus sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga bertukar jadi warna sos yang anda suka. 3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Bila sudah sebati, padamkan api dan masukkan sos tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga semua bahan hancur dan halus. 4. Tuang kembali sos yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masak guna api sederhana. 5. Masukkan kiub ayam dan juga MAGGI® Pes Lada Hitam dengan secukupnya. 5. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Sebatikan. 6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan kisar hingga tidak berketul. 7. Angkat dan hidangkan bersama kentang putar yang telah dimasak tadi.
PETUA: Jika mahukan rasa kentang yang lebih berlemak dan halus, boleh lebihkan mentega dan juga susu.
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...