Dah bosan dengan menu biasa untuk dihidangkan buat keluarga? Apa kata masak sesuatu yang istimewa untuk minum petang atau makan malam nanti. Resipi yang dikongsi oleh Chef Abang Brian dan Chef Zam Akmal boleh dijadikan ilham menu untuk anda hidangkan buat keluarga.

Jom kita masak-masak dengan Chef Abang Brian dan Chef Zam Akmal dengan tema 1,2,3 Cheese #SusuNewZealand! Hero kita tidak lain tidak bukan, Anchor Cheese Slices.

Olahan Rasa Enak Menggunakan Anchor Cheese Slices Oleh Chef Abang Brian & Chef Zam

Kedua-dua chef ini menghasilkan menu yang buat anda tak sabar nak cuba. Chef Abang Brian dengan menu Mac & Cheese Sambal Tempe dan Bebola Salmon Keju Anchor. Manakala Chef Zam pula menyediakan Murtabak Keju Cream Crackers dan Apam Balik Anchor Cheese Special. Keempat-empat menu ni memang menyelerakan. Tambah gamat suasana di dapur bila kedua-dua chef ini dibantu oleh host yang tidak asing, Fiza Frizzy.

Olahan Rasa Enak Menggunakan Anchor Cheese Slices Oleh Chef Abang Brian & Chef Zam

Yang penting, gunakan Anchor Cheese Slices kerana keju ini diperbuat daripada susu segar lembu dari New Zealand yang dijaga rapi dan diberi makan rumput yang segar. Tidak dapat dinafikan bawa keju ini merupakan keju yang berkualiti tinggi dan sedap dimakan. Jadi, dapatkan produk Anchor Cheese Slices yang kaya dengan kalsium dan protein yang baik untuk kanak-kanak dan juga dewasa.

Anchor Cheese Slices ini boleh dijadikan sebagai bahan tambahan dalam masakan yang mudah malah boleh dimakan begitu sahaja pada bila-bila masa. Bukan saja berkhasiat, masakan juga pastinya menjadi lebih sedap dan berkrim!

Olahan Rasa Enak Menggunakan Anchor Cheese Slices Oleh Chef Abang Brian & Chef Zam

 

Olahan Rasa Enak Menggunakan Anchor Cheese Slices Oleh Chef Abang Brian & Chef Zam

Kami kongsikan empat resipi menggunakan Anchor Cheese Slices yang boleh anda cuba di rumah. 1,2,3 Cheese #SusuNewZealand

 

IKLAN

Olahan Rasa Enak Menggunakan Anchor Cheese Slices Oleh Chef Abang Brian & Chef Zam

 BEBOLA SALMON KEJU ANCHOR

Bahan-bahan:

Bahan A :

  • 2 cawan beras sushi
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar kecil gula kaster
  • 1 sudu kecil cuka putih

Bahan B :

  • 12 keping Anchor Cheese Slices
  • 2 sudu besar Anchor Butter (Unsalted)
  • 1/2 cawan bawang kuning, dicincang
  • 1/2 cawan lada benggala, dicincang
  • 2 helai daun bawang, dihiris nipis
  • 150g salmon, dibakar dan dicarik-carik
  • 6 kepingan seaweed

Untuk sos: 

  • 2 sudu besar mayo + 1 sudu besar wasabi

Untuk hiasan:

  • Daun bawang, bijan dan radish

Cara Memasak:

IKLAN
  1. Tanak bahan A seperti nasi biasa dalam periuk nasi elektrik. Biarkan menyejuk sebelum digunakan.
  2. Dalam kuali leper, tumiskan bahan B sehingga cukup lembut. Biarkan menyejuk.
  3. Dalam mangkuk besar gaulkan nasi bersama bahan tumis B, salmon dan seaweed yang dihancurkan.
  4. Gunakan 6 kepingan Anchor Cheese Slices untuk dijadikan bentuk bebola. Salutkan dengan campuran nasi dan ikan salmon. Padatkan dan bentukkan bebola besar.
  5. Letakkan bebola nasi atas loyang pembakar dan letakkan sekeping Anchor Cheese Slices atas setiap satu bebola. Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C atau sehingga keju cair dan keperangan.
  6. Hidangkan dengan sos mayo wasabi dan hiaskan dengan daun bawang, bijan dan radish.

Olahan Rasa Enak Menggunakan Anchor Cheese Slices Oleh Chef Abang Brian & Chef Zam
MAC AND CHEESE SAMBAL TEMPE

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm Anchor Cheese Slices
  • 200gm Anchor Cheese Slices | dihiris kasar
  • 2 ½ cawan Anchor Cooking Cream
  • 1 ½ cawan Anchor Susu UHT
  • ½ cawan Anchor Butter (Unsalted)
  • 450g pasta elbow, dimasak ikut arahan paket
  • ½ cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Lada hitam

Sambal Tempe

Bahan tumbuk:

  • 1 tomato, dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 2 biji cili api
  • 1 paket tempeh, dipotong dadu dan digoreng garing
  • Gula dan garam secukup rasa

Untuk hiasan:

  • Cili merah, ketumbar

Olahan Rasa Enak Menggunakan Anchor Cheese Slices Oleh Chef Abang Brian & Chef Zam

CARA MEMASAK: 

IKLAN
  1. Dalam kuali tumiskan bahan tumbuk dengan minyak secukupnya sehingga lembut. Kisarkan dan gaulkan bersama tempeh dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  2. Dalam periuk, cairkan Anchor Butter (Unsalted). Masukkan tepung gandum sekali gus dan masak sambil mengacau sehingga bau tepung menghilang. Masukkan Anchor Susu UHT sambil mengacau. Masukkan Anchor Cooking Cream dan reneh sehingga memekat. Tutupkan api. Gaulkan bersama sambal tempeh yang disediakan di langkah 1 dan Anchor Cheese Slices yang dihiris kasar.
  3. Gaulkan bersama pasta yang telah dicelur. Tuangkan dalam loyang tahan haba. Susunkan Anchor Cheese Slices atas permukaan. Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C untuk 15 minit atau sehingga keju cair dan mula menjadi keperangan.
  4. Taburkan cili merah dan daun ketumbar.

Olahan Rasa Enak Menggunakan Anchor Cheese Slices Oleh Chef Abang Brian & Chef Zam

MURTABAK KEJU CREAM CRACKERS

BAHAN INTI :

  • 24 keping Anchor Cheese Slices
  • 400gm daging cincang
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4 sudu serbuk kari
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa

BAHAN LAIN :

  • 3 sudu Anchor Butter (Salted)
  • 1 cawan Anchor Cooking Cream
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 pek biskut cracker
  • 10 biju telur
  • 1 biji bawang Holland (untuk menumis nanti)
  • Sedikit daun bawang/ daun sup
  • Hirisan cili 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan kecuali butter, cheese dan bawang. Perap selama 5 minit.
  2. Cairkan Anchor Butter (Salted) dan tumiskan bawang Holland.
  3. Masukkan bahan perap tadi dan tumis hingga daging masak.
  4. Tabur daun bawang/sup.
  5. Untuk bahan lapisan; campurkan susu cair, Anchor Cooking Cream dan air.
  6. Celupkan biskut cracker dalam bahan di atas sebelum dilapis bersama inti yang dimasak tadi.
  7. Tuangkan telur.
  8. Letakkan Anchor Cheese Slices di setiap lapisan yang dibuat.
  9. Ulang hingga dapat 5 lapis.
  10. Bakar selama 40 minit pada suhu 140c.
  11. Hiaskan dengan daun bawang/daun sup serta hirisan cili.

 

Olahan Rasa Enak Menggunakan Anchor Cheese Slices Oleh Chef Abang Brian & Chef Zam

APAM BALIK ANCHOR CHEESE SPECIAL

 BAHAN-BAHAN :

  • 1 ½ cawan Anchor Full Cream Milk
  • Anchor Butter (Unsalted) untuk mengoles
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur

BAHAN INTI :

  • 6 keping Anchor Cheese Slices
  • Anchor Butter (Unsalted)
  • Nestum
  • Jagung manis dalam tin
  • Gula halus

CARA MEMASAK:

  1. Gunakan pengisar, masukkan semua bahan iaitu tepung gandum, gula, telur, baking powder, soda bikarbonat, Anchor Full Cream dan pewarna kuning.
  2. Perap 30 minit sebelum digunakan.
  3. Oleskan Anchor Butter (Unsalted) di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.
  4. Biarkan seketika dan sementara masak, letakkan Anchor Cheese Slices dan taburkan semua bahan ikut cita rasa.
  5. Apabila dah nampak masak boleh lipat dan angkat.
  6. Siap untuk dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI