Wanita sekarang ramai yang bekerja. Kalau suri rumah pun, ramai yang buat bisnes online. Masing-masing sibuk. Jadi ada kala tak sempat nak memasak yang perlu masa panjang. Sesibuk mana pun tetap kena memasak. Jadi pilihan yang ada adalah lauk ringkas.
Ads
RASA kongsikan resipi lauk daging berkentang yang ringkas tapi sedap. Resipi ini daripada Puan Nadia Mohamad.
DAGING GORENG KENTANG
Bahan-bahan
3 biji ubi kentang (dipotong kecil)
Sedikit daging (dihiris dan digaul garam serta kunyit)
1 biji bawang holland (dikisar)
5 biji cili merah (dibuang biji dan dikisar)
Sedikit garam dan serbuk perasa
Ads
Cara memasak
1) Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2) Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3) Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4) Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5) Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Ads
Selamat mencuba!
Kredit resipi & gambar: Puan Nadia Mohamad
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Macam-macam cara orang masak sup ekor ada ala mamak, siam ataau sup biasa. Tapi hari ini RASA nak kongsikan masak sup ekor yang memang kau-kau rasanya, sekali makan gerenti nak lagi, tak terlalu berlemak, tidak terlalu masam atau berempah. Nak tau caranya ikut resipi ni…
SUP EKOR
BAHAN-BAHAN:
1kg ekor lembu | bersihkan
4 cawan air rebusan tulang
2 batang seleri | potong serong
1 batang lobak merah | potong baji
3cm halia | titik
2cm lengkuas | titik
2 batang serai | titik
5-6 tangkai cili padi | titik
1 biji tomata | belah empat
4 ulas bawang putih | titik
1 biji bawang besar | dadu halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya
1 bunjut perencah sup tulang
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
Sedikit hirisan daun sup | untuk hiasan
Sedikit bawang goreng | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Rebus ekor, selepas mereneh lima minit. Tutup api dan buang airnya.
Masukkan air lain kemudian rebus hngga empuk. Setelah empuk, tutup api dan ketepikan
Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang besar, putih dan halia, lengkuas , serai hingga dan perencah sup tulang wangi
Seterusnya masukkan pula rebusan tulang yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali.
Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, seleri, lobak merah dan tomato.
Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau. Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah tutup api.
Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang.
Orang sekarang kalau makan nak sedap, pastu tu kalau boleh tak mahu lama di dapur. Jawapannya kenalah pilih menu ekspres seperti Daging Goreng Serai ni. Menu sempoi yang anda semua boleh sediakan tak lebih dari 15 minit. Sambil tunggu nasi masak bolehlah goreng daging ni, gerenti korang tidak menyesal. Sesuai sangat untuk si bujang atau mak-mak yang bekerja.
DAGING GORENG SERAI
BAHAN-BAHAN:
250gm daging batang pinang | rebus dan hiris nipis
1 biji bawang besar| dihiris bulat
3 ulas bawang putih | dicincang
2cm halia | dihiris memanjang
3 batang serai| dihiris serong
1 biji cili merah| dihiris memanjang
½ biji cili benggala
Sedikit hirisan lobak merah
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaskan minyak. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan bawang merah dan serai hingga wangi.
LANGKAH 2: Masukkan pula hirisan daging, kacau lebih kurang 2-3 minit
LANGKAH 3: Masukkan sos tiram
LANGKAH 4: Masukkan sos cili, tomato, garam dan gula secukup rasa.
LANGKAH 5: Akhir sekali masukkan hirisan lobak merah, cili merah dan cili benggala. Kacau 1-2 minit, angkat dan hidang.
Selalu asam pedas ni kita masak gunakan ikan. Tapi daging pun boleh juga dibuat asam pedas. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi asam pedas menggunakan daging rusa. Wow sangat.
ASAM PEDAS RUSA
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
2 batang serai | dititik
5 helai daun limau purut | buang uratnya
600 gram daging rusa | hiris nipis
4 cawan air
2 keping asam keping
4 sudu besar minyak
Gara, secukup rasa
BAHAN KISAR
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia
2 cm kunyit
2 cm belacan
1 sudu kecil lada putih
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar bersama serai sehingga terbit minyak.
2. Masukkan 2 helai daun limau purut dan daging rusa. Masak sehingga daging berubah warna.
3. Tambahkan air dan masukkan asam gelugur. Biarkan mendidih.
4. Masukkan garam.
5. Akhir sekali masukkan lebihan tiga helai daun limau purut. Kacau beberapa kali sehingga daun limau purut berubah warna.
6. Padamkan api dan sedia dihidang.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...