Sekali tengok macam roti chicken floss kan, tapi bukan, meat floss pun bukan. Ni resipi istimewa yang dikongsikan oleh kakak cantik Fatin Damia.
Selalu udang geragau ni ramuan utama belacan dan boleh dimasuk dalam cucur dan lain-lain. Tapi inovasi resipi dari Fatin adalah menggabungkannya dengan roti yang dibakar lembut.
Berbaloi dicuba ni.
ROTI UDANG GERAGAU
BAHAN-BAHAN :
1 1/4 cawan tepung roti 3 sudu besar gula 1/2 sudu kecil garam 120 ml susu full cream suam 1 sudu besar Yis 20 gm Shortening
Bahan filling : 20gm mentega |suhu bilik 1 sudu besar gula icing 1 biji telur gred B 2 sudu besar serbuk santan 1 cawan udang geragau kering Secubit garam untuk menaikkan rasa lemak santan dan rasa gurih udang.
Ads
CARA MEMASAK :
1. Masukkan gula dan yis ke dalam susu suam dan tunggu lebih kurang 5 minit sampai berbuih.
2. Dalam bekas lain, masukkan tepung, garam dan tuang adunan yis tadi dan uli sebati lebih kurang 10 minit dan masukkan shortening dan uli lagi sampai adunan tidak melekat di jari.
3. Rehatkan doh selama 45 minit – 1 jam.
4. Untuk menyediakan filling, gaul mentegadengan gula icing sampai tidak berketul. Masukkan serbuk santan, garam dan juga udang geragau. Gaul sebati dan ketepikan.
Ads
5. Setelah doh mengembang, buang angin dalam adunan dan bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
6. Masukkan filling udang tadi ke dalam doh dan tutup kembali doh. Bentukkan doh mengikut citarasa sendiri.
7. Setelah siap dibentuk, rehakan doh lebih kurang 10-15 minit. Kemudian sapu cairan susu atau air sebelum dibakar.
8. Bakar selama 10-12 minit suhu 170-180 darjah celsius menggunakan api atas bawah. Suhu dan waktu memasak bergantung pada oven masing masing.
9. Setelah roti masak, keluarkan dari oven dan sapu mentega cair pada permukaan roti untuk mengunci lembapan roti dari menjadi kering.
Menu sampingan yang ringkas dan sedap, rasa pedas lemak untuk idea menu berbuka, melengkapkan hidangan makanan di meja utama. Sedap juga makan begitu sebagai snek ringkas.
TEMPE TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
1 ulas bawang putih – cicang halus
2 tangkai cili kering – potong kecik2 atau boleh tukar cili padi
2 tangkai daun kari
Sepeket tempe – goreng tanpa garam
2 sudu makan susu cair
1 biji telur masin- untuk sepeket tempe
1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan telur masin yang siap direbus. Boleh guna kuning telur sahaja dan kalau tidak mahu membazir boleh guna putih telur sekali.
2. Panaskan satu sudu mentega atau boleh gunakan minyak.
3. Masukkan cili kering, bawang putih dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan telur masin yang sudah dihancurkan tadi dan susu cair. Terpulang pada citarasa anda jika hendak rasa leboh krim boleh lebihkan.
5. Akhir sekali masukkan tempe yang sudah digoreng.
Sesekali teringin makan bingka ubi kayu, anda boleh membuatnya sendiri kerana kuih ini sangat senang disediakan. Cuba memerlukan sedikit usaha untuk menyediakannya. Untuk memudahkan anda, berikut disediakan resipi Bingka Ubi Kayu paling mudah untuk anda cuba.
BINGKA UBI BAKAR BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu putih
2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 cawan gula kastor
½ sudu teh garam halus
Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
1. Parut ubi kemudian campur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 30
minit.
2. Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang
ke dalam mangkuk.
3. Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula dan garam ke dalam mangkuk berisi sagu
ubi tadi lalu kacau rata.
4. Sapu loyang pembakar dengan minyak. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan
ratakan.
5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 50 minit atau hingga
bingka masak.Sejukkan dan potong.
INFO : Jika mahu bingka nampak cantik dan berkilat keraknya, letakkan sedikit santan (2-3 sudu makan) di atasnya.
Sambal tumbuk ni tengok rupa dah tahu sedap. Dahlah sedap paling mudah dimasak. Janji semua empat bahan tu digoreng dahulu dan kemudian ditumbuk.
Resipi yang dikongsikan oleh SheilaKitchen Home Cooks ni memang senang sangat dicuba. Dahlah tu nampak sedap mengecurkan air liur . Tu baru tengok hidangannya, bila dimakan perrggh boleh bertambah pinggan nasi.
.Kalau min suka cecah roti aje. Jom cuba :
SAMBAL TUMBUK
.
BAHAN-BAHAN :
.
8 biji bawang kecil (merah)
Segenggam ikan bilis
10 tangkai cili kering
6 biji cili padi
½ biji limau Kasturi
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Mula-mula gorengkan ikan bilis dan ketepikan.
Kemudian gorengkan bawang kecil dan cili kering, ketepikan
Mulakan dengan menumbuk bawang kecil, diikuti dengan cili kering dan cili padi. Perasakan dengan garam.
.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar.
.
4, Akhir sekali perahkan limau Kasturi , dan pastikan rasanya mengikut citarasa kita dan sedap. Siap untuk dihidang.
Nak cuba masak ayam bistik homemade yang sedap, mudah dan berkuah pekat? Jom ikut resipi perkongsian Rozmaliza Omar ini – bahan ringkas, rasa mantap, sesuai untuk seisi keluarga!