Siapa kata usia 70 an tak cukup kuat menguli doh roti. Cuba tengok ni hasil roti kampung dengan hanya menguli dengan dua belah tangan tanpa mesin penguli.
.
Jom semak resipi yang dikongsikan oleh Mak Uda Intan , gebunya.
.
ROTI KAMPUNG ,MAK MENTUA
Ads
.
Bahan A
2 sudu teh yis kering (mauripan)
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung gandum
½ cawan air
*Campurkan semua di atas sehingga sebati dan biarkan sehingga saiz berganda, bagi mereka yang dah biasa membuat roti pasti tahu kaedah tanzhong
Ads
Bahan B
3/4 cawan gula Kastor
4sudu besar marjerin
**pukul hingga sebati
Ads
Bahan C
4 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1 biji telur
.
CARA MEMASAK :
Campurkan A+B+1biji telur+3/4cwn air tadi dan kacau sebati.
Masukkan 4 cawan tepung sikit-sikit dan uli hingga jadi doh lembut.
Sekiranya nak gunakan mixer pun ok, tapi mak mentua uli tangan aje.
Biarkan doh rehat dalam 1 jam dan size jadi double.
Bolehlah bakar adunan roti dengan suhu 180 C selama 30 minit.
.
Permukaan roti boleh sapukan planta dan biarkan sejuk sebelum dimakan
Memang enak jika dapat hirup sup siam yang cukup rasa pedas, masin dan masamnya.
Bila dimasak, sup siam memberi aroma yang enak, buat anda tak sabar nak menikmatinya.
Gerenti tak cukup semangkuk.Dikongsikan cara buat Sup Ayam Siam yang mudah yakmat.
Kredit: Khairul Abdullah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman webRASA:
Sambal mangga ikan bakar ini, kalau tengok pun dah terliur. Dapat bayangkan rasa masam dan pedas yang memikat selera. Tambah lagi kehadiran ikan sardin bakar yang ada rasa manis yang tersendiri.
Ha..sedap kan? Orang belah pantai timur ada yang menyebut mangga ini sebagai buah pauh atau mempelam. Kali ini, mangga yang digunakan adalah jenis ‘pauh ringan’ atau mangga epal (pelam epal). Memang sedap.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Noryue Rania ini ye. Buat masa berbuka nanti, memang konfim bertambah makan. Makan time sahur pun boleh. Cerah mata makan sambal yang masam dan pedas ni.
Jika tekak Melayu, tak ada sambal memang tak sah. Rasa tak lengkap je bila makan. Selain sambal belacan, terdapat pelbagai lagi sambal tumbuk yang mudah dan sedap. Malah cara penyediaannya pun ringkas. Jadi, bolehlah pakat cuba.
1. SAMBAL BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan masukkan belimbing buluh, cili padi, bawang merah dan ikan bilis.
2.Goreng semua bahan hingga lembut dan wangi. Angkat dan toskan minyak. 3.Tumbuk semua bahan hingga hancur.
4.Tambahkan gula, garam dan perasa ikut citarasa. Gaul rata.
CARA MEMASAK: 1.Cuci ikan bilis dan toskan. 2.Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar. 3.Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk. 4.Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu. 5.Gaul rata, dan sedia dihidangkan. 6.Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
3. SAMBAL TERASI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan goreng tomato, bawang merah, bawang putih, belacan dan cili padi hingga layu.
2.Angkat dan masukkan ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga semua bahan lumat.
3.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
CARA MEMASAK: 1. Goreng garing ikan bilis. Angkat dan tos minyak. 2. Tumbuk cili api dan masukkan ikan bilis yang telah digorengkan tadi. 3. Titiskan jus perahan limau kasturi. Gata. Tambah garam jika perlu. 4.Sedia dinikmati bersama nasi panas dan ulam-ulaman.
INFO CHEF: Boleh juga guna ikan bilis mentah tanpa digoreng terlebih dahulu.
CARA MEMASAK: 1.Goreng ikan bilis separuh garing. Angkat dan ketepikan. 2.Dengan minyak yang sama, goreng sekejap cili api, bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan tomato. 3.Kisar kasar semua bahan-bahan goreng tadi bersama belacan. Tambah sedikit minyak menggoreng tadi. 4.Kemudian masukkan dalam kuali, perasakan dengan garam,gula dan asam jawa. Masak sampai pecah minyak. 5.Bila sambal dah sejuk, boleh simpan dalam peti ais.
INFO CHEF: Jika nak bagi sambal tahan lama,jangan masukkan air semasa mengisar.
Akhirnya Warga Asing Dihalang Beli Minyak Masak Bersubsidi, Tapi Kenapa Baru Sekarang? 1 Mac 2026 bakal jadi tarikh penting dalam kalendar rakyat Malaysia, terutamanya mak-mak dapur dan peniaga kecil yang setiap hari bergantung kepada minyak masak bersubsidi untuk kelangsungan hidup dan perniagaan.