Roti Gulung ala Barat merupakan hidangan ringkas yang pasti bikin anda ketagih. Satu roll roti memang tak cukup. Walaupun ringkas tapi ia sangat mengenyangkan. Gunakan keju Chesdale yang kaya dengan protein dan kalsium. Puas dapat makan bersama seisi keluarga. Selamat mencuba.
ROTI GULUNG ALA BARAT
Bahan-bahan:
4 keping roti putih | untuk 4 hidangan
2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
1 biji telur | untuk kemasan roti
200gm isi ayam kisar
3 ulas bawang putih | kisar kering
2 tangkai daun sup
1 sudu besar jus lemon
4 keping Chesdale | untuk 4 hidangan
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Unsalted Butter. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. masukkan ayam kisar dan tunggu hingga masak. Tambahkan garam dan serbuk perasa. Masukkan jus lemon dan daun sup. Asingkan.
Ambil sekeping roti dan leperkan roti. Letakkan keju Chesdale dan inti tadi di dalam roti dan gulung. Untuk elak daripada terbuka, cucuk dengan lidi. Sapukan telur di atas roti.
Susun di dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 7 minit.
Siapa sangka gabungan Serunding Tom Yam dan Makaroni Bakar mampu menghasilkan satu hidangan yang enak dan menyelerakan. Cukup segala rasa masam dan masin. Lebih enak apabila menggabungkan tiga jenis keju di dalamnya iaitu Keju Perfect Italiano Mozzarella, Keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan Keju Perfect Italiano Perfect Melt. Apabila menggunakan keju-keju ini, ia akan memberi hasil regangan yang sempurna, kerak perang keemasan yang memukau serta menaikkan rasa dalam hidangan. Kombinasi yang cukup mantap.
MAKARONI BAKAR SERUNDING TOM YAM
Bahan-bahan:
180gram makaroni – rebus al-dente
200ml Fernleaf Susu UHT
250gram campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella
Anchor Salted Butter secukupnya
Bahan-bahan Serunding:
100gram Anchor Salted Butter
200ml Anchor Cooking Cream
300gram daging – rebus dan siat-siat halus
2 sudu makan pes tomyam
2 sudu makan cili kisar
2 helai daun limau purut – hiris halus
Garam & gula secukupnya
Cara Memasak:
Untuk membuat serunding, cairkan mentega dalam kuali. Tumis cili kisar dan pes tomyam hingga wangi.
Masukkan daging dan Anchor Cooking Cream serta hirisan daun limau purut. Didihkan hingga semua bahan sebati.
Tambah garam dan gula secukupnya. Didihkan lagi dengan api perlahan hingga semua bahan masak sempurna dan kering. Ketepikan.
Di dalam mangkuk besar, satukan makaroni, serunding tomyam, Fernleaf Susu UHT dan campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella. Gaul sebati.
Sediakan bekas/casserole tahan panas. Sapu mentega secukupnya. Tuang campuran makaroni serunding tadi ke dalam bekas dan ratakan. Tabur lebihan campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella dan lebihan hirisan daun limau purut.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 25-30 minit. Hidangkan panas.
Kuih Bingka Pandan merupakan salah satu kuih tradisional kegemaran ramai. Baunya amat membuka selera hasil dari taburan bijan dan daun pandan asli yang digunakan. Nak buatnya pun mudah saja, tak perlu guna banyak bahan. Untuk dapatkan Kuih Bingka Pandan yang lebih enak, gunakan Anchor Whipping Cream dan Anchor Unsalted Butter. Kuih jadi lebih berkrim dan harum baunya. Tak sabar nak makan waktu berbuka nanti.
KUIH BINGKA PANDAN
Bahan-bahan:
240gram tepung gandum
200ml Anchor Whipping Cream
50gram Anchor Unsalted Butter – cairkan
480ml jus pandan
180gram gula kastor
3 biji telur
¼ sudu teh garam
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan kacau hingga sebati.
Tapis bancuhan ke dalam loyang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu190-200C selama 50-60 minit atau hingga kuih masak.
Tahun baru bakal tiba tak lama lagi. Jom kita ubah pemakanan ke arah yang lebih sihat. Sebagai permulaan, boleh cuba buat Banana Yogurt Smoothie dan Greek Style Salad. Hidangan yang ini memang sedap dan baik untuk kesihatan. Lebih sedap kerana ia menggunakan Fernleaf Greek-Style Yogurt yang diperbuat dengan kebaikan susu 100% dari New Zealand. Anda wajib cuba.
BANANA YOGURT SMOOTHIE
Bahan-bahan:
2 biji pisang (medium) – sejukkan dalam peti sejuk
250ml Fernleaf Greek Style Yogurt
125ml susu UHT Full Cream Fernleaf
2 sudu makan madu
½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
Cara-cara:
Di dalam mesin pengisar, satukan pisang, Fernleaf Greek Style Yogurt, susu dan madu lalu kisar hingga halus.
Tambahkan serbuk kulit kayu manis dan kacau sebati.
Tuang bahan-bahan kisar ke dalam gelas dan hidangkan segera.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!