Roti Cheezy Pizzaria. Hidangan Minum Petang Yang Pasti Buat Anak-Anak Ulang Makan Banyak Kali.

Share

Kering idea nak buat minum petang buat si manja? Cuba ROTI CHEEZY PIZZARIA, pakai roti gardenia je tau. Buat sekali, hmmm… memikat. Buat dua kali rasanya terangkat. Yang penting, digemari ramai.  

ROTI CHEEZY PIZZARIA

Bahan-bahan untuk Sos Pizza:

  • 4 sudu makan puri tomoto
  • 1 sudu teh minyak zaitun
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit air (ikut suka nak likat macam mana)

Bahan untuk roti sosej:

  • Sos pizza yang dah siap tadi
  • Sosej dipotong dua (boleh rebus atau panaskan dalam microwave)
  • Keju cheddar
  • Roti Gardenia

CARA MEMASAK:

1. Buat sos pizza dulu. Masukkan 4 sudu puri tomoto dalam mangkuk dengan bahan-bahan sos yang lain. Kacau supaya sos tu likat ala-ala sos tomato. Jangan cair sangat.

2. Letak sos atas roti gardenia yang dah dipotong dua. Kalau malas potong pun tak mengapa.

3. Susun sosej cantik-cantik atas roti, selimutkan dengan cheese.

4. Panaskan oven – high temperature (boleh la buat dari awal).

5. Masuk roti sosej tadi, kejap je (dalam 2 – 3 minit) janji cair cheesenya. Lagi pulak temperature tu dah panas dan sosej pun dah masak separuh. 

6. Hidang ketika panas.

 

IKLAN