Roti Cheesy Balut Telur. Hidangan Ringkas Yang Mengenyangkan

Share

Jika ada roti di dapur, boleh cuba buat Roti Cheesy Balut Telur ni untuk kudapan ringan anak-anak. Dari dibiarkan roti tu keras dan tamat tarikh luput, boleh cuba hidangan ringkas ini. Resipinya sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan namun rasanya sedap dan pasti kena dengan selera anak-anak. Malah orang dewasa juga pasti sukakan rasanya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Har Ryea

ini. Moga bermanfaat buat semua.

 

RESEPI ROTI CHEESY BALUT TELUR

BAHAN-BAHAN:

2 biji telur
2 keping roti
2 keping keju
Sedikit lada sulah beli online disini

CARA MEMASAK:

1. Pukul telur dengan sedikit lada sulah.

2. Panaskan kuali leper dan dadarkan telur yang dibancuh tadi.

3. Kemudian letakkan 2 keping keju di atas telur dadar.

4. Seterusnya letakkan pula kepingan roti di atas keju tadi.

5. Mula lipat telur dadar dari tepi kuali dan tutup roti dan kepingan keju.

6. Kemudian terbalikkan balutan telur untuk seketika.

7. Roti Cheesy Balut Telur telah siap dan boleh diangkat.

8. Potong dan nikmatinya sementara panas untuk rasa yang lebih enak.

Kredit resipi & foto: Har Ryea

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN