Roti Canai Beef Calzone, Memang Sedap Makan Panas-Panas

Share
Tak tahu nak masak apa hari ni? Jom cuba resipi Roti Canai Beef Calzone. Berbentuk seperti karipap gergasi, resipi ini menggunakan Rendang Daging sebagai inti. Memang sedap dimakan panas-panas, lebih-lebih lagi jika ditambah keju. Jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Pizza. Keju gabungan Mozzarella, Cheddar dan Parmesan ini memberi rasa keju yang seimbang dan tidak berminyak. Memang puas makan dan sangat sedap!

ROTI CANAI BEEF CALZONE

Bahan-bahan A:
  • 6-8 keping roti canai segera
  • 300gm Keju Perfect Italiano Perfect Pizza
  • Anchor Butter Unsalted
  • 2 biji telur – kacau dengan garfu
Bahan-bahan B (Rendang):
  • 800gram daging – potong kecil
  • 1 cawan santan
  • 8 tangkai cili kering – cuci dan rebus & kisar
  • 6 biji cili padi – kisar
  • 8 biji bawang merah – kisar
  • 4 ulas bawang putih – kisar
  • 2 sudu makan ketumbar – kisar
  • 1 inci halia – kisar
  • 1 inci lengkuas – kisar
  • 2 batang serai – kisar
  • 2 sudu makan kerisek
  • 3 helai daun limau purut – siat-siat
  • Garam dan gula perang secukup rasa
Cara-cara:
  1. Untuk membuat rendang; panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali lalu tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan daging, santan, kerisek, daun limau purut lalu masak hingga semua bahan empuk. Tambah garam dan gula perang secukupnya.  Sesuaikan rasanya. Sejukkan sebentar.
  2. Untuk membuat calzone; ambil sekeping roti canai segera; tabur sedikit tepung (untuk mengelakkan melekat), ambil sesudu besar rendang daging letakkan ke dalam separuh bahagian roti canai. Tambah Keju Perfect Italiano Perfect Pizza
    secukupnya. Sapu hujung roti canai dengan sedikit bancuhan telur. Tutup sebahagian lagi roti canai lalu kelim kelilingnya hingga membentuk separuh bulat.
  3. Sapu bahagian atas calzone dengan kuning telur lalu tabur Keju Perfect Italiano Perfect Pizza
    di atasnya.
  4. Susun calzone canai di dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit Anchor Butter Unsalted lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 25 minit atau hingga keperang-perangan.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN