Kalau berjalan di kompleks beli-belah yang ada cawangan Roti Boy, pasti deria bau akan terpesona dengan bau roti beraroma kopi ini. Tiada rasa mahu makan roti pun, selalunya akan terbeli disebabkan baunya yang sedap itu.
Kali ini RASA kongsikan resipi daripada pemilik facebook Hidayati Hana yang memberikan resipi roti ala Roti Boy.
Jom kita lihat resipinya.
ROTI ALA ROTI BOY
Ads
BAHAN ROTI
260 gram tepung high protein/tepung roti
40 gula aising
1 sudu besar yis
110 ml susu segar
1 biji telur ayam
1/2 sudu kecil garam
30 gram marjerin
BAHAN INTI
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar marjerin
Ads
BAHAN TOPING
40 gram gula perang
50 gram marjerin
1 biji telur ayam
60 gram tepung gandum
10 gram tepung jagung
1 sudu besar kopi/nescafe (campur dengan 3 sudu besar air)
Ads
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk atau mixer, satukan semua BAHAN ROTI kecuali marjerin.
2. Uli sehingga menjadi doh yang kasar.
3. Kali ini, baru masukkan marjerin.
4. Uli lagi sehingga doh menjadi lembut dan elastik.
5. Perapkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
6. Kita buat BAHAN INTI pula.
7. Campurkan gula perang dan marjerin untuk inti. Ketepikan dahulu.
8. Apabila doh roti sudah kembang, tumbuk-tumbuk untuk buangkan angin dan uli sekali lagi.
9. Timbangkan doh setiap satu seberat 50 gram. Canai leper dan masukkan inti.
10. Tutup semula dan masukkan doh ke dalam paper cup
11. Biarkan doh kembang semula lebih kurang 30-40 minit.
12. Kini ke BAHAN TOPING pula.
13. Uuntuk toping, campurkan gula perang, marjerin dan telur ayam dalam satu bekas. Pukul sehingga sebati.
14. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
15. Masukkan kopi/nescafe yang telah dicampurkan dengan air.
16. Kacau sehingga sebati.
17. Masukkan BAHAN TOPING ke dalam piping bag.
18. Pipekan toping tadi ke atas roti yang telah kembang
19. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selsius.
20. Bakar selama 20 minit atau sehingga bahagian atas roti keperangan.
Selamat mencuba!
Gebu betul.Keadaan dalam roti.Sesuai untuk minum petang-petang.
Parmesan Pastry Bites, hidangan yang mudah untuk disediakan. Malah, ia begitu enak dimakan ketika panas-panas. Tak sedar habis sepinggan. Memang tak jemu makan. Paling penting, gunakan Keju Perfect Italiano Parmesan untuk menambah rasa hidangan ini. Bertambah enak dibuatnya. Anda boleh cuba hidangan ini. Pasti puas hati.
PARMESAN PASTRY BITES
BAHAN-BAHAN:
3-4 keping puff pastry segera
100gram Perfect Italiano Parmesan
1 sudu teh serbuk paprika
Cincangan parsli kering secukupnya
1 biji telur – pukul dengan garfu
CARA MEMASAK:
Potong puff pastry mengikut saiz yang disukai.
Berus dengan telur di sekeliling pastri.
Letak 1 sudu makan Perfect Italiano Parmesan di bahagian tengah. Tabur serbuk paprika dan parsli kering secukupnya.
Susun puff pastri di dalam dulang pembakar.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 220C selama 10-15 minit atau hingga pastri keperang-perangan. Hidangkan panas.
Tekak tiba-tiba teringin hendak makan Cinnamon Roll. Biasanya kalau teringin nak makan, kenalah beli. Ada cara mudah dan cepat kita boleh buat Cinnamon Roll ini. Tak perlu uli pun. Hanya guna roti prata/canai segera sahaja? Tak percaya? Jom kita cuba buat Cinnamon Roll mengikut resipi yang dikongsikan oleh Shida Ambok
RESEPI CINNAMON ROLL
BAHAN-BAHAN:
Roti prata/canai instant Kawanku Cinnamon powder /serbuk kayu manis Mentega – beli online Gula perang – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Cantumkan penghujung dua keping prata di atas pan yang sudah dilumur mentega.
2. Sapukan mentega pada keseluruhan permukaan roti prata.
3. Tabur cinnamon powder di atasnya. Lagi banyak lagi sedap.
4. Tabur pula gula perang. Ratakan.
5. Gulung roti prata sebelum dipotong-potong.
6. Tegakkan susunan potongan tadi. Bakar pada suhu 180°C selama 15 hingga 20 minit.
7. Siap untuk dihidang. Jika suka, boleh ‘lalukan’ coklat sirap supaya lebih bertambah sedap.
Tak lengkap rasanya kalau sambut Ramadan Raya tanpa Serunding Ayam. Selain dimakan begitu saja, anda juga boleh buat Lasagna Serunding Ayam. Tak sangka gabungan serunding bersama keju ni menjadi. Rasa pedas serunding, ditambah dengan rasa keju yang enak membuatkan hidangan ini tak jemu dimakan.
Pastinya ia lebih sedap kerana kita menggunakan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes yang menggabungkan tiga jenis keju iaitu Mozzarella, Cheddar dan Parmesan. Keju ini memberi hasil kerak perang keemasan yang menyelerakan. Tambahkan juga Keju Perfect Italiano Parmesan untuk menambah rasa. Anda pasti suka. Cuba tau untuk hidangan berbuka puasa nanti.
LASAGNA SERUNDING AYAM
BAHAN-BAHAN:
6-8 keping kepingan lasagna kering
150gram Keju Perfect Italiano Perfect Bakes
Anchor Butter Unsalted secukupnya
100gm Keju Perfect Italiano Parmesan Powder
BAHAN-BAHAN B (SERUNDING):
800gram daging – rebus & siat-siat halus
1 cawan santan
¼ cawan air asam jawa
1 sudu makan kerisek
1 keping gula melaka
Garam secukupnya
BAHAN-BAHAN C (KISAR):
10 tangkai cili kering – cuci dan rebus
8 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Untuk membuat serunding; Panaskan 2 sudu makan minyak di dalam kuali lalu tumis bahan-bahan C yang dikisar halus hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan santan, daging siat, kerisek, gula melaka, air asam jawa dan garam secukupnya. Didihkan hingga semua bahan masak sempurna (kacau berterusan supaya tidak hangus), hingga agak sejat (tetapi jangan terlalu kering). Sejukkan sebentar.
Sediakan mangkuk tahan panas, sapu dengan Anchor Butter Unsalted Letakkan sesenduk serunding dan ratakan. Taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya lalu letakkan 1-2 keping lasagna kering di atasnya.
Ulangi proses hingga semua bahan habis. Tabur lebihan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes di bahagian atas sekali. Tutup mangkuk dengan aluminium foil lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 25 minit.
Buka penutup aluminium lalu tabur lagi Keju Perfect Italiano Perfect Bakes Bakar semula selama 10 minit atau hingga keju keperang-perangan.
Keluarkan dari oven dan taburkan Keju Perfect Italiano Parmesan Powder ketika hidangan masih panas.
Banyak khasiat nanas ni! Buah tropika ini kaya bromelain dan vitamin C yang membantu rawat sakit sendi, tekanan darah tinggi, kecantikan kulit serta tenaga dalaman.