Ropa Inti Daging, Mudah Je Nak Buat Kuih Warisan Orang Terengganu Ni

Share

Kuih ropa atau kuih lipat atau roll pie ini, adalah kuih warisan orang Terengganu.

Kuih ropa ada mcm-macam jenis inti. Antara yang popular ialah ropa inti ikan dan ropa inti daging.

Menerusi perkongsian resipi daripada Muliadi Ramli ini, cara membuat kuih ropa sama seperti membuat kuih ketayap.

 

ROPA INTI DAGING

BAHAN INTI DAGING:

250gm daging lembu | dicincang halus
Bawang besar | dipotong dadu
7 biji bawang merah – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini


2 sudu besar lada hitam | ditumbuk – beli online di sini
3 sudu besar rempah kari – beli online di sini
2 biji kentang | potong dadu – beli online di sini
Gula, garam & perasa
2 sudu besar cili boh – beli online di sini

TONTON Buko Pandan versi Ketodiet | Dapur Rasa Live

TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live

BAHAN KULIT ROPA:

400gm tepung gandum – beli online di sini
2 biji telur
2 sudu besar minyak masak – beli online di sni
700ml air
1 sudu kecil garam
2 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
½ sudu kecil pewarna kuning

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMBUAT:

1. Kisar halus bawang putih dan bawang merah. Kemudian, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh, tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah kari. Tumis lagi sampai pecah minyak. Masukkan lada hitam, gaul sebati dengan kentang. Masak hingga hampir kering.


4. Masukkan bawang besar, garam, gula dan perasa. Bila dah masak, tutup api. Ketepikan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

5. Untuk kulitnya pula, masukkan semua bahan dalam satu bekas. Kacau rata.


6. Kemudian, kisar semua bahan tadi hingga halus.


7. Panaskan pan atau kuali yang tak melekat. Ambil satu senduk adunan dan bentuk kulitnya seperti dalam gambar.


8. Masukkan inti, kemudian lipat dengan kemas. Akhir sekali, goreng gunakan sedikit minyak sahaja.

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN