Resipi Urap Sayur Ringkas & Mudah Dari Indonesia. Makan Tanpa Nasi Pun Dah Sedap. Memang Kena Cuba!

Share

Gabungan beberapa sayuran kampung dan digaul bersama kelapa parut, isi ikan, cili, belacan dan asam jawa. Resipi yang sangat berkhasiat dan sesuai untuk orang menjaga pemakanan.

BAHAN A:

  • Pucuk ubi secukupnya | dicelur
  • Kangkung secukupnya | dicelur
  • Kacang buncis secukupnya | dicelur
  • Tauge | dibuang ekornya
  • Daun cekur | diasingkan ubinya

 

BAHAN B:

  • 1 mangkuk kelapa parut
  • 3 ekor isi ikan kembung rebus
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 2 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • Cili padi hijau secukupnya
  • Sedikit belacan
  • Udang kering secukupnya
  • Ubi daun cekur

 

CARA MEMASAK:

1.Satukan bahan kisar, kelapa parut, gula, garam dan air asam. Masak hingga kering sehingga dapat tekstur seperti serunding.

2.Potong sayur yang dicelur tadi dan perah buang airnya. Ia penting kerana sayur urap ini tidak perlu basah.

3.Masukkan sayur celur, tauge dan daun cekur ke dalam mangkuk diikuti campuran BAHAN B yang telah dimasak kering tadi. Gaul rata.

4.Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & gambar: Arina Hussin via MAHN

IKLAN