Resipi Udang Goreng Daun Ketumbar Ala Thai, Masakan Simple Lagi Sedap!

Share

Suka udang? Resipi mudah yang boleh anda cuba dan gerenti jadi kerana ia sangat mudah dan tidak banyak menggunakan bahan rempah ratus.  Hanya perlu goreng dan tumis sahaja, masakan anda boleh dihidangkan sekelip mata. Jom cuba!

 

UDANG GORENG DAUN KETUMBAR ALA THAI

BAHAN-BAHAN:

250gm udang saiz XL | buang kulit

1/2 cawan tepung goreng ayam

1 sudu teh pati ayam

6 ulas bawang putih | cincang

2 biji cili merah | cincang

1 sudu makan  chili flakes

1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus

Sedikit daun bawang | hiris halus

Garam dan gula secukup rasa

Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

 

CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1:  Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.

LANGKAH 2:  Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.

LANGKAH 3: Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.

LANGKAH 4 : Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

LANGKAH 5: Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.

LANGKAH 6: Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.

 

INFO CHEF:  Gaulkan udang dengan tepung goreng ayam dan perapkan seketika sebelum digoreng.

…..

Saiz hidangan : 2-3 orang.

Waktu masak :  15 minit.

Cara memasak : Goreng dan tumis.

Jenis masakan : Lauk pauk.

Keistimewaan :  Enak, garing dan sedikit pedas.

IKLAN