Resipi Tomyam Siam Paling Padu, Kuah Sedap & Tak Bau Hamis Ayam

Share

Bagi penggemar sajian Tomyam Siam, wajib cuba resipi perkongsian saudari Miya Aira ni. Tengok gambarnya sahaja sudah tahu betawa lazat dan berperisanya hidangan ini. BUakn setakat guna pes tomyam semata. Ada penambahan bahan-bahan lain yang menjadikan kuah Tomyam ini jadi sangat sedap, pekat dan tidak berbau hamis ayam. Enaknya. Hmmm..Kecur liur! Jom cuba masak!

 

CARA MEMASAK TOMYAM SIAM SEDAP & MUDAH

 

 

BAHAN A:

  • Ayam secukupnya | potong kecil. Jika mahu lebih sedap, guna seafood.
  • 1 biji bawang besar | hiris beli online disini
  • 4 ulas bawang putih | hirisbeli online disini
  • 2 batang serai | ketuk dan hiris menyerong
  • 6 helai daun limau purut | buang urat tengah untuk elakkan pahit
  • Lengkuas | hiris
  • Cili padi | ketuk
  • Akar ketumbar
  • Sayur (bunga kubis,putik jagung, lobak merah,tomato, cendawan)

 

BAHAN B:

 

CARA MEMASAK:

1.Masukkan 2 liter air atau lebih sedikit. Masukkan akar ketumbar. Akar ini dapat menyerlahkan lagi kesedapan tomyam.

2.Setelah air mendidih, masukkan ayam. Masak hingga isi ayam menjadi putih.

3.Masukkan semua bahan hiris dan bahan yang diketuk tadi. Kacau sebati.

4.Masukkan pes tomyam dan pes cili thai. Kacau sebati dan masukkan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.

5.Masukkan sayur. Masak hingga sayur empuk.

6.Bila dah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat. Kacau sebati dan padamkan api. Akhir sekali, tabur daun ketumbar. Perah limau jika perlu. Jika guna pes tomyam jenama seperti diatas, tidak perlu perah limau kerana rasanya sudah cukup masam.

7.Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Miya Aira 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

IKLAN