Bagi penggemar sajian bergoreng dan bercili, sajian Sambal Belado Bilis Terung & Kentang ini tentunya sangat patut untuk anda cuba. Lauknya sangat mudah disediakan namun rasanya begitu sedap. Saudari Siti Nornaim Kengkongsikan resipinya. Jom cuba! Pasti tidak menyesal. Sekali cuba, berkali-kali akan ulang makan. Memang puas hati.
BAHAN KISAR KASAR: Bawang putih – beli online disini Bawang merah – beli online disini Cili api merah Cili besar Belacan – beli online disini (jumlahnya bergantung pada jumlah bilis, kentang dan terung yang digunakan)
1. Goreng ikan bilis, ubi kentang, terung dan tempe tanpa menggunakan kunyit. Goreng secara berasingan. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing.
Ads
3. Perasakan dengan garam, gula dengan secukupnya dan hirisan bawang. Gaul sebati.
4. Bila bahan tumisan nampak sempurna, masukkan kesemua bahan-bahan yang digoreng di awal tadi. 5. Gaul sebati hingga bergaul rata dan sebati dengan sambalnya. 6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Enak dimakan bersama nasi panas.
Waaahh!! Comelnya set hidangan bento ini. Pasti anak-anak akan tertawan saat melihatnya. Anda boleh bereksperimen mengikut kreativiti masing-masing dalam menghias bento untuk mereka sebagai bekal ke sekolah. Anda bukan sahaja menyediakan bekalan yang berkhasiat bahkan dapat memancing minat mereka untuk menikmati bekalan yang disediakan dengan penuh selera.
1. AYAM MASAK MADU
BAHAN-BAHAN:
2 keping dada ayam | dipotong dadu
1/4 cawan madu
2 sudu makan kicap cair
Secubit serbuk cili
1 sudu makan minyak
1 sudu teh bijan | disangai sedikit
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumiskan ayam dalam kuali sehinggga keperangan.
Kemudian masukkan bahan-bahan lain seperti madu, kicap cair dan serbuk cili. Masak sehingga kuah memekat. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
Angkat ayam dan taburkan sedikit bijhan. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Ayam perlu dipotong kecil bagi memudahkan ia masak dengan sekata.
2. BENTO NASI GORENG PERANG
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan nasi beras perang
120gm dada ayam | dipotong kiub kecil
3 ulas bawang putih | dicincang
2 sudu makan kicap cair
1/2 cawan kacang pis
1 sudu makan minyak masak
HIASAN:
1 biji telur rebus
Sedikit daun bawang | dihiris
Sedikit kepingan rumpai laut
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga harum.
Masukkan ayam dan masak sepenuhnya.
Masukkan kesemua bahan lain dan goreng sehingga sebati dan mesra.
Hiaskan dengan telur rebus dan rumpai laut mengikutr kreativiti anda. Taburkan hirisan daun bawang. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Ayam boleh diganti dengan makanan laut atau hirisan sosej.
3. UDANG KELAPA BAKAR
BAHAN-BAHAN:
50gm serbuk roti
40gm kelapa kering
250gm udang segar | dibersihkan
1 biji telur | dipukul
BAHAN SOS TARTAR PEDAS:
100gm mayones
1/2 sudu makan serbuk paprika
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 sudu makan cincangan bawang merah
1/2 sudu makan cincangan daun pasli
Sedikit jus lemon
CARA MEMASAK:
Sediakan sos tartar pedas dengan mencampurkan kesemua bahannya. Perasakan dengan garam danserbuk lada hitam secukupnya. Ketepikan seketika.
Campurkan serbuk roti dan kelapa dalam mangkuk besar.
Keringkan udang dan celupkan ke dalam bancuhan telur. Kemudian salutkan dengan campuran serbuk roti dan kelapa. Lakukan untuk 2 salutan.
Panaskan ketuhar pada suhu 200C dan bakar lebih kurang 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
Hidangkan dengan sos tartar.
4. CUCUR UDANG BERJAGUNG
BAHAN-BAHAN:
300gm udang | dibersihkan dan dibuang kulit
300gm tepung gandum
1 liter air
1/2 sudu teh serbuk penaik
2 tangkai daun bawang | dihiris kasar
150gm isi jagung
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan sos:
6 ulas bawang putih | dikisar
8 biji cili kering | dikisar
2 sudu makan gula
2 sudu makan cuka
CARA MEMASAK :
Satukan tepung gandum,serbuk penaik, sedikit garam dan air. Kacau sehingga sebati.
Apabila sudah sebati, masukkan isi udang, daun bawang dan jagung. Kacau rata.
Panaskan minyak dan sudukan bancuhan cucur tadi. Goreng cucur udang sehingga masak.
Untuk sos, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga sos mendidih dan pekat. Angkat dan hidangkan bersama cucur udang.
Info chef: Kalau mahukan rasa cucur yang sedikit pedas, masukkan hirisan lada merah ke dalam adunan.
5. BEBOLA BAYAM
BAHAN-BAHAN:
300g bayam | dicelur dan dikeringkan
50gm serbuk roti
1/2 cawan keju cheddar | diparut
55gm mentega | dicairkan
2 ulas bawang merah | dicincang
2 biji telur | dipukul
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Panaskan ketuhar pada 175C dan pada masa yang sama masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk.
Gaul sehingga semua bahan hingga sekata dan bentukkan menjadi bentuk bebola kecil.
Susunkan di atas loyang pembakar yang dialas dengan kertas minyak dan bakar selama 10-15 minit atau sehingga berwarna perang keemasan.
Angkat dan sejukkan seketika. Sedia untuk dihidangkan.
6. DAGING MASAK KURMA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | dihiris
Segenggam buah kurma | dibuang biji dan dihiris
5 sudu makan kicap pekat
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk cili
Gram dan madu secukupnya
Sedikit minyak masak
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN HIASAN:
Daun salad segar
Tomato ceri
Brocoli | dicelur
Lobak merah | dicelur
Sosej | dicelur
Sedikit jagung
Sedikit bijan panggang
Nasi secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga harum.
Masukkan bahan kisar dan masak sehingga bau naik.
Campurkan masuk serbuk kari, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk cili yang telah dilarutkan dengan sedikit air.
Masukkan daging, buah kurma serta kicap pekat. Masak sehingga empuk dan kuah kelihatan cukup pekat.
Ubah suai rasa dengan menambah sedikit garam dan madu dengan secukupnya.
Hidangkan bersama nasi dan bahan hiasan mengikut kreativiti anda.
Info Chef: Selain daging, boleh juga menggunakan isi ayam atau isi ikan.
7. BEBOLA AYAM
BAHAN-BAHAN:
250gm daging ayam, dicincang
1/2 cawan serbuk roti
2 pokok daun bawang
1/2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 cawan daun ketumbar | dicincang
1 sudu makan sos cili manis
1 sudu makan jus lemon
Minyak untuk menggoreng
BAHAN HIASAN:
Nasi | dikepal menjadi bentuk ayam
Sedikit salad
Sedikit brokoli | dicelur seketika
3 biji tomato ceri
CARA MEMASAK:
Gaulkan kesemua bahan kecuali minyak masak sehingga sebati.
Bentukkan adunan menjadi bebola kecil mengikut saiz yang sesuai dengan umur anak anda.
Panaskan minyak masak dan goreng sehingga garing.
Hias menggunakan bahan hiasan dan sedia dinikmati.
Info Chef: Selain digoreng, bebola ayam juga boleh dipanggang di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15-20 minit.
8. BENTO SOTONG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong ( saiz sederhana besar)
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 sudu makan tepung beras
Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
Serbuk lada sulah secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
Sebiji telur | dipukul sedikit
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
Bersihkan sotong dan hiris tebal. Gaul dengan sedikit garam dan lada sulah.
Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada sulah dan serbuk kunyit.
Ambil campuran tepung tadi dengan secukupnya dan campurkan dengan telur yang dipukul. Gaul rata sehingga menjadi adubab yang sedikit likat.
Ambil hirisan sotong dan gaul ke dalam lebihan tepung.
Kemudian celupkan pula ke dalam adunan tepung dan telur tadi.
Toskan lebihan adunan tepung dan sadurkan dengan sedikit campuran tepung sebelum digorengkan di dalam minyak panas hingga garing.
Hiaskan dengan cantik dan pastikan anda penuhi bento dengan sayuran untuk seimbangkan gizi anak anda.
Info chef: Sesuai dijadikan bekal buat anak-anak ke sekolah.
9. PASTA TOMATO
BAHAN-BAHAN:
150gm spageti | dicelur hingga lembut
2 ulas bawang putih | dicincang
400gm tomato segar | dicincang halus
1 sudu teh serbuk stok ayam/ sayuran
1 sudu makan puri tomato
1 sudu teh gula
Beberapa daun selasih segar
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK :
Di dalam periuk yang bersesuaian, panaskan minyak masak dengan secukupnya.
Masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan kesemua bahan lain kecuali daun selasih dan biarkan sehingga mendidih. Kacau sekali sekala.
Perlahankan api dan biarkan bahan-bahan tadi mereneh selama 8 minit.
Akhir sekali, masukkan daun selasih yang dicarik-carik. Hidangkan bersama spageti.
Info chef: Selain spageti, anda juga boleh menggunakan pasta kegemaran anda yang lain.
10. PIZA AYAM BBQ
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ayam | dicincang kasar
1 biji bawang merah | dicincang
1/2 biji lada benggala merah | dipotong dadu kecil
1 sudu teh minyak zaitun
3 sudu makan sos bbq
Keju cheddar secukupnya | diparut
Garam dan lada hitam secukup rasa
1 keping doh pizza segera
BAHAN HIASAN:
Kepingan rumpai laut | dipotong bulat kecil
1 keping keju
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit lada benggala hijau
CARA MEMASAK :
Bakar doh pizza pada suhu 180°C selama 5 minit. Ketepikan seketika.
Pada masa yang sama, panaskan minyak dan tumis bawang merah sehingga wangi. Kemudian masukkan lada benggala merah. Masak sehingga sedikit layu dan perasakan dengan garam serta serbuk lada hitam dengan secukup rasa.
Gaulkan bahan tumisan, isi ayam dan sos bbq. Gaul rata.
Sudukan campuran isi ayam dengan secukupnya ke atas roti pizza. Taburkan parutan keju dengan secukupnya.
Masukkan kembali ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu yang sama sehingga keju cair.
Hiaskan mengikut kreativiti dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Untuk mendapatkan efek piza yang bergetah, campurkan parutan keju cheddar bersama keju mozzarella dan taburkan diatas piza. Bakar sehingga keju cair.
Tekak dah bosan dengan nasi dan lauk pauk. Teringin pula nak merasa mi rebus. Mi rebus ni kesedapannya pada kuah dengan menggunakan keledek dan udang kering. Memang menggamit rasa. Letak tauhu dan limau kasturi sebagai pelengkap rasa.
MI REBUS ASLI JOHOR
Bahan-bahan:
2 kilo mee kuning-dicelur
1/2 kilo daging- dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek -direbus dan dikisar
1 cawan tauchu -dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
3 biji bawang merah – dikisar
1 inci halia -dikisar
1/2 cawan udang kering -dikisar
3 batang serai -dititik
1 inci lengkuas – dititik
5 sudu makan rempah kari daging
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan taburan:
Tepung udang kering
1/2 cawan udang kering -dikisar
80gm tepung gandum
¼ sudu teh serbuk kunyit
Garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
BAHAN HIASAN:
Tauhu yang digoreng -dipotong kecil
Daun sup -dimayang
Bawang goreng
Telur rebus -dibelah dua
Lada hijau- dipotong bulat
Taugeh -dicelur
Limau kasturi- dibelah dua
Cara-cara untuk buat tepung udang kering:
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
Cara-cara untuk buat kuah:
1.Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
2.Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
3.Masukkan rampah kari kacau rata
4.Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
5.Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
6.Hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
Andai dinikmati di restoran makanan laut, Ketam Masak Kam Heong ini memang mahal rasanya. Anda sebenarnya boleh masak sendiri di rumah menu enak ini tanpa menggunakan kos mahal. Sedap tau. Jika tiada ketam nipah, boleh sahaja guna ketam laut biasa. Pun sangat enak dan membuka selera. Jom cuba resipi perkongsian Hamdan Hayati ni! Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK KETAM KAM HEONG SEDAP ALA RESTORAN
BAHAN-BAHAN: 3-4 ekor ketam nipah Garam dan serbuk kunyit secukupnya
BAHAN-BAHAN LAIN: Segenggam daun kari Cili kering – digunting 2 ½ sudu makan serbuk kari ikan (tambah sedikit air untuk jadikan pes) Kicap manis (ikut suka nak hitam macam mana) – beli online disini Garam & aji (optional) Sedikit air Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ketam dan potong kecil. Kemudian lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. 2. Panaskan minyak masak. Goreng ketam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Seterusnya tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
4. Bila sudah ditumis elok, masukkan daun kari, cili kering yang digunting, pes kari dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan kicap, garam dan aji ikut selera masing-masing.
6. Tambah sedikit air dan masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul rata hingga rencah bersalut rata pada ketam.
7. Rasa dan tambah perasa yang tidak cukup. Masak sampai agak pekat. 8. Ketam Masak Kam Heong sedia untuk dihidangkan.
Khasiat bunga cengkih ni sangat banyak! Ketahui 8 gabungan ajaib bunga cengkih dengan bahan dapur seperti madu, halia & lemon untuk kesihatan dalaman dan luaran.