Kuih ini antara yang popular di Kelantan. Dihasilkan dari parutan ubi kayu segar dan dinikmati bersama kepala santan, semamngnya ia sangat sukar untuk ditolak. Manis, lembut dan rasa sangat enak. Bagi yang belum pernah rasa, bolehlah cuba waktu berbuka nanti. Anda pasti sukakan rasanya.
TEPUNG BOKO UBI KAYU
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 cawan ubi kayu yang sudah diparut
1 cawan gula merah*
1 cawan air*
3 helai daun pandan *
CARA-CARA:
Masak bahan bertanda(*) sampai larut. Kemudian tapis dan sejukkan.
Dalam loyang, campurkan parutan ubi dengan bahan-bahan yang dimasak tadi. Kacau rata.
Sedapnya KuihBako Ubi Kayu ni. Ada juga yang memanggil Kuih Boko Ubi Kayu. Menurut empunya resipi, saudari SuiSan Aliezsha, resipi ini adalah dari neneknya dan merupakan warisan dari orang tua dulu-dulu. Memang asli. Patutlah nampak sedap. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH BAKO & LEPAT UBI KAYU
BAHAN LAPISAN BAWAH:
2 ketul ubi kayu segar – guna ubi segar. Jangan guna ubi yang dah masuk angin supaya kuih tidak jadi pahit Gula merah dan gula pasir secukupnya Air suam secukupnya 1 sudu makan kanji ubi kayu ( dapat masa beningkan air perahan ubi kayu)
CARA MEMASAK:
1. Kupas ubi kayu dan parut guna mesin kelapa. Kemudian perah air parutan ubi guna tuala bersih.
2. Asingkan air dan parutan ubi tadi. Biar air perahan seketika bagi mendapatkan kanji. Ambil kanji tersebut dalam 1 sudu makan. 3. Bancuh gula merah dan gula pasir dengan air suam dan tapis. Sukatan agak-agak sahaja ikut kemanisan yang dikehendaki. 4. Masukkan campuran air gula merah ke dalam parutan ubi yang siap diperah dan gaul sebati. 5. Masukkan 1 sudu makan kanji ubi dan gaul sampai sebati. Jadi tidak perlu guna tepung ubi untuk campuran lapisan bawah ini. ( uwan cakap kanji tu lagi ori dari tepung ubi) 6. Sediakan talam, ratakan ubi dalam talam. Pastikan tidak tebal dan agak nipis. Kukus selama 25 minit-30 minit bergantung pada api gas masing-masing. (ubi dah masak akan jadi warna coklat gelap)
1. Gaul santan dengan tepung gandum, kemudian masukkan garam halus. Gaul sebati dan pastikan rasa lemak-lemak masin. 2. Tapiskan santan. Kemudian tuangkan ke dalam talam ubi yang telah siap dikukus tadi. 3. Kukus semula dalam 15-20 minit hingga agak-agak santan dah kental. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
BAHAN LEPAT UBI KAYU:
Daun pisang secukupnya 2 ketul ubi kayu segar – – guna ubi segar. Jangan guna ubi yang dah masuk angin supaya kuih tidak jadi pahit Gula merah dan gula pasir secukupnya Air suam secukupnya 1 sudu makan kanji ubi kayu ( dapat masa beningkan air perahan ubi kayu)
CARA MEMASAK:
1. Kupas ubi kayu dan parut guna mesin kelapa. Kemudian perah air parutan ubi guna tuala bersih. 2. Asingkan air dan parutan ubi tadi. Biar air perahan seketika bagi mendapatkan kanji. Ambil kanji tersebut dalam 1 sudu makan. 3. Bancuh gula merah dan gula pasir dengan air suam dan tapis. Sukatan agak-agak sahaja ikut kemanisan yang dikehendaki. 4. Masukkan campuran air gula merah ke dalam parutan ubi yang siap diperah dan gaul sebati. 5. Masukkan 1 sudu makan kanji ubi dan gaul sampai sebati. Jadi tidak perlu guna tepung ubi untuk campuran lapisan bawah ini. ( uwan cakap kanji tu lagi ori dari tepung ubi) 6. Layur daun pisang. Masukkan 2 sudu makan campuran ubi kayu. Ratakan dan lipat kemas-kemas.
7. Susun dalam periuk kukusan dan kukus dalam 20-25 minit ikut api gas masing-masing.
8. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Nota: Selamat mencuba resipi dr uwan saya. Doakan beliau dipanjangkan umur agar kami dapat menumpang kasih seorang mak. Moga ilmu yang dikongsi ini bermanfaat buat generasi akan datang.
Ada macam-macam kuih manis yang jadi pilihan. Tapi antara yang disukai lepat labu. Tidak ramai yang menyukainya namun kalau betul cara buatnya pasti buat kita terlagi-lagi nak menjamahnya. Rasanya yang lemak manis memang berbeza dengan lepat yang lain. Isi labu yang lemak manis digabungkan dengan isi kelapa parut, menjadikan ia bertambah lemak. Makan pula bersama kopi o panas, memang terbaiklah.
LEPAT LABU( tanpa inti kelapa )
Bahan-bahan
1 /2 biji labu kuning (kukus dan dilecek)
1 cawan tepung gandum
1cawan tepung beras
3 cawan pati santan
1 sudu KFC garam
Gula secukup rasa ( saya guna brown sugar )
Daun pisang layurkan dulu
Cara memasak:
1.Campurkan kedua2 tepung ,santan ,gula kedlm labu yg telah dilecek.
2.Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung…adunan ni tak terlalu lembik
3.Bubuh adunan 1 @ 2 sudu besar atas daun pisang.
4.Kemudian bungkus seperti buat lepat biasa.
5.Kukus sampai masak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kembali ke kampung jom kita imbau nostalgia lama dengan membuat kuih tradisi. Kuih bait ni adalah kuih lama memang sukar nak jumpa. Rasanya memang sedap kenyal-kenyal dengan inti kacang hijau. Pasti ada penggemarnya sehingga kini.
KUIH BAIT Bahan doh:
150g tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
2 kerek kecil nisang
100ml santan (setengah kotak kecil)
150ml air
2 helai daun pandan
Secubit garam
Cara membuat;
1.Masak nisang dengan santan dan air, daun pandan. Biar cair kesemuanya, ketepikan.
2.Campurkan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul sebati.Masukkan air nisang tadi.
3.Uli sampai jadi doh dan tidak melekat dijari.Rehatkan doh dalam 1 jam paling kurang.
Bahan inti kacang hijau:
120g kacang hijau ( rendam 3 jam ,dimasak sampai empuk)
100ml santan
2 biji bawang merah( dimayang dan ditumis)
½ kerek kecil nisang
2 sudu besar gula
Cara membuat:
1.Rebus kacang,apabila sudah empuk masukkan nisang,santan,gula
2.Apabila hampir kering dan pekat masukkan bawang yang ditumis tadi.Masak sampai kacang jadi kering dan pekat.
3. Apabila bahan semua dah siap,layur daun pisang dan kemudian sapukan sedikit minyak.
4.Ambil doh bentukkan bulat. Masukkan inti kacang,bulatkan kembali.Kemudian buat kelongsong atau kun dari daun pisang.
5.Kukus dalam 20 hingga 25 minit. Siap untuk dihidang.
Daging Goreng Butter Bawang Putih yang beraroma, pedas dan juicy ini memang padu! Ikuti resipi lengkap beserta tip supaya daging kekal lembut dan confirm bertambah nasi.