Resipi Tauhu Telur Berlado Yang Enak. Masak Sendiri Memang Puas Hati!

Share

Tauhu Telur merupakan antara menu yang paling cepat dan mudah untuk disediakan. Kebiasaannya Tauhu Telur akan dimasak sup atau lebih kepada menu ala Chinese Style.

Kali ini, boleh cuba resipi Tauhu Telur Berlado yang telah diolah oleh Roha Adrinna. Memang enak, lebih-lebih lagi jika dimakan bersama nasi panas. Jom kita lihat resipinya.

TAUHU TELUR BERLADO

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paket tauhu telur | dipotong
  • Ikan bilis | digoreng hingga garing
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 8 batang cili api
  • 3 batang cili merah
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • 2 sudu air asam jawa
  • Sedikit air
  • Minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Salutkan tauhu telur dengan tepung jagung dan goreng dengan minyak yang telah dipanaskan sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Ketepikan.


2. Kisar kasar bawang besar, bawang putih, cili merah, cili api dan tomato.


3. Di dalam kuali, tuangkan sedikit minyak masak dan bahan kisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.

4. Kemudian, tambahkan air asam jawa, gula, garam dan sedikit air. Gaul sebati.


5. Tunggu sehingga kuah berlado masak dan pekat.
6. Masukkan ikan bilis dan tauhu telur yang telah digoreng ke dalam kuali. Gaul sebati.


7. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Roha Adrinna

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN