Resipi Tauhu Sumbat Berkeju, Sedap Makan Dengan Kuah Kacang

Share

Tauhu Sumbat memang best makan untuk berbuka puasa. Makan dengan kuah kacang, memang sedap. Buat sendiri tentunya lebih puas hati kerana lebih gebu dan banyak isinya. Nak lebih berkhasiat, letakkan juga kepingan Keju Cheddar Chesdale bersama sayuran di dalamnya.

Keju Cheddar Chesdale diperbuat dengan susu dari New Zealand yang tinggi dengan kalsium dan protein. Memang berkhasiat, pastinya anak-anak lebih sihat dan kuat. Cubalah nanti. Gerenti menjadi!

TAUHU SUMBAT BERKEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji tauhu
  • 1 batang lobak merah – potong memanjang (julienne)
  • 1 biji timun – buang empulur & potong memanjang
  • ½ cawan hirisan kobis ungu
  • 6-8 keping Keju Cheddar Chesdale – hiris memanjang
  • Sos cili Thai/mayonnaise secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tabur sedikit garam pada tauhu lalu goreng hingga keperang-perangan. Potong tauhu kepada segitiga dan belah bahagian tengahnya dan keluarkan sedikit isi.
  2. Masukkan hirisan lobak merah, timun, hirisan bunga kobis dan hirisan Keju Cheddar
    Chesdale ke dalam tauhu dan kemaskan.
  3. Hidangkan tauhu sumbat dengn sos chili Thai atau mayonnaise.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi

]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN