Resipi Sushi Paling Mudah, Tak Guna Banyak Bahan & Tanpa Cuka

Share

Tercari-cari resipi Sushi yang mudah, enak dan tidak guna banyak bahan? Maklumlah andai dinikmati di restoran, harganya agak mahal lebih-lebih lagi jika ‘masuk’ restoran dengan jumlah ahli keluarga yang ramai. Jenuh nak membayarnya. Jangan risau, anda boleh buat sendiri di rumah hanya bermodalkan kos yang tidak mahal. Puas hati. Sekali buat, satu keluarga boleh menikmatinya. Saudari CtRohani Abu Iban ada kongsikan resipinya. Istimewa lagi, resipi beliau tidak perlu menggunakan cuka. Jom cuba!

 

CARA MEMBUAT SUSHI MUDAH SECARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Beras sushi beli online disini
  • Kepingan rumpai laut / seaweed beli online disini
  • Sedikit garam dan gula
  • Timun jepun – hiris panjang
  • Telur dadar – dipotong memanjang
  • Crab stick – dikukus, belah dua

CARA MEMASAK:

1.Cuci beras sushi sekali sahaja. Kemudian masukkan 2 cawan air. Sukatannya ialah 1 cawan beras : 2 cawan air.

2. Masak seperti memasak nasi biasa.

3. Bila nasi sudah masak, ketika masih panas, masukkan sedikit garam. Ia bertujuan memberi sedikit rasa pada nasi.

4. Masukkan juga sedikit gula. Jumlahnya jug agak-agak sahaja. Sekadar memberi rasa.

5. Gaul rata nasi supaya sebati dengan perasa tadi. Tutup periuk dan ‘on’ semula suis periuk. Biarkan seketika anggaran selama 5 minit.

6. Ambil sekeping rumpai laut. Letak atas tikar penggulung.

7. Ambil sedikit nasi dan ratakan. Pastikan ikut alur buluh tu. Pastikan juga nasi sentiasa panas untuk dapatkan sushi yang mampat bila digulung.

8. Susun memanjang bahan-bahan yang sudah dipotong dan dihiris tadi untuk jadikan inti sushi.

9. Gulung perlahan-lahan.

10. Gulungan suhi yang siap digulung. Biarkan separuh sejuk kemudian bolehlah dipotong.

11. Sushi homemade siap dan boleh dinikmati bersama kicap cair atau mayones.

 

Kredit resipi & foto: CtRohani Abu Iban

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN