Menu sotong celup tepung sering dipesan jika kita menikmati hidangan seafood. Kerangupan dan rasa lembut memang tidak boleh bawa bincang,sedar-sedar habis sepinggan. Teringin nak mencuba menu sebegini di rumah, boleh cuba resepi ni. Tepung bersalut elok, sotong tak liat lembut saja. Paling penting tak meletup semasa menggoreng.
SOTONG CELUP TEPUNG
Bahan-bahan:
Sotong Tepung bestari Tepung beras Serbuk cili Serbuk onion Sedikit air Telur Minyak untuk menggoreng
Ads
Cara membuat:
1.Sotong gaul dengan tepung bestari, serbuk cili sikit, onion powder dan sedikit air. 2.Ambil sotong yang dah digaul tadi,golek-golek atas tepung kering ( campuran tepung kering – tepung beras + tepung bestari ) 3.Dah siap salut semua dengan tepung kering, gaul dengan telur yang dah dipukul. 4.Golek semula dengan tepung kering. 5.Boleh terus goreng.
6.Goreng dengan minyak yang banyak, minyak betul-betul panas dan api paling kuat. 7.Bila dah nampak garing-garing keperangan boleh angkat. Kredit: Maya Miera
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom masak Sambal Tumis Udang Goreng yang sedap dan mudah untuk sajian keluarga guna resipi perkongsian saudari Har Ryea. Sangat enak malah resipi ini juga tidak menggunakan banyak bahan.
Bagi anda yang sukakan sambal yang pedas, boleh guna cili kering yang pedas. Jika sebaliknya, boleh guna cili kering yang besar dan tidak pedas. Bolehlah anak-anak makan tanpa rasa risau kepedasan. Ayuh lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK SAMBAL TUMIS UDANG GORENG YANG SEDAP & MUDAH
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan udang. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
2.Panaskan minyak masak kemudian goreng. Pastikan goreng tapi tidak garing sangat.
3.Kisar bahan-bahan sambal seperti lada kering yang telah direbus, cili merah, bawang besar, bawang putih dan sedikit belacan. Sukatannya bergantung pada jumlah udang yang diguna. Jika buat sambal lebih, lebihkan bawang serta cili.
4. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar.
5.Masukkan seketul kecil gula melaka. Biarkan ia sebati dan sedikit garing bersama sambal.
6. Perasakan dengan garam dan aji dengan secukup rasa.
7. Tambah juga sedikit pes asam jawa & sedikit gula pasir. Gaul rata & biar sampai garing dan naik minyak.
8. Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul rata bersama sambal dan biarkan seketika.
9. Sambal Tumis Udang Goreng sedia untuk dinikmati.
Seri Murni menyajikan resipi istimewa di bulan ramadan iaitu Udang Kalio. Sesuai di masak untuk hidangan berbuka yang lazat dan enak seisi keluarga. Pasti berselera menjamah sajian udang segar dan berlemak. Salah satu menu berbuka paling mudah dan senang disediakan yang boleh anda cuba hari ini.
RESIPI UDANG KALIO
BAHAN PES DIKISAR
3 biji bawang merah
6 biji bawang putih
8 biji cili merah
5 biji cili padi
2 batang serai
1 inci lengkuas
4 biji buah keras
250ml air
BAHAN-BAHAN:
500ml santan
1 kg udang sederhana besar
1 sudu besar serbuk kunyit
2 keping asam gelugor
1 biji mangga hijau | potong dadu kecil
1 helai daun kunyit | dihiris halus
2 tangkai daun ketumbar | dihiris untuk hiasan
Garam & gula secukup rasa
3 sudu Minyak Masak Seri Murni secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan dan tumis dengan Minyak Masak Seri Murni sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kunyit, asam gelugur, daun kunyit, udang, santan. Kacau dan biarkan mendidih sehingga udang masak.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa, mangga. Masak lagi sampai kuah pekat. Hiaskan dengan daun kunyit. Siap.
Selamat mencuba.
DISERTAKAN VIDEO CARA-CARA MEMASAK RESIPI UDANG KALIO:
Demi kegemaran Ummie Aida, Datuk Chef Wan sanggup menyediakan kuih Keria yang sudah hampir 40 tahun dibuat oleh beliau tidak membuat kuih tradisi ini. Namun pengalaman sebagai chef dan dibantu oleh Ummie Aida, kuih Keria yang dihasilkan tetap menjadi dan sungguh sedap. Semua ini hanya dalam program Rasa Nostalgia Ramadan yang dihoskan oleh Chef Wan.
“Saya suka kuih keria dan pernah cuba buat beberapa kali, bab menguli dan membantuk kuih keria, memang tip top tapi bila menyira tu yang selalu gagal walaupun tengok mak buat banyak kali, gula tetap tak melekat cantik pada kuih. Beruntung bila Chef Wan jemput saya memasak bersamanya dalam program ni. Sambil masak, bolehlah saya ambil kesempatan belajar menyira kuih Keria,” cerita Ummie yang begitu seronok menjadi selebriti tamu Chef Wan.
Menyentuh masakan berbuka puasa yang menjadi nostalgia Ummie adalah Bihun Goreng yang dibuat oleh ibunya. Kata Ummie kalau tak ada Bihun Goreng, macam tak lengkap berbuka. Ada sikit pun jadilah, janji ada.
“Dari kecil hingga sekarang bihun goreng tetapi menjadi menu wajib ada Ummie. Tapi air tangan mak memang tak boleh lawan sedapnya dan tak reti jemu, sebab saya tak suka sangat berbuka dengan nasi dan kurang dengan lauk pauk.
“Bagi saya asal ada bihun goreng dan kuih yang manis dan sempurnalah berbuka puasa. Kuih Keria, paling suka. Seronok sangat bila Chef Wan masak Bihun Goreng Tomyam, nampak sedap, meriah dengan isiannya,” ujar Ummie Aida akan masuk dapur menyediakan juadah berbuka suami dan anak-anak bila ada kesempatan.
BIHUN GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm bihun | celur seketika dan tos
200gm udang | buang kulit
2 keping fish cake
3 keping tauhu | goreng dan hiris
200gm tauge | buang ekor, cuci dan tos
100gm daun kucai |potong 2cm
250gm air rebusan kulit udang
3 sudu makan udang kering | cuci dan kisar kasar
3 sudu makan pes cili kering
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos ikan
2 sudu makan tauchu
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
6 ulas bawang putih | cincang kasar
2 sudu makan perencah tomyam
1 batang serai | hiris halus
1batang bunga kantan | hiris
3 helai daun limau purut | hiris halus
Gula secukup rasa
Garam jika perlu
4 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN UNTUK HIASAN
2 biji cili merah | hiris
Daun bawang | hiris
Daun ketumbar | hiris
Telur dadar | hiris halus
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan hirisan serai, diikuti pes cili kering, daun limau purut dan udang kering, tumis hingga sebati.
Masukkan pula, udang, fisih cake, kacau rata dan masukkan pes tomyam, tauchu dan sedikit air rebusan kulit udang.
Masukkan bihun, kacau rata dan perasakan dengan sos tiram dan sos ikan, kacau rata.
Jika bihun masih keras tambah lagi air rebusan kulit udang tadi.
Setelah lembut masukkan hirisan tauhu, tauge, kucai, hirisan daun limau purut dan bunga kantan. Gaul rata lagi.
Akhir sekali perasakan dengan sedikit garam dan gula secukupnya.
Tutup api, Masukkan bihun dalam pinggan dan hias dengan bahan-bahan hirisannya dan sedia dihidangkan.
KUIH KERIA
BAHAN-BAHAN:
500gm keledek | buang kulit
1cawan tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu makan gula pasir
Secubit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
BAHAN SIRA:
1 cawan gula pasir
1/4 cawan air
CARA MEMASAK:
Keledek dipotong dadu besar, rebus hingga empuk, kemudian tos dan sejukkan.
Lenyekkan ubi keledek hingga lembut.
Ayak tepung serbaguna dengan serbuk penaik di dalam mangkuk berisi keledek.
Campurkan gula dan secubit garam, adun hingga menjadi doh lembut.
Sapukan sedikit tepung pada tangan, bentuk doh seperti kuih donat (berlubang di tengah).
Panaskan minyak dalam kuali, goreng kuih keria hingga kuning keemas an.
Angkat dan toskan di dalam penapis, goreng hingga habis.
Dalam kuali berasingan, masak gula dengan air dengan api perlahan hingga mendidih.
Setelah air gula pekat dan berbuih.
Tutup api, masukkan kuih keria dan gaul rata hingga gula melekat sepenuh pada kuih keria.
Kuih keria sedia dihidangkan.
Jangan lupa tonton episod seterusnya program Rasa Nostalgia Ramadan di Astro Prima HD, jam 5 petang setiap hari (Isnin-Jumaat) dengan selebriti jemputan yang lainnya dan resipi-resipi yang lebih menarik.