Makan steamboat tanpa sos pencicah tidak lengkap rasanya. Nak belajar cara membuatnya , boleh ikut resipi yang dikongsi ini. Sos Steamboat ni pun enak dicicah dengan popia Vietnam,kerang, udang dan sotong bakar . Pendek kata  boleh dikatakan pencicah serbaguna jugalah. Jomlah cuba.

Sos steamboat:

Bahan-bahan:

  • 10 biji lada merah besar (dibuang biji)
  • 10 biji cili padi merah jika tak suka pedas boleh kurangkan
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 genggam batang ketumbar bersama akarnya
  • Kisar semua ni hingga lumat bersama sedikit air

Bahan sos:

  • 1/2 botol sos cili
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 5 sudu besar sos ikan
  • 5 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sunquick
  • 2 kiub pati ayam knorr
  • 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan setengah gelas air
  • 2 gelas air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu besar bijan putih
  • 1 mangkuk kecil daun ketumbar dihiris halus
  • 6 biji bawang putih dicincang halus

Cara memasak:

Resipi Sos Steamboat Homemade, Cukup Rasa Puas Hati Makan

1.Masukkan semua bahan kisar dan bahan sos dalam periuk kecuali air tepung jagung dan daun ketumbar.

2.Kacau rata,setelah mendidih masukkan air tepung jagung dan kacau sebati.

IKLAN

3.Perlahankan api dan biarkan sos mereneh 20 minit atau hingga kuah agak pekat. Rasa masam, pedas, manisnya jika ada yang terkurang tambah garam, gula atau apa-apa yang perlu tabur hirisan daun ketumbar. Banyak lagi sedap.

*jika sos cair tambah air bancuhan tepung jagung jika terlalu pekat tambah sedikit air. Siap untuk dinikmati.

Resipi Sos Steamboat Homemade, Cukup Rasa Puas Hati Makan

Kredit: Aisyah Humaira

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

IKLAN

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI