Makan

Resipi Sos Bawang Putih Yang Mudah. Sama Macam Di Kedai Arab!

Share

Jika anda penggemar makanan Arab, mesti anda sukakan Sos Bawang Putih atau Garlic Sauce. Ia merupakan bahan pelengkap untuk menaikkan lagi rasa dalam hidangan. Kebiasaannya, Sos Bawang Putih dimakan bersama Shawarma. Memang sedap. Kalau anda nak resipi sama macam makan di kedai Arab, jom cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Afiqah Hairi

ini. Mudah dan gerenti menjadi! Jom kita lihat cara-caranya.

SOS BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan minyak jagung | masukkan sedikit demi sedikit

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan telur, bawang putih, cuka, gula dan garam ke dalam pengisar.
  2. Kisar bahan-bahan tersebut dan masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit.
  3. Kisar sehingga mendapat tekstur seperti mayonis.
  4. Siap dan sedia dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Afiqah Hairi

 

 

Sertai [Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN