
Solok lada kelihatan renyah untuk dibuat namun ia tidak sesukar yang disangka. Malah ada pelbagai versi solok lada yang boleh dicuba. Salah satunya resipi perkongsian saudari PuAn AIn ni. Memang mudah. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN:
- 13-14 biji cili solok | dibelah dan dibuang biji
- 4 ekor ikan sardin saiz sederhana | dikukus @ direbus
- 3-4 ulas bawang merah
- 1 inci halia
- 6-7 biji lada hitam
- 2 biji telur
- 1 genggam kelapa parut
- 2 sudu makan santan pekat
- Garam, gula & perasa secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ikan, bawang merah, halia, lada hitam dan kelapa parut. Tumbuk hingga lumat.
2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas diikuti telur. Gaul hingga sebati.

3. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam, gula serta perasa dengan secukupnya. Gaul rata.

4. Sumbat adunan tadi ke dalam cili yang telah dibelah dan dibuang biji.

5. Kukus solok lada sehingga masak @ lembut.

6. Sedia untuk dinikmati.

Nota: Pastikan adunan inti tidak terlalu lembik. Jika lembik, tambah kelapa parut dengan secukupnya.
Kredit resipi & gambar: PuAn AIn
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rendang Pucuk Ubi Omak Mertua Den Terlajak Sedap, Resipi Patut Cuba

Pucuk ubi pun boleh buat masak rendang tau. Hidangan ini berasal dari Negeri Sembilan. Dimasak hingga betul-betul kering.
Kali ini, Puan Siti Mariyatul Chiptiyah sudi berkongsi resipi rendang pucuk ubi yang diperoleh daripada ibu mertuanya, anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan.
Menurutnya dia turut menghalalkan resipi ini dan menyeru semua agar mencuba resipi ini. Jom kita buat.
BAHAN-BAHAN:
1 besen besar pucuk ubi (dihiris halus)
10 helai daun kunyit (dihiris halus)
6 batang serai (diketuk) – Boleh beli online di sini
Ikan bilis halus (lagi banyak lagi sedap) – Boleh beli online di sini
Garam – Boleh beli online di sini
Secukup rasa
Santan (daripada 4 biji kelapa)

BAHAN KISAR:
Segenggam cili api – Boleh beli online di sini
6 biji bawang besar
6 ketul besar kunyit hidup – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar di dalam kuali.
Masukkan serai yang diketuk.
Setelah wangi, masukkan santan.
Apabila santan telah menggelegak, masukkan ikan bilis, pucuk ubi dan daun kunyit yang telah dihiris halus tadi.
Kemudian, masukkan serbuk perasa dan garam.
Kacau sehingga betul-betul kering. Memakan masa sehingga 2 jam lebih untuk kering.

Selamat mencuba.
Kredit: Puan Siti Mariyatul Chiptiyah
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Peminat Kuih Tepung Bungkus Gedik, Boleh Cuba Tanpa Daun Pisang
Mahukan Air Katira Versi Ekspres dan Sedap, Begini Cara Buatnya
Buat Tose Air Tangan Sendiri, Garing Di Luar Lembut Di Dalam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Buat Sup Cendawan Semudah ABC

Sedap sangat sarapan dengan roti bawang putih bersama sup cendawan. Kalau nak puas makan, eloklah cuba buat sendiri. RASA kongsikan resipi sup cendawan yang mudah nak dibuat.
SUP CENDAWAN

BAHAN-BAHAN
2 cawan air
2 ulas bwg putih (dicencang halus)
8 biji cendawan butang (dicencang kecil)
1 kiub stock ayam
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sikit air)
300 ml susu cair atau susu segar
Garam
Sedikit serbuk lada hitam
Daun parsli atau oregano (tak ada pun tak apa)
CARA MEMBUAT
1. Didihkan air dan masukkan bawang putih, cendawan butang dan stock ayam.
2. Masukkan larutan tepung jagung. Kacau. Kemudian masukkan susu cair atau susu segar.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
4. Sebelum tutup api, masukkan daun parsli atau oregano. Siap.
Resipi Oleh AliyaFarhana Chomeyy
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sayur Masak Bening, Cara Masak Paling Mudah Kalau Rasa Nak Jaga Badan.
Ada kalanya kita rasa nak makan dengan lauk pauk ringkas sahaja seperti sayur yang dimasak bening. Ia ringkas, mudah disediakan serta enak dinikmati bersama lauk pauk yang lain. Nak cuba? Rasa tampilkan 7 resipi sayur bening yang boleh anda sajikan buat keluarga tercinta.
1. SAYUR PUCUK MANIS MASAK BENING BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat pucuk manis
- 100gm labu | dipotong dadu
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 3 biji cili padi
- 1 liter air
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dan labu ke dalam periuk. Didihkan sehingga labu empuk.
- Kemudian masukkan pucuk manis, hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang dihiris.
- Perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Biarkan mendidih seketika dan angkat.
- Nikmati segera.
Info chef: Selain labu, boleh juga menggunakan keledek.
2. SAYUR BAYAM MERAH MASAK BENING BERSAMA UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat bayam merah | dibersihkan
- 1 sudu makan udang kering
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 1 hiris halia
- Garam secukup rasa
- 3 cawan air
CARA MEMASAK:
- Didihkan air bersama hirisan bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia.
- Kemudian masukkan bayam merah yang telah dibersihkan.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan memasak sayur dengan terlalu lama kerana khasiatnya akan hilang serta kurang enak.
3. MASAK AIR SAYUR PETOLA BERSAMA UDANG KERING & SUHUN
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji petola | kupas dan hiris
- 4 ulas bawang merah | dihiris halus
- 2 ulas bawang putih | dihiris halus
- 2 sudu makan udang kering | direndam air
- 15gm suhun | direndam
- 1 biji cili merah | dihiris
- 500ml air
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan air ke dalam periuk, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan sayur petola.Rebus sehingga petola agak lembut.
- Kemudian masukkan udang kering dan suhun.
- Perasakan dengan garam dan masak sebentar. Matikan api dan bolehlah diangkat.
- Tabur hirisan cili dan sedia dinikmati.
Info chef: Selain udang kering, boleh juga menggunakan udang segar untuk rasa yang lebih enak.
4. SAYUR BENING CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- 300gm kubis | dihiris
- 1/2 batang lobak merah | dihiris
- 50gm udang kertas
3 sudu teh lada hitam
2 biji bawang merah - 1 ulas bawang putih
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air bersama kubis, lobak merah, bawang merah serta bawang putih. Biar sehingga lembut.
- Kemudian masukkan udang dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Hidangan ini bagus bagi merawat selsema serta memanaskan badan
5. TUMIS AIR PEDAS PUCUK PAKU BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat pucuk paku | dibersihkan
- 2 biji bawang merah | dihiris
- 1 ulas bawang putih
- Segengam udang basah
- 1 biji cili merah | dihiris
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih seketika.
- Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih.
- Seterusnya masukkan pucuk paku, cili merah dan udang. Masak sehingga lembut.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan dari mengambil daun serta batang pucuk paku yang telah tua.
6. CENDAWAN TIRAM MASAK BENING BERSAMA SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 300gm cendawan tiram | disiat dan dibersihkan
- 2 batang serai | dititik
- 4 biji cili padi | dipecah sedikit
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 1 liter air
- Garam dan serbuk pati ikan bilis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dan masukkan serai, bawang merah serta cili padi.
- Kemudian masukkan cendawan. Kacau rata hingga cendawan lembut.
- Perasakan dengan garam serta pati ikan bilis dengan secukupnya.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Cendawan tidak perlu dimasak lama kerana ia akan lembik.
7. PUCUK BELINJAU MASAK AIR
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat daun belinjau
- 1 sudu makan ikan bilis
- 2 biji bawang merah | dimayang
- 1 ulas bawang putih | dimayang
- Sedikit suhun
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan bersama bawang merah, bawang putih serta ikan bilis.
- Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih sekali lagi.
- Akhir sekali masukkan daun belinjau dan biarkan sehingga lembut.
- Tutup apinya dan angkat.
TERIMA KASIH: MOHD FAIZ BIN RAMLI DARI GOMBAK, SELANGOR
FOTO: AHMAD SHAHIR OSMAN
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!








