Solok lada kelihatan renyah untuk dibuat namun ia tidak sesukar yang disangka. Malah ada pelbagai versi solok lada yang boleh dicuba. Hidangan ini adalah salah satu dari menu popular di Kelantan dan biasa dilihat di gerai-gerai menjaul makanna dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Nak cuba buat menu ni untuk keluarga? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SOLOK LADA KUKUS & SOLOK LADA REBUS YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili/lada hijau
7 ekor ikan selayang/sardin
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 biji bawang merah besar
1 biji telur
1 sudu besar kelapa goreng( optional )
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
5 sudu besar santan pekat
RM2 kelapa putih
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan terlebih dahulu. Setelah masak, toskan dan biar sejuk. Ambil isi sahaja. Tumbuk isi ikan tadi hingga lumat. Ketepikan.
2. Kemudian, belah tengah cili dan buang biji. Basuh bersih dan toskan.
3. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sampai hancur. Masukkan dalam bekas lain.
Ads
4. Seterusnya tumbuk kelapa sedikit hancur dan tumbuk isi ikan tadi. Campurkan semua bahan termasuk garam dan gula ke dalam bekas dan boleh gaul sebati.
5. Rasa isi solok sebelum disumbat ke dalam cili. Biar ada manis sedikit baru sedap. Jangan masin tau. Isi inti solok ke dalam cili penuh-penuh.
Ads
6. Solok boleh dimasak menggunakan dua cara iaitu secara kukus atau rebus. Jika mahu kukus, susun solok di dalam bekas kukusan. Kukus anggaran dalam 10-15 minit.
7. Jika mahu rebus, susun solok lada tadi di dalam periuk. Rebus guna api kecil selama 5-10 minit.
Korang suka yang mana satu, gulai nangka atau pisang muda? Sebenarnya dua-dua sedap, kena gaya campur lauknya, memang sungguh sedap. Gerenti makan bertambah-tambah, memang sedap sungguh masakan kampung, langsung tak jemu. Kalau korang nak cuba ini dua menu lauk yang dicampur dengan pisang dan nangka.
GULAI MINANG NANGKA BERSAMA BABAT
BAHAN-BAHAN:
500gm nangka muda | potong dadu dan rebus
300gm babat | cuci bersih, rebus dan hiris kecil
500 ml santan
3-4 helai daun limau purut
2 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
3cm kunyit hidup
6 biji cili padi
2 biji cili merah
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan serai, daun limau purut dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan bahat, kacau seketika baru masukkan santan.
Setelah mendidih masukkan nangka, asam gelugor.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Gulai nangka, sedia dihidangkan.
KARI PISANG MUDA BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm pisang berangan muda| buang kulit ari
250gm daging | hiris nipis dan cuci bersih
200ml santan pekat
300 ml air
2 keping asam gelugor
3 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan serbuk cili
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk cili.
Kacau rata hingga timbul minyak, baru masukkan daging.
Setelah air daging kering, masukkan santan, jika agak pekat tambah sedikit air.
Biarkan mereneh atas api sederhana, kemudian masukkan pisang dan asam gelugor.
Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Bagi anda yang sukakan masakan yang simple dan ala kampung, menu-menu yang dikongsikan ini antara yang boleh dicuba. Hasil air tangan Puan Mimi Suriana yang sudah berbelas tahun terlibat dalam perniagaan makanan. Malah kos penyediaan lauk-lauk ni juga tidak mahal. Ada sesetengah darinya, kos hanya bawah RM10. Tapi walaupun murah, lauknya memang memecah selera. Jom cuba!
1. ASAM REBUS KELADI IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
300gm batang keladi
2 keping asam gelugur
5 ulas bawang merah | dikisar halus
2 ulas bawang putih | dikisar halus
2 biji cili padi | dikisar halus
2sm belacan | dikisar halus
2sm kunyit hidup | dikisar halus
30gm ikan bilis | dikisar halus
2 sudu makan cili kisar
1 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan | dihiris
3 keping asam gelugur
800ml air
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Kupas kulit batang keladi dan potong anggaran 4cm, cuci hingga bersih.
Celur batang keladi bersama dua keping asam hingga empuk. Angkat dan tos. Ketepikan.
Di dalam periuk berasingan, reneh bahan yang telah dikisar bersama cili kisar sehingga mendidih.
Kemudian masukkan keladi yang telah dicelur, daun kesum,bunga kantan dan asam gelugur.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, biarkan didih.
Hidangkan bersama nasi putih dan sedia dinikmati.
2. GULAI LEMAK PISANG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
8 biji pisang muda | dibuang kulit dan dihiris
1 biji kelapa | diambil santannya
40gm ikan bilis
3Sm kunyit hidup | dikisar
10 biji cili padi | dikisar
1 batang serai | diketuk
3 helai daun kunyit
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan ke dalam larutan santan pekat.
Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan pisang muda dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Angkat dan hidangkan.
Info chef: Pastikan pisang muda dibuang kulitnya sehingga serat-serat yang melekat pada kulit dibuang kemas.
3. GULAI TETEL KENTANG
BAHAN-BAHAN:
500gm tetel lembu
300gm ubi kentang | dibelah empat
3 batang serai | dititik
3 sudu makan serbuk kari
500ml air
500ml santan
1 tangkai daun kari
1 sudu makan serbuk perasa
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5gm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai dan daun kari sehingga naik bau.
Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing.
Seterusnya masukkan sedikit air ke dalam tumisan tadi.
Masukkan pula tetel lembu bersama ubi kentang dan santan. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan perasakan secukupnya. Renihkan bahan-bahan tadi sehingga mendidih.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Pastikan rempah ditumis sehingga pecah minyak bagi mendapatkan rasa kari yang enak.
4. SAMBAL IKAN KEMBUNG REBUS GORENG CILI PADI & TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung | direbus
30gm terung pipit
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
10 biji cili padi | dikisar
1 keping asam keping
Garam, gula dan serbuk perasa
Minyak secukupnya | untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng ikan kembung rebus hingga separuh garing. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyaknya.
Masukkan ikan bersama terung pipit, asam keping dan gaulkan rata. Letakkan sedikit air jika suka.
Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
Angkat dan hidangkan.
Info chef: Pastikan bahan kisar dibiarkan masak sehingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan ikan bersama sedikit air.
5. SUP TULANG AYAM
BAHAN-BAHAN:
400gm ayam bahagian tulang
3 biji bawang merah | dimayang halus
2 ulas bawang putih| dimayang halus
2.5sm halia | dimayang halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu makan serbuk sup
2 biji ubi kentang | dipotong baji
5 biji cili padi merah | dibelah dua
1 keping asam keping
1 tangkai daun bawang | dihiris halus
1 tangkai daun sup | dihiris halus
300ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan yang dimayang halus sehingga naik bau.
Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis sehingga garing.
Setelah itu, masukkan ayam dan digaul rata. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
Masukkan pula kentang dan serbuk sup. Didihkan sehingga empuk dan ayam masak sempurna.
Akhir sekali, masukkan asam keping, cili padi merah dan perasakan secukupnya. Taburkan daun bawang dan daun sup.
Sedia untuk dinikmati.
6. MASAK LEMAK BERSAMA LABU KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
200gm labu
50gm kacang panjang
50gm udang
4 ulas bawang merah | dihiris
3 cawan santan cair
250ml santan pekat
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan santan cair, bawang merah dan labu. Rebus hingga labu sedikit empuk.
Kemudian masukkan kacang panjang, udang dan santan pekat.
Masak dengan api perlahan hingga hampir mendidih. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Kacau sesekali supaya santan tidak pecah minyak. Bila labu telah lembut sepenuhnya, matikan api.
Hidangkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau santan supaya ia tidak pecah minyak.
7. GULAI IKAN KERING DENGAN BETIK
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik mengkal
8 ekor ikan masin cencaru| dipotong empat
8 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
3 sudu makan rempah kari ikan
1kg santan
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Kupas kulit betik dan potong mengikut saiz bersesuaian. Celur sebentar dan toskan airnya.
Menggunakan periuk berasingan, satukan santan bersama bahan kisar serta rempah kari ikan. Kacau sebati.
Masukkan betik dan ikan masin. Biarkan sehingga mendidih.
Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Rasa kuah terlebih dahulu sebelum memasukkan garam kerana ikan masin telah memberikan rasa pada masakan.
8. DAGING SINGGANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | dihiris nipis
8 ulas bawang merah | dimayang halus
3 ulas bawang putih | dimayang halus
2.5cm halia | dimayang halus
2.5cm lengkuas | dimayang halus
3 keping asam gelugur
3 biji cili kering | digunting halus
1 sudu teh biji ketumbar
2 liter air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air dan daging yangtelah dihiris ke dalam periuk. Rebus sehingga empuk. Tambah jumlah air jika perlu.
Setelah daging empuk, masukkan bahan yang telah dimayang halus, asam gelugur serta biji ketumbar.
Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa dengan secukupnya.
Akhir sekali, masukkan cili kering yang telah digunting.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Masukkan sudu keluli ke dalam periuk sewaktu merebus daging bagi mempercepatkan daging empuk.
9. SAMBAL BELACAN MANGGA
BAHAN-BAHAN:
300gm cili padi
2 biji buah bacang
Sekeping belacan | dibakar
2 ulas bawang putih | dibakar
1 biji bawang besar | dibakar
Sedikit garam dan gula
CARA MEMASAK:
Kisar cili padi bersama bahan yang dibakar.
Perasakan dengan garam dan juga gula dengan secukupnya.
Akhir sekali, masukkan mangga muda yang telah disagat halus. Gaul hingga rata.
Info chef: Selain buah bacang, boleh juga menggunakan mangga muda.
10. LEMAK PUTIH PUCUK MANIS, LABU DAN TEMPE
BAHAN-BAHAN:
1 biji labu manis | dipotong kecil
250gm pucuk manis
2 paket tempe | dipotong panjang
1kg santan
100gm udang segar
8 ulas bawang merah | ditumbuk
3 ulas bawang putih | ditumbuk
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan santan, bahan tumbuk dan labu ke dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan pucuk manis, tempe diikuti udang yang telah dibersihkan. Kacau rata dan biarkan sehingga semua bahan masak.
Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
Info chef: Selain udang segar, boleh juga menggunakna udang kering sebagai penambah rasa masakan.
Buah cempedak memang mahal. Alang-alang harganya tinggi tu, selain makan isinya, kulit pun jangan dibuang. Anda boleh hasilkan jeruk kulit cempedak atau juga dikenali sebagai mandai. Ia merupakan sajian tradisi masyarakat Banjar. Menu ni sangat mudah disediakan malah rasanya juga sedap. Nak cuba? Jom lihat cara-cara penyediaan mandai perkongsian dari saudari Mariana Zainal.
CARA MENJERUK KULIT CEMPEDAK @ MANDAI
BAHAN-BAHAN MENJERUK MANDAI:
1 biji cempedak bersaiz sederhana
Air masak suam secukupnya
3 sudu makan (penuh) garam
Bekas atau botol bersih | untuk menjeruk mandai
CARA MENJERUK:
1. Belah buah cempedak dan keluarkan isinya.
2. Kemudian bersihkan kulit cempedak dengan membuang bahagian durinya dan hanya bahagian isi putih sahaja diambil.
3. Potong kulit cempedak berbentuk kiub dan cuci bersih. Toskan.
4. Gaul kulit cempedak dengan garam hingga rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas atau botol bersih.
5. Tuang air masak suam hingga kulit cempedak tenggelam. Tutup botol dengan penutup.
6. Simpan jeruk mandai di tempat gelap dan terlindung dari matahari dan peram selama seminggu sebelum dinikmati.
CARA MEMASAK JERUK MANDAI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan mandai @ jeruk kulit cempedak yang dihiris nipis
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
1 biji cili hijau | hiris
1 biji cilimerah | hiris
10 biji cili padi hijau | hiris (boleh diabaikan)
1 genggam ikan bilis | dibersihkan & rendam sekejap
CARA MEMASAK:
Keluarkan secukupnya kulit cempedak @ mandai jeruk tadi, cuci bawah air paip dan perah airnya.
Hiris nipis dan goreng hingga agak-agak garing. Ketepikan.
Ikan bilis ditoskan dan goreng hingga garing. Ketepikan.
Tinggalkan kurang lebih 4 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili padi. Kacau rata dan masak sekejap. Tambah mandai yang digoreng garing tadi, gaul rata dan masukkan ikan bilis goreng.
Kacau dan masak sekejap hingga kering. Rasa dan jika perlu, baru tambah sedikit garam.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.