Singgang sotong ialah antara lauk tradisional popular dari Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu. Masakan ini ringkas tetapi kaya dengan rasa asli – gabungan masam, masin, sedikit pedas, serta aroma serai yang menyegarkan.
Keistimewaan singgang sotong ialah kuahnya bening (jernih), tanpa santan, menjadikannya lauk yang sihat dan ringan. Sesuai dinikmati bersama nasi putih panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Walaupun resipinya mudah, rasanya memang membuka selera.
Bahan-Bahan Resipi Singgang Sotong
500g sotong segar (bersihkan, buang kulit & dakwat)
4 ulas bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 batang serai (dititik)
1/2 inci halia (hiris)
2–3 keping asam gelugur
7 biji cili padi (ikut tahap pedas)
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya
Air secukupnya
Cara Masak Singgang Sotong (Step by Step)
Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, halia dan asam gelugur ke dalam periuk bersama air secukupnya.
Reneh sehingga kuah mendidih dan aroma keluar.
Masukkan sotong, kemudian biarkan masak sekejap sahaja (jangan terlalu lama supaya sotong tidak liat).
Tambahkan cili padi dan garam serta serbuk perasa secukupnya.
Tutup api bila sotong sudah masak sempurna.
Ads
Tips Masak Singgang Sotong Sedap 👍
Gunakan sotong segar untuk rasa lebih manis semula jadi.
Jangan masak sotong terlalu lama, cukup sekadar 2–3 minit selepas kuah mendidih.
Kalau suka rasa lebih masam, boleh tambah asam gelugur atau perah sedikit limau nipis ketika menghidang.
Kenapa Wajib Cuba Resipi Singgang Sotong?
Sihat & ringan – tanpa santan, kuah jernih.
Cepat dimasak – sotong tak perlu lama mereneh.
Rasa asli Pantai Timur – masam, masin, pedas & wangi serai.
Sesuai untuk semua – kanak-kanak hingga dewasa boleh makan.
Itulah dia resipi singgang sotong yang mudah tetapi cukup menyelerakan. Masakan ringkas ini bukan saja sihat, malah boleh menjadi lauk wajib bila rindu masakan kampung.
Jangan lupa cuba di rumah dan hidangkan bersama nasi putih panas, sambal belacan serta ulam-ulaman. Resipi tradisi Pantai Timur seperti singgang sotong ini membuktikan kesederhanaan boleh jadi sangat sedap
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Bosan dengan menu berlemak dan berminyak, cuba pula menu tomyam yang memang sedap, ringkas, mudah disediakan dan digemari ramai. Untuk itu, RASA kongsikan resipi Tomyam Poktek yang memang terangkat sedapnya..
TOMYAM POKTEK
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam | belah empat
100gm lala | bersih dan tos
250gm udang | bersih dan tos
200gm sotong | hiris bulat
1 ekor ikan kembung | siang & potong dua
1 batang seleri | hiris
1 biji tomato | belah empat
1biji bawang besar | hiris bulat
3 sm halia | titik
6-7 tangkai cili padi | titik
3 sm lengkuas | titik
3 batang serai | titik
3 ulas bawang merah | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
4 helai daun limau purut
3 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar jus limau nipis
Air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit hirisan daun bawang, sup dan bawang goreng
Sedikit minyak masak
CARA MASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan cincang, kemudian masukkan air, pes tomyam, halia, lengkuas dan serai. Biarkan sehingga mereneh.
Kemudian masukkan ketam, udang dan sotong, ikan. Biarkan lebih kurang 2-3 minit.
Masukkan pula cili, daun limau purut, hirisan bawang besar, hirisan batang seleri, jus limau, garam dan perasa secukupnya.
Akhir sekali hias dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Udang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.
Menerusi perkongsian di facebook oleh saudari Suhaila Ishak, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade. Mudah je rupanya. Boleh sangat kalau nak cuba. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
UDANG KERING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Udang laut berkulit keras
Garam
Sedikit air
CARA MEMBUAT:
1. Rebus udang dengan sedikit air bercampur garam. Masak sampai kering air. Ia bertujuan untuk kekalkan manis udang tu.
2. Lepas rebus, udang tadi boleh dijemur untuk keringkannya. Jika cuaca panas, sehari pun dah kering.
3. Jika susah nak jemur panas, boleh masukkan dalam ketuhar. Guna suhu 150C, bakar sampai kering. Anggaran masa dalam 20 minit.
4. Bila udang tadi dah betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas-ramas untuk asingkan isi dengan kulit.
5. Inilah hasilnya. Makan macam tu sahaja pun sedap.
6. Simpan udang dalam balang kedap udara dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!