Bukan hanya kita golongan dewasa sahaja yang suka makan biskut raya, ‘baby’ yang masih kecil pun teringin juga nak makan biskut raya. Kadang-kadang kasihan juga lihat anak kecil ini terkulat-kulat sahaja wajahnya tengok ahli keluarga sedap sahaja makan kuih raya. Nak bagi biskut raya yang biasa, bimbang juga takut tercekik atau tersedak. Ini ada resipi biskut raya khas untuk ‘baby.’ Resipi Semperit Labu Untuk Baby ini dikongsikan oleh Asnida Osman Boleh cuba buat ya.
RESIPI SEMPERIT LABU UNTUK BABY
BAHAN-BAHAN:
1 senduk nasi labu (dilenyek)
1 cawan tepung jagung –BELI ONLINE
1/2 buku mentega tanpa garam (unsalted butter) – BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Cairkan mentega pada suhu bilik. (Tak perlu panaskan. Hanya biarkan mentega cair sendiri)
2. Masukkan tepung jagung dan labu. Gaul sampai tidak ekat pada tangan.
3. Tepung masuk sedikit demi sedikit sambil gaul supaya tidak lekat pada tangan. Jika sudah tidak lekat, tidak perlu tambah tepung lagi.
4. Adunan sedikit lembut macam buat semperit orang dewasa. Bolehlah dimasukkan dalam acuan semperit.
5. Bakar ikut kesesuaian oven masing-masing. Apabila telah sejuk, bolehlah masukkan ke dalam balang.
INFO:
*Pesanan kalau untuk baby ada gigi nak makan sendiri, sesuai yang bentuk keping-keping. Sebab jadi macam biskut keping.
*Kalau baby 6-7 bulan belum ada gigi, sesuai yang bentuk bunga sebab lebih lembut mudah nak kemam.
Sumber kredit: Asnida Osman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Soft Cookies Coklat Peanut Butter Ni Memang Ketagih Nak Makan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=zUcmJtqJxf4
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI