Resipi Sayur Peria Sumbat, Guna Rencah Tumbuk Ni Memang Jadi Lebih Sedap

Share

Pernah cuba makan Sayur Peria Sumbat? Sedap tau resipi perkongsian saudari Nursidah Muhd Amin ni. Bagi anda yang nak cuba makan sayur pahit ini tapi dalam versi yang lebih sedap, resipi ini tentunya yag terbaik. Mudah dimasak dan enak dimakan. Selamat mencuba!

 

CARA MASAK SAYUR PERIA SUMBAT

BAHAN-BAHAN:
2-3 biji peria – potong dalam 2-3 inci
1 biji bawang merah – tumbuk
1-2 ulas bawang putih – tumbuk
1 biji cili merah – tumbuk
1 batang serai
Sedikit air
Sedikit udang
Santan secukupnya – boleh guna santan kotak
Bawang merah secukupnya – jadikan bawang goreng


Minyak masak

BAHAN INTI SUMBAT (TUMBUK HALUS):
1 biji bawang merah beli online disini
1-2 ulas bawang putih beli online disini
Sehiris halia 
Sedikit serai
1 biji cili merah
Sedikit cili padi
Sedikit serbuk kunyit beli online disini
Sedikit isi udang
1-2 genggam kelapa parut separa muda – ambil putih sahaja
Sedikit tepung gandum beli online disini
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit lada sulah beli online disini

CARA MEMASAK:

1.Potong peria dalam 2-3 inci. Buang empulurnya dan basuh bersih.


2. Untuk membuat inti sumbat, tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, sedikit serai, cili merah dan cili padi hingga halus. Letak juga sedikit serbuk kunyit.


3. Kemudian masukkan isi udang. Tumbuk lagi.


4. Masukkan kelapa parut. Sebaiknya guna kelapa yang separa muda. Ambil putihnya sahaja.


5. Bila sudah tumbuk semua bahan, masukkan ke dalam bekas. Tambahkan sedikit tepung gandum, garam, perasa, lada sulah dan sebagainya ikut cita rasa.


6. Inti akan jadi begini.


7. Sumbat inti secukupnya ke dalam peria. Ketepikan.


8. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah yang telah ditubuk. Masukkan juga serai. Tumis hingga wangi.


9. Bila sudah naik bau, masukkan sedikit air.
10. Masukkan juga udang. Boleh guna udang bersaiz kecil sahaja.


11. Bila air sudah mendidih, masukkan peria.


12. Setelah peria kelihatan setengah masak, masukkan santan. Boleh guna santan yang diperah atau santan kotak.


13. Teruskan merenih hingga peria masak.


14. Sediakan bawang goreng untuk dijadikan hiasan.


15. Masukkan bawang goreng ke dalam periuk peria tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Nursidah Muhd Amin

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN