Sayur Lemak Kulit Rambai. Menu paling sedap dan jimat. Mana tak nya. Isi boleh dimakan, malah kulitnya pun enak dimasak sayur. Makan dengan nasi panas, ada pula ikan goreng garing dan sambal belacan. Perghh…memang berselera.
Lagipun lauk sebegini bukan selalu boleh cuba. Hanya boleh rasa setahun sekali sahaja dikala musim buah rambai tiba. Sangat enak! Rasa yang sedikit masam, masak pula kuah lemak begini, nikmatnya.
Bagi anda yang nak cuba, bolehlah cari buah rambai. Beli dalam sekilo pun cukup. Terus kupas ambil kulitnya. Jangan tunggu kecut atau jadi kehitaman tau. Nanti tak sedap bila dimakan. Jom cuba masak resipi perkongsian saudari Erny Yusniza Saad ni. Dijamin puas hati!

CARA MASAK SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI

Resipi Sayur Lemak Kulit Rambai. Lauk Kampung Setahun Sekali Je Boleh Rasa
BAHAN-BAHAN:
Kulit rambai
3 ekor ikan temenung – boleh juga guna ikan sardin
1 biji bawang merah besar – dimayang
1 biji cili besar – hiris
3 biji cili padi hijau – hiris
Petai – potong dua
1 kotak santan beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
Air rebusan ikan
CARA MEMASAK:
1.Panaskan air dan celur kulit rambai bersama garam seketika. Ia bertujuan mengurangkan rasa masam kulit rambai.
Resipi Sayur Lemak Kulit Rambai. Lauk Kampung Setahun Sekali Je Boleh Rasa2. Selepas direbus, sejukkan. Rendam seketika bersama air kapur. Ramas untuk buang airnya dan sejatkan.
Resipi Sayur Lemak Kulit Rambai. Lauk Kampung Setahun Sekali Je Boleh Rasa3.Rebus ikan. Kemudian hancurkan isinya.
Resipi Sayur Lemak Kulit Rambai. Lauk Kampung Setahun Sekali Je Boleh Rasa4. Masukkan isi ikan, bawang, cili padi dan santan ke dalam kuali.
Resipi Sayur Lemak Kulit Rambai. Lauk Kampung Setahun Sekali Je Boleh Rasa Resipi Sayur Lemak Kulit Rambai. Lauk Kampung Setahun Sekali Je Boleh Rasa5. Masukkan air rebusan ikan. Pastikan ditapis ya.
Resipi Sayur Lemak Kulit Rambai. Lauk Kampung Setahun Sekali Je Boleh Rasa6. Tunggu sehingga agak-agak santan sudah separuh masak, barulah masukkan bahan seterusnya.
Resipi Sayur Lemak Kulit Rambai. Lauk Kampung Setahun Sekali Je Boleh Rasa7. Masukkan kulit rambai, petai dan hirisan cili besar.
Resipi Sayur Lemak Kulit Rambai. Lauk Kampung Setahun Sekali Je Boleh Rasa8. Perasakan dengan garam dan gula.
Resipi Sayur Lemak Kulit Rambai. Lauk Kampung Setahun Sekali Je Boleh Rasa9. Tunggu menggelegak sekejap. Kacau sikit. Terus tutup api. Jangan sampai pecah minyak tau.
Resipi Sayur Lemak Kulit Rambai. Lauk Kampung Setahun Sekali Je Boleh Rasa10. Dah siap. Sayur Lemak Kulit Rambai siap untuk dihidang.Resipi Sayur Lemak Kulit Rambai. Lauk Kampung Setahun Sekali Je Boleh Rasa

Kredit resipi & foto: Erny Yusniza Saad

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

IKLAN

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI