Anak-anak asyik minta makan je? Boleh cuba resipi Satay Sosej Roll Cheese yang sangat simple ni. Si kecil anda pasti sukakannya. Bahan-bahannya cukup mudah. Andai kata di rumah ada lebihan roti yang sangat susah nak dihabiskan, RASA cadangkan anda cuba resipi perkongsian saudari Yunk Mardhiah ini. Dijamin habis licin dimakan anak-anak. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1.Ambil sekeping roti dan leperkan. 2. Letak kepingan keju diatasnya dan juga sebatang sosej. 3. Gulung roti bersama keju dan sosej tadi dengan kemas. Pastikan gulungan tidak terburai. 4. Potong gulungan roti menggunakan pisau. Satu gulung akan dapat 6 keping potongan roti. 5. Ambil lici dan cucuk potongan tadi seakan sate.
6. Pecahkan telur ke dalam mangkuk bersesuaian. Pukul seketika. 7. Celup gulungan sate tadi ke dalam bancuhan telur hingga rata.
8. Kemudian golekkan ke dalam mangkuk berisi serbuk roti. Pasti bersalut rata dan sempurna. Ulang proses sama hingga bahan habis.
9. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng Satay Sosej Roll Cheese hingga kekuningan dan garing.
10. Angkat, toskan minyak dan hidangkan bersama sos, mayones atau apa-apa pencicah kegemaran anda.
1.Masukkan 2 liter air atau lebih sedikit. Masukkan akar ketumbar. Akar ini dapat menyerlahkan lagi kesedapan tomyam.
2.Setelah air mendidih, masukkan ayam. Masak hingga isi ayam menjadi putih.
3.Masukkan semua bahan hiris dan bahan yang diketuk tadi. Kacau sebati.
4.Masukkan pes tomyam dan pes cili thai. Kacau sebati dan masukkan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.
5.Masukkan sayur. Masak hingga sayur empuk.
6.Bila dah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat. Kacau sebati dan padamkan api. Akhir sekali, tabur daun ketumbar. Perah limau jika perlu. Jika guna pes tomyam jenama seperti diatas, tidak perlu perah limau kerana rasanya sudah cukup masam.
Baru berpindah di kediaman baru tidak menghalang wanita jelita yang juga pengasas produk Megah Perawan, Reena Zack, meraikan rakan-rakan yang ingin berkunjung. Baginya kehadiran teman-teman walaupun sudah biasa mereka tetap tetamu dan perlu diraikan. Reena bijak mencuri mencuri sedikit masa sibuknya untuk ke pasar membeli lauk pauk dan masuk dapur menyediakan sendiri masakan. Katanya, tak seronok kalau hidang juadah pada tetamu dengan makanan yang dibeli dari restoran. Biarpun hidangan ringkas beliau lebih senang menyediakan sendiri. Lagipun ramai di kalangan rakan-rakan dan ahli keluarga bila ingin berkunjung di rumahnya, mereka akan meminta Reena masak.
“Mungkin sejak anak dara lagi saya jenis suka memasak kerana dari kecil lagi ibu ajar saya masak. Kebetulan pula selepas berkahwin, ibu mentua juga suka memasak, jadi kami serasi bersama di dapur. Ibu mentua banyak mengajar saya memasak masakkan kegemaran suami. Kebetulan suami orang Kedah, kebanyakan masakan mereka suka masakan pedas. Ibu mertua saya penah berkata, nak pikat hati suami mesti dengan cara menyediakan masakan kegemaranya dengan air tangan sendiri, . Barulah hubungan keluarga akan erat dan berpanjangan,” ujar Reena yang menjadikan hobi memasak sebagai terapi untuknya menghilangkan stres.
Reena dan suami memang suka meraikan rakan-rakan dengan membuat jamuan makan.
Seronok Raikan Kawan-Kawan
Beliau juga mengakui berasa puas bila lihat ahli keluarga dan rakan-rakan menikmati air tangannya dengan seronok. Secara tidak langsung, aktiviti tersebut mengeratkan silatulrahim kekeluargaan mahupun dengan rakan-rakan. Selepas terbabit secara langsung dalam bisnes, Reena dan suami sering menjemput rakan-rakan bisnes mereka mengadakan perbincangan di rumah.
“Untuk hari ini, saya sediakan menu kegemaran suami dan anak-anak iaitu Nasi Briyani yang dihidangkan bersama Daging Masak Hitam, Ayam Rose, Udang Petai dan Jelatah. Menu ini juga menjadi kegemaran kawan-kawan yang sering datang pada hari ini,” jelas Reena yang sangat mengutamakan soal diet keluarga kecilnya.
Cerita Reena beliau mahupun suami memang suka mengadakan makan-makan di kediaman mereka terutamanya di hujung minggu, dengan cara tersebut mereka dapat berkongsi sebahagian rezeki dengan orang lain. Ditambah pula jika dia berkesempatan menyediakan sendiri makanan untuk tetamunya.
Beritahu Reena, makanan akan kelihatan lebih sedap dan menyelerakan bila dihidangkan dengan sedikit kreativiti untuk menghiasnya di dalam pinggang atau mangkuk sebelum disusun atur di meja utama hidangan.
“Saya sangat mementingkan dekorasi untuk meja makan, hiasan bunga segar sering menjadi titik fokus tetamu ke meja makan untuk melihat juadah yang disediakan. Begitu juga dengan set pinggang mangkuk mesti sama corak dan warnanya. Ia penting walaupun hanya hidangan bersuama keluarga,”ungkap Renna ramah berkongsi pengalaman.
Utamakan Keluarga
Isteri kepada Khairi Aziry bin Wahid dan ibu kepada dua puterinya, Puteri Daniella Qistina Khairilaziry dan Adellia Auddra Khairilaziry mengakui bahawa menjadi kewajipan baginya sebagai isteri menyediakan masakan untuk keluarga dan memastikan makanan terserbut sihat dan berkhasiat.
“Pada tahun ini jadual harian saya sangat pada, Insya-Allah kalau ada rezeki kami nak pemperluaskan produk ke Indonesia serta negara jiran. Sesibuk mana sekalipun saya tidak akan abaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak saya. Saya akan masak setiap hari,baik untuk sarapan,makan tengahari mahupun makan malam. Biasaya sebelum bersiap ke pejabat,saya akan siapkan makanan sarapan dan makan tengahari. Ini kerana saya dan suami akan bawa bekal makan tengahari ke pejabat.
Kami suami isteri memang tidak suka makan di luar,” cerita Reena yang balik dari pejabat akan masuk dapur lagi bagi menyediakan makan malam pula.
Cerita Reena lagi sejauh mana kejayaan seseorang wanita itu, tempat paling dekat bersama keluarga sudah tentulah di dapur. Suami dan anak-anaknya akan seronok bila dia menyediakan menu kesukaan mereka. Kerana itulah dia percaya air tangan isteri membawa kebahagian keluarga.
Dalam menyediakan menu harian keluarga, Reena sangat mengutamakan makan sihat dan berkhasiat, terutama untuk dua puterinya. Setiap hari dia akan memastikan anak-anaknya mendapat nutrisi yang cukup melalui pemakanan yang disediakan Tidak hairanlah kalau dia sanggup setiap menyediakan menu salmon dan sayur yang menjadi kegemaran si kecilnya.
Perkembangan Bisnes
Ditanya mengenai perkembangan perniagaannya, Reena mengakui dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang, beliau dan suami tetap positif dan memastikan strategi pemasaran akan terus rancak dilakukan. Ditambah pula dengan adanya kemudahan media sosial sekarang, Reena turut mengiatkan jualan melalui rangkaian jualan secara talian seperti melalui laman web, instagram dan Facebook.
“ Jatuh bangun dalam bisnes perkara biasa bagi saya, tetapi saya yakin dengan kualiti produk yang baik akan menyakinkan pelanggan baru dan mengikat pelanggan tetap saya. Masa yang sama produk saya adalah produk mampu milik kerana ia tidak terlalu mahal,” akhiri Reena yang kini mempunyai lebih dari 200 stokis dan hampir 1000 pengedar yang mengedarkan rangkaian produknya di Malaysia, Brunei dan Singapura.
RESIPI
Daging Masak Hitam
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | dinipis dan lebar
1 cawan kicap pekat
Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
1 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar | dihiris
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada sulah
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula Melaka secukup rasa
Bahan Kisar:
5 batang serai
10 tangkai cili kering
3cm halia
8 ulas bawang merah
5 biji buah keras
6 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar dan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih, kacau lagi.
Masukkan pula daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering.
Masukkan kicap pekat, air asam jawa, garam dan gula Melaka.
Kecilkan api dan biar mereneh atas api perlahan sehingga daging empuk dan kuat pekat.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:Jika tidak mahu lama masak, rebus dahulu daging dengan kicap hingga empuk kemudian hiriskannya.
Ayam Rose
AYAM ROSE
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | dipotong ikut suka, cuci dan tos
1 biji bawang Holland | dihiris bulat
6 ulas bawang merah | dikisar
4 ulas bawang putih | dikisar
10 tangkai cili kering |dikisar
3cm halia muda | dikisar
Bahan penumis | Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
3 batang serai | titik
1/2 cawan kismis
1/2 cawan biji gajus | goreng sangan
1 cawan susu cair
Garam dan gula secuku rasa
Hirisan daun bawang | untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Goreng ayam separuh masak.
Keluakan minyak dan hanya tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumis rempah penumis, hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar.
Kacau tumisan sehingga pecah minyak, kemudian masukkan susu cair, sos cili dan sos tomato, hirisan bawang, garam dan gula secukupnya.
Masukkan ayam goreng, biji gajus dan kismis, gaul rata dan hidangkan dengan hirisan daun bawang.
INFO CHEF:Jika tidak mahu susu boleh tukarkan dengan santan
Sambal Udang Petai
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN
1 kg udang saiz XL | bersihkan
3 papan petai | ambil isinya sahaja
10 tangkai cili kering | kisar
6 ulas bawang merah | kisar
6 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
1 biji bawang Holland | hiris bulat
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukupnya.
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan petai, gaul rata kemudian masukkan udang bersama hirisan bawang Holland.
Gaul sehingga udang bertukar warna kemerahan.
Masukkan air asam jawa, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
Biarkan seketika, sehingga kuah pekat dan timbul minyak sebelum diangkat dan dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk rasa lebih manis dan sedap goreng dahulu udang dan juga petai.
Nasi kukus memang enak. Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai, ayam goreng berempah panas serta sambal. Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni, bolehlah guna teknik serta sukatan perkongsian saudari Yatie Tie. Resipi ni juga sesuai untuk berniaga. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
Beras
Air
Bekas ( seperti dalam gambar)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras seperti biasa dan toskan airnya.
2. Sukat 1 bekas beras dan 1 bekas air. Guna sukatan yang sama untuk kedua-dua bahan ini.
3. Masukkan ke dalam bekas kukusan dan kukus selama 30 minit. Jika menggunakan api yang besar, lagi cepat nasi masak.
4. Angkat dan nasi boleh dinikmati bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan kuah gulai/kari.
RESIPI SAMBAL:
Cili merah
Cili padi
Air Asam Jawa
Belacan
Garam secukup rasa
Perisa | jika suka
Limau nipis @ limau kasturi
*Jumlah bahan adalah mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.
CARA-CARA:
1. Kisar cili merah, cili padi, asam jawa, belacan, garam dan serbuk perasa.
2. Kemudian perah limau nipis atau limau kasturi secukupnya.
3. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
Info: Jika mahukan nasi yang lebih wangi, boleh mengukus nasi bersama daun pandan. Ia akan mengharumkan nasi serta mempunyai rasa lebih enak.
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...