Resipi Sambal Yang Mudah Dan Buat Anda Tambah Nasi Sampai 3 Pinggan!

Share

Siapa di sini sama macam min? Kalau makan, memang nak kena ada sambal. Barulah lancar makan sampai menambah 3 pinggan nasi kan.

Sambal ringkas macam ni, makan dengan nasi panas-panas pun berseleralah.

Bila ada je sambal atas meja bersama lauk lain, mesti peminat makanan pedas akan teruja kan. Kalau pergi kedai, mesti tanya punyalah.

Jom kita buat resipi sambal lonte yang mudah ini hasil perkongsian saudari Umi Watie

. Senang sangat cara untuk membuatnya. Bahan-bahan yang wajib ada di semua rumah. Cuma perlukan kerajinan sikit saja. Jom buat.

BAHAN-BAHAN SAMBAL LONTE

Bawang merah – beli online di sini 
Cili merah 
Cili api – beli online di sini 
Ikan bilis – beli online di sini
Belacan – beli online di sini
Garam – beli online di sini
Gula – beli online di sini

CARA-CARA:

1.Basuh ikan bilis dan ditoskan kering. Ketepikan. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Gorengkan semua bahan. Kacau-kacaukan biar semua masak serata. Hati-hati supaya sambal lonte tidak menjadi sambal hangus.


3.Bila semua nampak dah garing dan layu, toskan. Biarkan suam sikit.


4. Kemudian, tumbuk dengan lesung batu. Tumbuk semua bahan sampai sebati.Terpulang sama ada suka tumbuk kasar atau halus. Terpulang pada selera masing-masing.


5. Apabila sudah siap, perasakan dengan cili gula. Kemudian, bubuh dalam piring. Hidangkan dengan ulaman dan nasi panas.

Selamat menjamu selera!

Kredit resipi & foto: Umi Watie

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang sedap, mudah dan cepat dimasak di laman web Rasa:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

https://www.youtube.com/watch?v=X4eR1cuPDaU

 

IKLAN