Resipi Sambal Totok Bilis Jawa, Sedap, Pedas & Mudah Buat.

Share

Sambal Totok memang cukup sinonim dengan orang yang berketurunan Jawa. Nampak ringkas je tapi sekali cuba memang terpukau habis! Jamah dengan nasi putih je pun dah cukup untuk buat anda tambah nasi dua kali.  

Nak buatnya pun sangat mudah dan hanya guna bahan-bahan ringkas. Nak cuba rasa kehebatan sambal perkongsian saudara Jamil Rozali ni? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.

 

RESIPI SAMBAL TOTOK JAWA

BAHAN-BAHAN

  • Ikan bilis ikut suka banyak mana
  • Segenggam cili api
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Jus limau nipis secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Ikan bilis digoreng dan asingkan.

2. Cili api, bawang besar, bawang putih, belacan digoreng hingga layu dan ketepikan.

3. Kemudian tumbuk bahan-bahan tadi agak-agak hancur sekali dengan ikan bilis.

4. Tambah garam gula sesedap rasa dan perahan jus limau kalau suka.

Jom cuba!

 

Kredit resipi & foto: Jamil Rozali

IKLAN