Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah

Share

Sambal Tempe Basah memang menjadi kegemaran ramai. Salah satu yang mudah dan sedap ialah resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Menurut beliau, Sambal Tempe yang dikongsi ini versi basah dan bilisnya pun rangup. Sangat sedap dimakan bersama nasi. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MASAK SAMBAL TEMPE BASAH SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 4 paket tempe – hiris
    nipis & goreng garing
  • 4 biji ubi kentang – potong nipis & goreng
  • 2 genggam ikan bilis – goreng garing
  • 2 ½ sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit bahan perasa
  • 1 keping asam gelugur
  • 1/2 cawan air – sebaiknya guna air panas
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR HALUS:

  • 25 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar – jika saiz kecil, tambahkan 1 biji lagi
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 cawan minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar.

2. Tambahkan gula, garam, bahan perasa dan asam gelugur. Masak lagi hingga pecah minyak dan sambal garing.


3. Tambahkan air. Biarkan sambal mendidih dan menjadi pekat.


4. Masukkan tempe dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.


5. Seterusnya masukkan ikan bilis yang digoreng garing. Gaul lagi hingga semua bahan sekata.


6. Siap dan sedia untuk dinikmati. Jika suka, boleh buang lebihan minyak dalam kuali.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN