Sambal Telur Hancur Cili Kering adalah lauk paling senang dimasak dikala buntu dan tak ada idea nak sediakan menu apa untuk keluarga tercinta. Ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Rasanya yang pedas dan cukup berperisa, membuatkan ia enak dinikmati bersama nasi panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurhayati Nasir ni. Pasti berselera.
CARA MASAK SAMBAL TELUR HANCUR CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
Cili kering secukupnya
1 biji bawang merah
3 biji telur
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili kering & bawang merah. Jumlah cili kering boleh gak-agak sahaja.
2. Panaskan kuali, tuang minyak masak. Boleh letak minyak masak lebih sikit sebab nak bagi sambal cantik .
3. Tumis sambal sampai pecah minyak, kemudian masukkan air & biarkan masak sampai pecah minyak lagi. Ia bertujuan untuk matikan bau cili kering.
4. Bila sudah pecah minyak, masukkan gula, garam dan air asam jawa. Kacau lagi.
5. Akhir sekali pecahkan telur. Biarkan seketika.
6. Bila telur sudah separuh masak, kacau sedikit ikut selera masing-masing nak tekstur telur yang macam mana. Kalau sambal kering, tambah sedikit air. Jangan banyak.
7. Sambal Telur Hancur sedia untuk dinikmati. Enak dimakan bersama kicap.
Telur puyuh walaupun kecil tapi sedap dan kaya dengan khasiat. Kepada pengemar telur puyuh, hari RASA kongsikan 1 menu ringkas menggunakan telur puyuh yang sangat sedap dan boleh dipadankan dengan nasi putih, nasi lemak, roti mahupun roti canai. Orang bujang boleh cuba ni kerana resipi disertakan dengan DIY cara membuatnya sekali.
TELUR PUYUH MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh|direbus dan buang kulit
2 keping nanas dalam tin| didadu kecil
Sedikit cili benggala |didadu kecil
2 sudu makan pes cili merah
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 biji bawang besar|dicincang halus
2 ulas bawang putih|diincang halus
2cm halia muda |dicincang halus
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya.
LANGKAH DEMI LANGKAH:
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia cincang hingga wangi.Masukkan pes cili merah, kacau hingga pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos cili dan sos tomatoLengkapkan rasa dengan garam dan gulu secukupnya.
Masukkan telur puyuh dan gaul rata.
Diikuti dengan nanas dan cili benggala telah didadu kecil, gaul rata. Angkat dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kata orang masakan reneh guna air atau senang cakap sup atau rebus ni masakan malas, tapi kalau kena pada cara memasak, yang rebus dan reneh ini lagi sedap dan gerenti lebih sihat kerana bebas minyak. Ada pelbagai jenis masakan yang mengguna cara masak yang sama seperti sup. Antaranya, . Untuk anda semua berikut RASA kongsikan 8 menu rebus yang boleh anda semua cuba.
BENING BEBOLA AYAM & FAT CHOY HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN BEBOLA AYAM
1 mangkuk isi ayam kisar
2 sudu makan tepung ubi
1 sudu makan tepung gandum
1 pokok daun bawang | hiris halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk cukup rasa
Secubit garam
BAHAN LAIN:
2 pokok sawai Fat Choy
1 biji tomato | potong dadu
2 ulas bawang merah | hiris
1 biji bawang putih | titik
2 hirisan halia muda | hiris
1 kiub perasa ayam
3 cawan air
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
Sedikit bawang goreng | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bebola ayam. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
Uli hingga semua bahan sebati ( jika terlebih boleh tambah sedikit tepung lagi).
Bentukkan doh menjadi bulat hingga habis adunan.
Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan bebola ikan tadi.
Rebus hingga bebola timbul. Angkat dan ketepikan.
Seterusnya untuk menyediakan bening, masukkan air dalam periuk.
Kemudian tambahkan di dalamnya hirisan bawang, halia dan bawang putih titik.
Setelah air rebusan mendidih masukkan kiub perasa ayam, garam dan perasa secukupnya.
Seterusnya masukkan semula bebola ayam, Fat Choy dan hirisan tomato.
Kacau lebih kurang 2-3 minit lagi.
Tutup api, angkat masukkan dalam mangkuk dan taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang serta bawang goreng, kemudian hidangkan.
SUP WANTAN JERNIH
BAHAN-BAHAN:
10-15 keping kulit wantan
1 pokok daun bawang | hiris
1/2 biji tomato | dadu halus
3 biji cili padi | hiris
3 cawan air
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | ketuk
2cm halia muda | hiris
1 kiub pati ayam
Garam dan perasa secukupnya
BAHAN ISI WANTAN
250gm isi ayam kisar
2 sudu makan tepung ubi /kanji
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk perasa ayam
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan isi wantan, campurkan semua bahan isi dalam mangkuk.
Gaul rata dan ketepikan.
Sementara itu, ambil kulit wantan, isikan di tengahnya dengan sedikit campuran isi ayam tadi.
Kemudian kemaskan seperti sup bunjut. Lakukan hingga habis.
Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, rebus wantan lebih kurang 3-5 minit.
Apabila timbul angkat,tos dan ketepikan.
Sementara itu, isikan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, halia dan bawang putih.
Didihkan atas dapur, setelah air mendidih masukkan kiub pati ayam, garam dan perasa secukupnya.
Masukkan wantan dalam mangkuk kemudian tuangkan sup di dalamnya.
Hiaskan di atasnya dengan hirisan daun bawang, cili padi dan tomato yang telah didadu kecil sebelum dihidangkan.
SUP MASAM MANIS MAKARONI SAYUR-SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan makarani | rebus dan tos
150gm isi dada ayam | potong dadu
150gm lobak merah | potong dadu
150gm timun Jepun | potong dadu
1 biji tomata | buang biji dan potong dadu
1 kiub pati ayam
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
3 ulas bawang merah | hiris
1 ulas bawang putih | cincang
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih cincang, sos cili dan sos tomato. Renehkan di atas dapur.
Setelah mereneh masukkan isi ayam dan bahan sayur yang dipotong dadu tadi bersama stok ayam.
Setelah sayur empuk, masukkan macaroni yang telah direbus.
Selepas 2-3 minit, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Sup macaroni sedia dihidangkan.
PINDANG SERANI IKAN SENANGIN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan Senangin | siang, bersih dan tos
2 batang serai | titik
1 biji tomato | potong dadu
2 hirisan lengkuas | titik
2 keping asam gelugor
8 biji cili padi | titik
Garam, gula dan perasa secukupnya
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama bahan kisar, serai, lengkuas, cili padi titik dan asam gelugor.
Renehkan atas dapur dengan api sederhana.
Setelah mendidih masukkan ikan, biarkan terus mereneh lebih kurang lima minit.
Masukkan tomato dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah ikan masak dan cukup rasa, tutup api.
Pindang ikan sedia dihidangkan.
SINGGANG DAGING BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
1/2 cawan nanas dalam tin
1 biji tomato | belah empat
2 batang serai | titik
1 biji bawang besar | hiris
2 hiris lengkuas | titik
1 hirisan halia muda | titik
6 biji cili padi | titik
2 keping asam gelugor
1 biji limau nipis | ambil jusnya
Garam , gula dan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk, kemudian tambahkan pes cili kering, hirisan lengkuas, halia, dan serai.
Masak atas dapur, apabila mendidih masukkan daging.
Setelah daging empuk, masukkan hirisan bawang, cili padi, tomato dan nanas.
Kemudian perasakan dengan jus limau nipis, garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Singgang daging sedia dihidangkan.
SUP AYAM CAMPUR BERSAMA CENDAWAN SHIMEJI
BAHAN-BAHAN;
300gm isi dada ayam | potong dadu
1 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
1/2 paket cendawan shimeji
1/2 batang lobak merah | potong dadu
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | cincang
2 hirisan halia
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
3 cawan air | boleh tambah jika perlu
BAHAN SAMPINGAN:
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan hirisan daun bawang
1 sudu makan hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
Renehkan di atas dapur, setelah mendidih, masukkan ayam, kentang dan lobak merah.
Biarkan terus mereneh lebih kurang lima minit.
Masukkan pula cendawan. Kacau rata.
Seterusnya, perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukupnya.
Tutup api, masukkan sup dalam mangkuk dan tabur di atasnya dengan daun bawang, ketumbar serta bawang goreng.
SUP CENDAWAN BUTANG DENGAN AYAM
BAHAN-BAHAN:
5 biji cendawan butang segar | hiris nipis
150gm isi dada ayam
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | cincang
1 hirisan halia
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh lada sulah
Garam dan serbuk perasa secukupnya
2 cawan air
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
Renehkan di atas dapur, selepas mendidih masukkan ayam dan cendawan.
Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
Perasakan dengan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam secukup rasa.
Setalah cukup rasa. Tutup api.
Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan daun bawang di atasnya.
SUP TELUR BERSAMA JEJARI KETAM
BAHAN-BAHAN:
3-4 biji telur
3 keping cendawan hitam | rendam dan toskan
4 batang jejari ketam | siat memanjang
1/2 sudu makan serbuk sup sayur
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | titik
2 hirisan halia muda
Garam dan gula secukup rasa
3 cawan air
1 sudu makan hirisan daun bawang
1 sudu makan hirisan daun ketumbar
Sedikit hirisan batang seleri
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
Didihkan di atas dapur dengan api sederhana. Setelah mendidih masukkan jejari ketam dan cendawan.
Seterusnya perasakan dengan serbuk sup sayur, serbuk perasa ayam, lada sulah,garam dan sedikit gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa. Tutup api.
Sementara itu isikan air dalam kuali non stick. Renehkan.
Setelah mereneh, kecilkan api dan pecahkan telur di dalamnya.
Setelah telur membeku, angkat dengan penapis masukkan dalam periuk sup.
Lakukan hingga habis telur.
Setelah siap, masukkan sup dalam mangkuk. Hias di atasnya dengan daun bawang dan bawang goreng.
Sup telur sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Telur kelapa ini boleh dianggap sebagai lauk nostalgia. Kali terakhir merasai lauk ini mungkin ketika masih kecil dimasak oleh ibu atau nenek kita.
Lauk telur ini memang jarang sangat dihidangkan pada masa kini sebab itu tak mustahil anak-anak sekarang tak pernah menikmati keenakannya. Supaya lauk ini tak hilang ditelan zaman sesekali gantikan telur dadar dengan telur kelapa.
Cara buat telur kelapa
Bahan-bahan
5 biji telur
Kelapa parut secukupnya
Bahan ditumbuk
2 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih – 2 ulas
1/2 inci kunyit hidup – stgh inci
1/2 inci halia
4 tangkai cili hijau
Cara membuat
1. Pecahkan telur dalam bekas dan masukkan bahan tumbuk bersama kelapa parut.
2. Gaul sebati dan masukkan garam dan bahan perasa. Kacau rata.
3. Panaskan minyak dan goreng telur dan balikkan selepas keperangan. Angkat dan hidangkan.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!