Sambal Pijak Gajah. Wahhh… Dasyat sungguh namanya. Jangan risau, sambal ini tidak menggunakan sebarang unsur bahan dari gajah. Hanya namanya sahaja.
Bahan utama dalam penghasilan sambal ini adalah ikan bilis. Bila nak jadikan sambal, kenalah ada cili padi. Barulah enak.
Jika tidak salah, di sesetengah tempat sambal ini dipanggil dengan nama Sambal Gesek. Cukup ringkas bahan-bahannya dan tidak memerlukan ia dimasak.
Hanya tumbuk bilis yang sudah dibersihkan bersama bahan-bahan pelengkap yang lain. Nikmatinya bersama nasi putih panas. Rasanya pula kombinasi rasa masin, pedas dan masam. Memang terbaik. Jomlah cuba resipi perkongsian saudari Azuhaina Azu ni. Pasti puas hati.
Jika ada menu pembuka selera yang kena dengan tekak, memang bertambah nasi dibuatnya. Sambal ketuk ikan bilis bersama cili padi dan belimbing buluh merupakan antara menu ringkas yang mampu membuka selera kita. Gabungan rasa pedas, masam dan manis ini memang sedap, lagi-lagi dimakan bersama nasi panas.
RESIPI SAMBAL KETUK IKAN BILIS BERSAMA CILI PADI & BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
Cili padi merah
Cili hijau
Cili merah
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Ikan bilis – direndam dan ditoskan
Stok ikan bilis
Sedikit gula
Belimbing buluh – dihiris halus
CARA PENYEDIAAN:
1. Goreng semua bahan dengan sedikit minyak sehingga kekuningan. Jangan goreng ikan bilis sehingga rangup.
2. Tumbuk lumat bahan-bahan yang digoreng tadi dan tambah sedikit gula.
3. Kemudian, masukkan belimbing dan tumbuk kasar belimbing tersebut.
Sedapnya Sos Thai ni. Bahan-bahan serta cara membuatnya pun sangat mudah. Makan bersama aneka makanan bakar dan bergoreng seperti lokching, sosej pulut, sotong bakar, keropok lekor goreng, sosej bakar dan sebagainya memang sedap. Sos Thai ini juga boleh dijadikan stok di rumah. Tak perlu beli lagi. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Mansor. Pasti puas hati.
Sambal ikan bilis sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera terutamanya bila takda selera makan. Buat sambal tumis, atau tumbuk mentah ikan bilis tetap sedap janji ada bilis dan cili padi, memang padu bila makan. Apa kata dijadikan sajian teman berbuka.
1. SAMBAL BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek
1 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
15-20 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARAMEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
Masukkan pula hirisan bawang besar.
Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
2. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
6 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
10 tangkai cili kering | dikisasr halus
10 biji cili padi | dikisar halus
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
3. SAMBAL BILIS GESEK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Cuci ikan bilis dan toskan.
Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
4. SAMBAL BILIS TELUR KACAU
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.