Sambal Pijak Gajah. Wahhh… Dasyat sungguh namanya. Jangan risau, sambal ini tidak menggunakan sebarang unsur bahan dari gajah. Hanya namanya sahaja.
Bahan utama dalam penghasilan sambal ini adalah ikan bilis. Bila nak jadikan sambal, kenalah ada cili padi. Barulah enak.
Jika tidak salah, di sesetengah tempat sambal ini dipanggil dengan nama Sambal Gesek. Cukup ringkas bahan-bahannya dan tidak memerlukan ia dimasak.
Hanya tumbuk bilis yang sudah dibersihkan bersama bahan-bahan pelengkap yang lain. Nikmatinya bersama nasi putih panas. Rasanya pula kombinasi rasa masin, pedas dan masam. Memang terbaik. Jomlah cuba resipi perkongsian saudari Azuhaina Azu ni. Pasti puas hati.
Kali ini majalah RASA ingin kongsikan resipi memasak sambal tumis ikan bilis petai yang sangat best. Ini kerana sambal ini tidak banyak kuah sebaliknya agak kering dan sambalnya menyaluti ikan bilis. Sambal jenis ini sangat sedap jika dimakan dengan nasi lemak atau bubur nasi.
Jom kita lihat resipinya.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
2 genggam ikan bilis
15 tangkai cili kering
1 inci belacan
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 sudu gula
1 sudu besar asam jawa (dibancuh dengan sedikit air)
3 papan petai (dikupas kulit)
1 sudu besar kicap manis
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis tanpa perlu terlalu garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Kisar cili kering bersama belacan, bawang putih dan bawang merah.
3. Gunakan minyak yang sama menggoreng ikan bilis tadi. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan gula. Kacau lagi.
5. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan juga petai. Kacau seketika.
7. Akhir sekali, masukkan kicap manis. Gaul dan biarkan seketika. Matikan api. Siap!
Kata orang, sambal belacan merupakan pembuka selera dalam mana-mana hidangan. Bila ada sambal belacan ni, makan nasi bertambah-tambah pun tak sedar. Makan pula dengan ikan bakar, memang tak pandang kiri kanan dah. Tetapi, tak semua orang tahu untuk buat sambal belacan yang sedap. Kali ini, kami kongsikan resipi sambal belacan menggunakan belimbing buluh yang dikongsi oleh Leya Aalieya.
RESIPI SAMBAL BELACAN BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
Belacan papar (besar ibu jari)
Belimbing buluh 4/5 biji
Lada padi 10 tangkai
Lada besar 2 tangkai
Tomato 1 biji
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 2 ulas
Udang kering 1 genggam
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
Ajinomoto @ pati ayam
3 sudu makan minyak (untuk menumis)
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar semua bahan di atas bersama sedikit air, panaskan kuali bersama minyak dan tumis bahan yang sudah dikisar tadi.
2. Masukan garam, gula dan perasa secukup rasa.
3. Bila dah kering dan pekat, tutup api dan siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman serta lauk-pauk kegemaran.
Sedapnya lauk Sambal Bilis Tumbuk ni. Lauk yang ringkas je tapi boleh membuatkan kita jadi berselera. Nak buat bukan susah mana pun. Hanya beberapa bahan ringkas yang dicampur dan ditumbuk sekata. Paling penting, kena guna lesung batu. Barulah power! Jom cuba resipi perkongsina saudari Adiba San ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK SAMBAL BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cili padi – ikut kepedasan yang dikehendaki
2-3 tangkai cili merah
Sedikit belacan
1 biji tomato
Limau nipis
Ikan bilis goreng secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Potong kasar bahan-bahan diatas (kecuali limau nipis) dan goreng hingga layu.
2. Kemudian tumbuk kesemuanya hingga lumat. Perah jus limau nipis.
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka...