Resipi Sambal Bilis Belimbing Buluh Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Share

Sedapnya Sambal Bilis Belimbing Buluh ni. Menu ringkas yang sangat membuka selera. Nak buatnya pun tidak susah malah tidak menggunakan banyak bahan. Cubalah resipi perkongsian saudari Nanie Rosnani ni. Pasti makan sampai bertambah-tambah nasi di pinggan.

CARA MASAK SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH

BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis (beli online disini)
2 biji cili merah dan cili padi secukupnya– jumlahnya boleh sesuaikan dengan kepedasan yang disukai


4 biji bawang merah (beli online disini)
Belacan secukupnya– jika suka (beli online disini)
Belimbing buluh secukupnya – hiris bulat. Jika suka masam, boleh lebihkan jumlahnya
Petai – hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

CARA MEMASAK:

1.Ikan bilis dibersihkan. Kemudian tumbuk bersama cili merah, cili dan belacan. Boleh tumbuk kasar atau halus ikut cita rasa.


2. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi.


3. Kemudian masukkan hirisan belimbing buluh dan juga petai.


4. Tumis hingga garing dan bahan tumisan menjadi pecah minyak.


5. Perasakan sambal dengan garam serta gula dengan secukupnya.
6. Sambal Bilis Belimbing Buluh siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nanie Rosnani

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN