Resipi Roti Pisang Rangup ‘Terpaling Sedap,’ Tak Sampai 15 Minit Dah Siap!

Share

Apa sarapan anda pagi ini? Kalau anda sudah jemu dengan makanan seperti nasi lemak, nasi goreng, mi goreng dan makanan berat yang seangkatan dengannya, apa kata anda cuba menu berasaskan roti pula.

Resipi roti pisang rangup yang dikongsikan oleh Syukz Aziz  memang paling mudah dan cepat disediakan. Bahan-bahannya pun ringkas dan senang nak dapat.

RESIPI ROTI PISANG RANGUP

BAHAN-BAHAN:

Roti gardenia keping
Pisang masak
Majerin
Kuning telur
Gula perang ( boleh juga tabur gula putih tapi tabur sedikit sahaja)- Beli sini
Cheddar cheese (tiada pun tidak mengapa, boleh tabur gula sahaja)

CARA MEMBUAT:

1. Sapu majerin di atas roti.

2. Susun pisang ikut kreatif sendiri.

3. Sapu lagi majerin dan sapu kuning telur.

4. Tabur cheddar cheese atau gula perang.

5. Bakar dengan suhu 180°c, 5 hingga 7 minit.

6. Bakar pakai air fryer. Yang tidak ada air fryer boleh pakai oven.- Beli sini

7. Siap untuk dihidangkan.

Sumber kredit: Syukz Aziz via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN