Resipi Roti John Homemade Menu Mudah Untuk Anak-Anak Di Rumah

Share

Musim cuti sekolah dah nak tiba, agak-agak jadi mak dekat rumah ni mesti runsing sikit nak fikir menu apa nak masak bila anak-anak ada dekat rumah. Anak-anak kalau dah dekat rumah memang kerjanya makan je kan musim cuti sekolah ni. Asyik nak order delivery je pun tak best juga. Jom cuba resipi Roti John Homemade yang sedap ni! Anak-anak pasti sukakan menu macam ni. Resipi ni telah dikongsikan oleh Salimah Olie

di Facebook, jom cuba!

ROTI JOHN HOMEMADE

 

Nak masak resipi Roti John Homemade ni kena guna non stick pan baru mudah kerja kita. Boleh dapatkan Shogun 36cm IH Marble Non Stick Wok dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!!

 

 

BAHAN-BAHAN:

1/2 keping daging cincang 

1 biji bawang besar – cincang halus – BELI DISINI

2 ulas bawang putih – cincang halus – BELI DISINI

2 sudu besar serbuk kari – BELI DISINI

Sedikit white pepper 

Garam dan gula secukup rasa

4 batang roti frankfurter

Mozarella cheese

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Tumis bawang sampai garing, masukkan serbuk kari, dan masukkan white pepper. Kacau sebati.

2. Masukkan daging, biar hingga daging masak dan air daging kering.

3. Perisakan garam dan gula.

4. 4biji telur – pecahkan dalam mangkuk dan campurkan daging yang telah dimasak tadi.

*kalau suka boleh campur sayur kobis atau carrot lagi sedap.*

5. Panaskan non-stick pan, letak butter sikit lalu masukkan telur tadi lepastu tabur mozarella cheese.

6. Terus tekapkan roti frankfurter biar hingga telur garing.

7. Angkat roti dan letak sos dan mayonis.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Salimah Olie

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

 

 

IKLAN